Drama By: Afiqah Azizan June 28, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘3 Sekawan: Misi Aidiladha’

Setiap kali tiba musim perayaan, pasti ada sahaja kejadian yang melakar memori. Filem original Tonton terbaharu yang berjudul ‘3 Sekawan: Misi Aidiladha’ mengetengahkan peristiwa menarik yang berlaku pada musim Raya korban.

Dalam filem ini, Faiz (lakonan Umar Shakur) dikehendaki tinggal di kampung bersama Tok Wannya (lakonan Kazar) kerana kedua ibu bapanya, Fikry dan Shiha, bakal menunaikan ibadah haji. Kepulangan Faiz ke kampung mempertemukannya kembali dengan rakan-rakannya iaitu Danush (lakonan Rudtra Manivanan) dan Chong (lakonan Camans Kong). Mereka amat gembira dapat bersatu semula sempena Adiladha kali ini.


Pada setiap malam, tiga sekawan ini akan setia mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Tok Wan. Tazkirah Tok Wan tentang sifat ihsan terhadap haiwan telah menggerakkan hati ketiga-tiga anak kecil ini untuk nekad menyelamatkan semua haiwan ternakan dari dijadikan santapan korban Raya Haji. Semestinya hal ini mengejutkan orang kampung. Mereka menentang cadangan tiga sekawan ini.

Namun, Faiz, Danush dan Chong tidak berganjak dengan pendirian mereka. Mereka kekal nekad untuk melepaskan semua haiwan. Walau bagaimanapun, misi mereka ini tidak kesampaian apabila pada hari yang dirancang, haiwan-haiwan tersebut telah pun terlepas dek dicuri oleh Geng Pangkin Parit.

Penduduk kampung telah menuding jari ke arah tiga sekawan ini. Malah, Tok Wan dan Sarjan Rahim (lakonan Dato’ Rahim Razali) juga telah mendesak Faiz untuk membuat pengakuan. Ibu Chong dan ibu Danush turut yakin bahawa anak mereka adalah dalang di sebalik kehilangan haiwan-haiwan ini. Namun, tiga sekawan itu tidak mengaku.

Apakah nasib tiga sekawan yang tidak bersalah ini? Mampukah mereka mendapatkan semula haiwan-haiwan yang telah hilang itu untuk perayaan Aidiladha ini?

Cerita Apa? ‘Tiga Sekawan Raya Haji’
Di Mana? Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 19 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Hati Tanpa Rasa’

Apa rasa hati tanpa rasa?

Drama Fri, 19 Apr 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kuih Muah’

Bukan semuanya manis dalam kehidupan ini.

Drama Mon, 6 Feb 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’

Apabila tragedi hitam kembali menghantui.

Drama Wed, 27 Sep 2023

Tawaran Istimewa ‘Tonton Wonton’ Khas Buat Pencinta Kandungan Filem Menarik Cina

Siapa suka tengok filem Cina? Langgan Tonton Wonton now 🥰

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

Drama Fri, 24 Feb 2023

Fasha Sandha Kongsi Pengalaman Bawa Watak Pesakit Postpartum Psikosis

Bukan senang nak bawa watak berat macam ni.

Drama Mon, 18 Dec 2023
Drama Thu, 14 Dec 2023