Hiburan By: Maya Basir July 10, 2023 @ 4:58pm

Sharifah Sakinah Ajak Tanda Tangan Petisyen Halang Pembinaan Lapangan Terbang – “The Power Is Here Now”

Pelakon Sharifah Sakinah mengajak untuk menandatangani petisyen untuk membatalkan pembinaan lapangan terbang di Pulau Tioman, Rompin, Pahang.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, petisyen tersebut merupakan salah satu cara mengumpulkan suara orang ramai untuk menghalang pembinaan itu.

“The power is here now. Please sign the petition on my instastories. Thank you,” ujarnya.

Di dalam hantaran tersebut, Sakinah berkongsi video dan gambar anaknya serta pemandangan indah di pulau tersebut.

Menurut petisyen itu, pembinaan lapangan terbang baru di pulau berkenaan akan menjejaskan kehidupan laut dimana mereka akan menerima kunjungan orang ramai dan kemudian infrastruktur akan dibina.

Selain itu juga, punca pendapatan penduduk tempatan dan operasi perniagaan akan terjejas.

Sekadar info, anak saudara kepada Sakinah dan anak kepada Sharifah Shahirah iaitu Allisya Tahir turut menetap di Pulau Tioman bersama suaminya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 22 Jul 2019

E! News Malaysia’s Kicking Off Season 2 with New Fresh Faces!

E! News Malaysia is back, back, back again with the newest and the hottest fashion and celebrity news!

Featured Mon, 25 Apr 2022

Ibu Achey Meninggal Dunia

Alfatihah.. Salam Takziah..

Hiburan Fri, 8 Dec 2023

Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Zaman sekarang ni sangat membimbangkan ya, macam-macam boleh jadi 😭😭

Trending Sun, 26 Jan 2020

Gempa Bumi Landa Timur Turki

Berjaga-jaga ya semua

Trending Mon, 2 Apr 2018

Tiga Beradik Hilang Ibu-Bapa Sekelip Mata

“Sepatutnya saya juga bersama mereka tetapi tak dapat sebab kursus. Saya reda dengan ketentuan Allah namun berharap akan terus tinggal di rumah ini,” kata pelajar SMK Pasir Panjang itu.

Hiburan Thu, 23 Mar 2023
Trending Fri, 12 Mar 2021
Trending Mon, 6 Aug 2018

Lombok Bergegar Lagi, Rakyat Malaysia Diminta Bertenang

“Kedutaan Besar Malaysia kini mengaktifkan Bilik Operasi dan rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 8138081 3036 (Whatsapp) serta emel [email protected] / [email protected],” kata kenyataan Kedutaan Besar Malaysia.