Parenting By: Ad Ops January 24, 2018 @ 9:00pm

Tipu Dalam Perkahwinan

Perkahwinan yang terbina dengan cinta, kasih sayang dan rasa percaya sudah tentu akan goyah apabila satu pihak berlaku tidak jujur kepada pasangan. Tidak semestinya terpalit dengan episod curang, penipuan lain dalam rumah tangga juga boleh menjadi isu serius yang mengganggu gugat masjid terbina.

Peguam Syarie Faisalluddin Mohammat Yusuff menjelaskan, dalam hubungan suami isteri, kedua-dua pihak tidak hanya perlu mengenali hati budi ketika bercinta, malahan selepas melangkah ke gerbang perkahwinan, perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan, termasuklah hakikat ditipu pasangan masing-masing.

Terdapat kes lelaki yang membuat perakuan bujang walaupun telah berkahwin dan mempunyai anak, atau masih tunangan orang, sebenarnya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana kesalahan dilakukan.

Pembatalan perkahwinan disebabkan ketidakjujuran juga boleh dibuat dengan adanya bukti-bukti yang kukuh seperti resit perbelanjaan dan  ganti rugi lain. Bagaimanapun, jika penipuan berlaku melibatkan status perkahwinan pasangan, mangsa mestilah tidak mengetahui di awal perhubungan lagi dan tidak menjadikan alasan itu untuk sewenangnya membatalkan majlis.

Begitu juga halnya dengan tuntutan hutang mas kahwin atau hantaran, walaupun sudah bertahun-tahun, mangsa masih boleh meminta haknya seandainya berjaya mengemukakan saksi ke mahkamah dan mendapat persetujuan hakim yang membuat keputusan.

Tambah Faisalluddin lagi, bagaimanapun, apabila berhadapan pasangan yang tidak jujur atau misalnya suami berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama, si isteri perlulah berhemah dan berhikmah berhadapan suami.

Suami perlulah diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya berlaku adil dan setelah terbukti, barulah kes boleh dibawa ke mahkamah untuk menuntut keadilan.  Contohnya nafkah zahir dan batin tidak diberikan dalam jangka masa 3 bulan berturut-turut tanpa sebab munasabah.

Tidak hanya isu poligami, isu tiada lagi dara setelah diketahui suami juga boleh dibawa ke muka pengadilan jika taklik dibuat setelah nikah. Bagaimanapun, suami diingatkan dara seorang isteri tidak semestinya hilang dengan hubungan kelamin semata, malahan boleh terkesan dengan gaya hidup aktif.

Konklusinya, setiap orang terlindung dengan undang-undang yang akan menjamin keadilan kepada semua. Apa yang penting, mangsa perlulah mempunyai hujah dan bukti yang kukuh untuk membuktikan kesalahan pihak lawan sekaligus keadilan ditegakkan.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Wed, 25 Apr 2018

Jangan Urut Bayi Anda Sesuka Hati. Ikuti 9 Cara Yang Betul Ini

Teruja nak urut bayi tapi tidak tahu teknik yang betul? Ini caranya.

Featured Tue, 22 Mar 2022

Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Ada segelintir netizen yang terkesan sehingga berkata Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin.. Apa kes ni?

Parenting Mon, 11 Feb 2019

Jangan panik bila si kecil jatuh terlentang, bertindak bijak seperti dilakukan Datin Dr Halina 

Jika anak anda terjatuh dan tidak menangis atau termuntah, itu tandanya keadaan mereka dalam bahaya! 

Featured Mon, 10 Jan 2022

Ditanya Bila Nak Tambah Anak, Ini Jawapan Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle menjelaskan alasan dia tidak menambah bilangan zuriat walaupun dua orang anaknya sudah mula membesar. Bagi Diana, pada usia anaknya yang begitu, mereka perlukan bimbingan dan input daripada ibu bapa sepanjang masa sebelum […]

familuv Tue, 3 Dec 2019

Bawa anak-anak mengembara bersama empat buku ini!

Fakta menarik dan cerita mengenai mitos serta haiwan liar menanti pembaca

Parenting Thu, 17 May 2018
Parenting Mon, 30 Apr 2018

Perlukan Babysitter Yang Bertauliah? Tempah Saja Menerusi Khidmat KiddoCare

Macam perkhidmatan e-hailing Grab! Request saja!

Parenting Thu, 24 May 2018

Kalau Tak Nak 5 Risiko Ini Berlaku, Fikir Dahulu Sebelum Beri Anak Anda Puting Tiruan

Ketahuilah memberi bayi puting tiruan akan mengundang risiko pada mereka!

Parenting Fri, 1 Jun 2018

3 Perkara Yang Anda Perlu Elak Ketika Mengajar Anak Berpuasa

Kalau boleh, ajar dia untuk berpuasa secara ikhlas dan bukan kerana dipaksa.