TECH By: SGMS Putri January 5, 2018 @ 4:03am

Telefon Pintar Apa Paling Laris Di China Untuk 2017

China dan telefon pintar bagai aur dengan tebing. Kita semua tahu China merupakan negara pengeluar telefon pintar terbesar di dunia. Antaranya adalah Xiaomi, Meizu, OnePlus, Oppo, Honor, Huawei, dan banyak lagi nama lain.

Tapi tahukah anda mana satu daripada jenama yang disenaraikan ini mendapat tempat pertama di negara kelahiran mereka?

Menurut kajian yang dilakukan oleh firma Counterpoint, kebanyakkan telefon pintar dari China mengakhiri tahun 2017 dengan peningkataan yang tidak ketara berbanding tahun sebelumnya walaupun kebanyakkan pengeluar menggetengahkan rekaan nir-bingkai yang dikatakan satu tren besar tahun lepas.

Agak mengejutkan untuk melihat tiada langsung peranti Huawei yang tersenarai dalam model paling laris di negara sendiri.

OPPO R9s mendapat tempat pertama dengan 3% bahagian pasaran saham, dan kita boleh lihat melalui gambar di atas, persaingan adalah sengit antara 6 model terlaris.

Yang menariknya, hanya iPhone 7 yang menjadi pengeluar bukan negara China mendapat tempat dalam ranking di atas dengan 2.4% bahagian pasaran saham di China.

Sumber: counterpointresearch.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 10 Apr 2018

Instagram Memasukkan Efek Bokeh Di Dalam Fungsi Kamera

Fungsi yang diberi nama Focus itu membolehkan pengguna untuk memfokuskan subjek di dalam gambar atau video seterusnya mengkaburkan latar belakang subjek. Fungsi ini dihadirkan untuk kamera hadapan dan juga belakang dan juga boleh dikirim melalui Instagram Direct atau Story.  Malangnya, […]

TECH Mon, 16 Jul 2018

Video: IPhone Masih Berfungsi Dengan Baik Walaupun Terjatuh Daripada Kapal Terbang

Semua orang tahu iPhone keluaran Apple bukanlah peranti yang tahan lasak, lebih-lebih lagi jika terjatuh dari tempat yang tinggi. Kadangkala, walaupun sudah disarungkan dengan pelindung, iPhone masih juga retak atau gagal berfungsi dengan baik sekiranya terjatuh atau […]

TECH Thu, 5 Jul 2018

Xiaomi Mi Mix 3 Mungkin Dilengkapi Dengan Kamera Hadapan Keluar Masuk

Siri Mi Mix memang cukup terkenal dengan ukuran skrin paparan yang luas terbentang bersama bezel nipis. Walaupunbegitu, takuk masih menghiasi bahagian penjuru model berkenaan bagi menempatkan lensa kamera swafoto. Tetapi kehadiran teknologi kamera pop-up dilihat bakal mengubah tren takuk. […]

TECH Wed, 1 Jan 2020

Guna Teknologi Pengimbasan Wajah Rekod Kehadiran Murid

Waa.. sekarang dah tak boleh ponteng sekolah.

TECH Fri, 20 Jul 2018

Apple Mengakui Getah Membran Di Dalam Papan Kekunci MacBook Pro 2018 Untuk Menghalang Debu Dari Memasuki

Apple akhirnya mengakui sendiri yang getah membran yang diletakkan di bawah keycaps untuk papan kekunci MacBook Pro 2018 adalah untuk menghalang habuk dari memasukinya. Sebelum ini mereka berkata penambah baikan tersebut adalah untuk membuatkan sesi menaip pengguna […]

TECH Thu, 16 Jan 2020

4 App Terbaik Untuk Pelajar Universiti Guna Dalam Aktiviti Harian. Wajib Download!

Jom download 4 aplikasi terbaik ni dalam membantu menguruskan dan memudahkan urusan harian anda… Semuanya PERCUMA!

TECH Tue, 21 Aug 2018

You Might Want to Get Familiar with Your Samsung’s Emergency Mode

It’s a good function to use in case of any emergencies.

TECH Fri, 27 Apr 2018

SKMM Rai Ulang Tahun ke-20 Akta Komunikasi & Multimedia 1998

Antara perkara yang berada di bawah kawalan akta ini ialah bab penyiaran tradisional, komunikasi dan perkhidmatan atas talian termasuk rangkaian yang digunakan serta kandungan yang dibekalkan melalui kemudahan ini.

Events Thu, 17 Nov 2022
TECH Sun, 25 Aug 2019

Cara Menghapus Data Aplikasi di Smartphone Android

Selain guna Clear Cache boleh juga guna cara ini