Acara By: Padin February 28, 2022 @ 8:00pm

Tampung Pelajar Tahfiz & Warga Emas, Ustaz Jafri Abu Bakar Jual Susu Kambing

Pendakwah selebriti, Ustaz Jafri Abu Bakar @ Mahmud tampil dengan inisiatif untuk mengusahakan produk susu kambing berperisa, Faa-iz bagi menampung kelangsungan pelajar tahfiz dan warga emas di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah.

Dengan perbelanjaan yang mencecah RM30,000 sebulan, Jafri yang sering dijemput sebagai tetamu program Tanyalah Ustaz TV3 ini menjelaskan yang idea itu adalah usaha pihaknya memandangkan mereka tidak mengenakan sebarang yuran kepada penghuni KIDaF.

“Sebagai Pengerusi KIDaF, saya datang dengan idea ini. Memandangkan kami tiada sumber pendapatan selain sumbangan, kami memerlukan dana yang agak besar sehingga mencecah RM30,000 sebulan. Kadang-kadang, ia bertambah dari semasa ke semasa.

“Besar harapan kami untuk melihat perniagaan sendiri ini maju dan kebergantungan kami terhadap sumbangan semata-mata boleh dikurangkan. Selain boleh membantu untuk menampung perbelanjaan bulanan termasuk keperluan harian penghuni, ia boleh menampung juga gaji kakitangan serta perkara yang melibatkan kebajikan.

“Mereka yang membeli susu kambing ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan KIDaF. Susu ini yang diformulasi menggunakan bahanbahan premium seperti beras perang, ginko biloba, garam bukit serta kurma yang mampu membekalkan tenaga kepada pengguna,” katanya.

Jafri ditemui pada majlis pelancaran produk Susu Kambing Faa-iz berperisa coklat, strawberi dan vanilla baru-baru ini dan majlis terbabit dirasmikan oleh pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias.

Tambah Jafri, mereka yakin dengan perniagaan susu kambing sebagai pilihan terbabit memandangkan ia mempunyai banyak khasiat dan kelebihan.

“Saya sendiri seorang yang sangat sibuk dan kadang-kadang tidak sempat makan. Jadi, susu kambing merupakan alternatif terbaik untuk mengalas perut sebelum menjamah makanan dengan sempurna. Ia boleh didapati dengan hanya RM39.90 menerusi harga ahli.

“Produk susu kambing Faa-iz dihasilkan bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada kesihatan pengguna, tetapi juga sebagai satu ekosistem janaan ekonomi KIDaF malah ia juga merupakan minuman sunah Rasulullah SAW,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sat, 9 Mar 2019

Ayda Jebat beri sentuhan peribadi untuk Anas Cosmetics

Didatangkan dalam pek kecil dan mampu milik! 

Eat Travel Fri, 12 Oct 2018

Bukan Saja Cantik, Kek Karamel Pelangi Ini Mudah Saja Nak Buat!

Puding karamel ini juga boleh digabungkan dengan pelbagai jenis kek yang lain.

Acara Fri, 13 Sep 2019

ABPBH32: Siapa akan dinobat juara Kategori Online?

Undi artis kesayangan anda sebelum tarikh undian ditutup!

Eat Travel Mon, 10 Dec 2018
Acara Fri, 4 May 2018

Setahun Menyepi, Maria Farida Lancar Produk Kosmetik Sendiri

Maria Farida muncul dengan produk kosmetik yang unik!

Eat Travel Tue, 28 Apr 2020
Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung pun sedap jika tahu cara memasak

Eat Travel Thu, 30 May 2019

Jom belajar buat ‘stuffed-crust pizza’ bersama anak, caranya mudah sangat!

Jika beli di kedai, selalunya anda perlu bayar mahal!

Eat Travel Wed, 14 Mar 2018

Roti Canai ‘Terbang’, Antara Menu Wajib Bila Holiday Ke Melaka!

Negeri Melaka merupakan antara negeri yang kaya dengan sejarahnya tersendiri.