Hiburan By: Padin January 22, 2023 @ 7:39pm

Sindir ‘Pelacur Sukarela’, Selar Wanita Suka Himpit Suami Orang… Bella Astillah Tuju Pada Siapa?

Pelakon Bella Astillah mencetuskan tanda tanya orang ramai apabila berkongsi hantaran mengenai ‘pelacur sukarela’ di Instagram, semalam.

Perkongsian di Instagram Stories itu meraih perhatian ramai yang mula mengaitkan ia dengan masalah rumah tangga Bella dan suami, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.

Di ruangan sama, Bella turut berkongsi foto tangkap layar skrin panggilan video bersama Aliff.

Dalam pada itu, Bella turut memuat naik foto berserta kapsyen yang menyelar segelintir wanita yang suka mendekatkan diri dengan lelaki yang berstatus suami orang.

Sebelum ini, Bella menafikan rumah tangga bersama Aliff dilanda masalah namun mengaku gosip tak berasas menjejaskan fokusnya yang sedang bersaing dalam Famili Duo.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aliff Aziz Sedang Berubah Jadi Lebih Baik, Saya Juga Sama” – Gosip Tak Berasas Jejas Fokus Bella Astillah

Dalam persaingan Famili Duo, Bella bersama sepupu, Wani Kayrie bersaing dengan enam pasangan lain.

Dalam minggu kelima Famili Duo, Bella dan Wani berada di kedudukan kelima dengan kutipan markah sebanyak 47.7 peratus.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Bapa Syafiq Kyle Pengsan Di Majlis Ramah Mesra

Turut berada di tempat kejadian, ibu Syafiq, Rohaya Sulaiman, 55, dan ahli keluarganya.

Hiburan Tue, 25 Apr 2023

Kembali Free Hair? Intan Sarafina Tayang Rambut Di Instagram

Lama tak dengar khabar Intan Sarafina.

Trending Wed, 8 Feb 2023
Featured Fri, 19 Jan 2024
Hiburan Wed, 22 Aug 2018

“Pakai Jangan Seksi Sangat Please” – Netizen Kecam Zizi Kirana Kerana Suka Tunjuk Aset

Zizi Kirana sering mendapat kecaman kerana dilihat suka berpenampilan seksi