Featured By: Yanie Baharom January 1, 2019 @ 8:00pm

Tidur Cukup 8 Jam Tapi Masih Rasa Mengantuk, Apa Yang Tak Kena?

Bila menggalas tugas sebagai ibu, sememangnya kita tak dapat lari dari kerap mengantuk kerana letih menguruskan anak-anak.

Apabila anak makin besar, ibu sudah dapat tidur yang aman selama 8 jam, tapi kenapa anda masih bangun keletihan dan rasa mengantuk lagi?

Baru rasa bersemangat nak memulakan hari baru, tetapi lain pula yang jadi. Anda bangun pagi dalam keadaan mengantuk, malas dan pening kepala pula! Sindrom ini sebenarnya dikenali sebagai narcolepsy (tidur pada waktu janggal) dan sleep apnea.

5 Sebab Anda Kerap Mengantuk Walaupun Tidur Cukup

1. Anda Masuk Tidur Ketika Perut Kosong

Makanan yang anda ambil sebelum tidur memberi kesan kepada kualiti tidur. Kajian mendapati jika anda makan makanan yang manis, atau karbohidrat, anda akan lebih mengantuk esoknya!

Paras gula dalam badan yang meningkat mengaktifkan neurons yang menggalakkan tidur. Sebab itu, kita kerap rasa mengantuk lepas makan hidangan berat, terutamanya makanan yang kaya dengan karbohidrat dan gula.

Tambahan lagi jika anda seorang ibu yang menyusukan anak, pastinya anda kerap makan untuk menggalakkan pengeluaran susu. Lebih banyak anda makan, lagi mudah anda mengantuk!

2. Anda Berkongsi Katil

Berbeza dengan lelaki, wanita yang tidur bersama pasangannya, dikatakan memberi kesan negatif terhadap kualiti tidurnya.

Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada situasi ini seperti pasangannya berdengkur, gigi berbunyi atau pergerakan semasa tidur.

Bagi ibu yang tidur bersama anak pula, pergerakan ibu yang terbatas sedikit sebanyak membuatkan ibu penat walaupun ketika tidur. Ibu juga tak dapat tidur dengan nyenyak kerana perlu mengawal diri dari mengganggu tidur anak.

Foto: engagewithlove.com

3. Anda Mempunyai Masalah Rumahtangga

Kajian mendapati masalah tidur dan rumahtangga kerap berlaku pada masa yang sama. Dalam sebuah hubungan yang sihat, pasangan selalunya bertindak sebagai anti stres.

Hubungan suami isteri yang stres boleh mendorong kepada emosi yang tidak stabil dan gangguan pada tidur.

Hal ini juga boleh berlaku sekiranya si bapa tidak membantu dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak, menyebabkan ibu mengalami tekanan.

4. Anda Lambat Masuk Tidur

Sesiapa yang tidur lambat akan bangun lambat (dan penat juga). Tambahan lagi apabila anak tidak mahu tidur malam atau sakit. Ibu terpaksa bersengkang mata untuk menjaga anak, kadang kala bergilir bersama si bapa.

5. Anda Terlalu Banyak Berfikir

Sebagai ibu, anda pastinya sering memikirkan hal-hal untuk dilakukan seharian. Hal persekolahan, menu untuk makan tengahari, kerja-kerja rumah yang belum diselesaikan, malah masalah di tempat kerja.

Apabila ini berlaku, pastinya anda tidak akan dapat tidur aman dek diganggu dengan fikiran yang terlalu banyak.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jul 2018

Sedut Asap Kayu Manis Bakar Boleh Rawat Masalah Resdung Yang Kronik. Mujarab!

Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan. 

Featured Thu, 17 Mar 2022

Didakwa Menghina, Wakil OKU Buat Laporan Polis Terhadap Kak Long 7E

Fuh, semoga laporan polis ini akan memberi pengajaran kepada Kak Long 7E..

Featured Thu, 10 Nov 2022

Adira Suhaimi ‘Ikat’ Peranakan – “Saya Dapat Nasihat Doktor Gara-Gara…”

Mungkin rezeki untuk dapat cahaya mata sampai disini sahaja

Sihat Thu, 19 Dec 2019

Menongkah arus strategi promosi klise, TKO Nutrition lantik duta pelangsingan lelaki!

TKO Nutrition produk lengkap dengan pakej coaching rutin kecergasan dan khidmat nasihat pemakanan.

Featured Mon, 31 Jan 2022