Hiburan By: SGMS Faida July 17, 2018 @ 12:30am

Tawaran Berlakon Dah Tak Macam Dulu, Fauzi Nawawi Buka Hotel Bajet

Melihat ramai pendatang baru dalam industri lakonan, pelakon popular Fauzi Nawawi enggan berdiam diri saja.

Justeru, idea memulakan perniagaan merupakan jalan terbaik demi meneruskan kelangsungan hidup. Wah, cayalah! 

“ Saya masih menerima tawaran berlakon tetapi tak macam dulu.

“ Bayaran rendah dan watak pula tidak bersesuaian. Kalau boleh, saya mahukan kepuasan bukan hanya untuk duit semata-mata tetapi kepuasan penonton juga perlu diambil kira,” katanya.

Akuinya, melihat begitu ramai pelakon baru ketika ini, sudah tentu ia memberi impak kepada tawaran berlakon.

“ Saya sudah berada dalam bidang lakonan lebih 20 tahun dan bisnes ini menjadi satu platform untuk saya kekal dalam industri,” katanya.

Memulakan perniagaan bisnes hotel bajet sejak dua bulan lalu, Fauzi Nawawi mencontohi rakan artis lain yang sudah berjaya seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Yusof Haslam dan Fattah Amin yang turut memiliki perniagaan sendiri.

Melihat kebanjiran hotel bajet di sekitar Kuala Lumpur kebanyakannya dimiliki oleh bukan bumiputera, Fauzi mengambil keputusan untuk memulakannya.

” Lalu terhasilah idea membina hotel bajet berdekatan hospital, parkir yang mudah dan masih dalam kawasan bandar,” katanya.

Hotel yang dikenali Bunker Hotel & Restaurant ini dibina dengan kos hampir RM8 juta. Ia dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad malam tadi. 

Bunker Hotel terletak di Jalan Sarikei Off Jalan Pahang, Pekeliling Kuala Lumpur (berdekatan Hospital KPJ Tawakal) mempunyai 28 bilik dengan konsep Islamik iaitu hanya menyediakan makanan dan minuman halal serta tiada arak.

Lebih menarik, hotel milik pelakon ini berkonsepkan Islamik iaitu tidak menyediakan minuman beralkohol. Harga pun mampu milik, terbaiklah!
 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Oct 2021
Featured Mon, 25 Jul 2022
Hiburan Sun, 24 Jun 2018

SHINee’s Minho Wants to Start a Family in His 30’s

It doesn’t seem like he has a girlfriend yet so move quick, ladies.

Featured Tue, 15 Nov 2022

Nabila Razali Sambut Birthday Ke-30, Aedy Ashraf Suapkan Kek

Penyanyi Nabila Razali baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 pada 13 November lalu. @nabila.razaliiHappy Birthday Nabila Aulia 🌷♬ Akad – Payung Teduh Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikogsikan di TikTok, Nabila menyambut hari […]

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

Kenapa Gelar Kafir, Kan Itu Sensitif

“Kalau Ya Pun Marah, Janganlah Sampai Panggil Saya Kafir”

Featured Tue, 17 May 2022
Hiburan Wed, 6 Sep 2023