Featured By: tex_admin August 21, 2019 @ 4:37pm

Top 5 artis baharu lelaki dan wanita popular

Disediakan oleh Ainur Nadhirah Binti Bahrom Shah

Kehangatan  Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-32 kian terasa apabila kelab peminat mula ‘berperang’ promosi bagi memastikan artis pilihan mereka mengungguli kategori masing-masing! Bertemakan Melangkaui Sempadan, ABPBH 32 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan menyaksikan persaingan antara artis yang sudah lama bertapak kukuh dalam industri dengan artis baharu yang mencipta nama.

Pada tahun ini, pencalonan bagi Top 5 Artis Baharu Lelaki dan Artis Baharu Wanita menampilkan wajah-wajah baharu yang dikatakan mencipta fenomena tersendiri. Mereka dicalonkan berdasarkan bakat yang dimiliki dalam bidang masing-masing.

Jika sebelum ini, kategori berkenaan dikatakan sering memberi badi kepada pemenangnya apabila populariti mereka menurun selepas diumumkan pemenang, namun tahun lalu pemenang bagi Artis Baharu Wanita, Farah Nabilah membuktikan bakatnya terus bersinar.

Selain Farah Nabilah, ABPBH ke-31 menyaksikan seorang lagi artis baharu Fendy Bakry turut meniti populariti sepanjang tahun ini. 

Tahun ini beberapa nama yang kian popular seperti Haneesya Hani yang mencetus kontroversi apabila kemenangannya dalam Dewi Remaja ditarik balik apabila video rakaman beliau dan peserta Dewi Remaja lain berada dalam keadaan yang meragukan di sebuah disko disebarkan. Mampukah beliau mengungguli kategori berkenaan atau detik hitam itu bakal memberi impak kepada undiannya?

Atau mungkinkah pelakon cantik manis Amelia Henderson meraih undian tertinggi dalam kategori berkenaan?

Bagi kategori Artis Baharu Lelaki, beberapa nama seperti Adam Lee dan Raja Atiq diramal mampu membawa pulang trofi yang menjadi rebutan ramai itu?

Berikut disenaraikan peserta akhir bagi setiap kategori. Siapa pilihan anda?

Afieq Shazwan

Foto: NSTP/Nurul Shafina Jemenon

Afieq Shazwan merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara di Malaysia telah mendapat tempat di Top 5 bagi Artis Baharu Lelaki Popular. Afiq memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan meningkat naik apabila menyertai pertandingan realiti nyanyian, Big Stage.

Adam Lee

Foto: NSTP/Nurul Shafina Jemenon

Adam Lee, pelakon yang mempunyai wajah yang tampan kini melonjak naik selepas berjaya memegang peranan watak dalam drama Lara Aishah, Seharum Mawar dan Dendam Aurora.

Iswan Ismail

Foto: instagram Iswan Ismail

Siapa pula tidak mengenali pelakon lelaki yang berbadan sado dan mirip putera Mateen yang berasal dari Singapura. Beliau masih kurang dikenali di Malaysia namun setelah wataknya dalam drama Hero Seorang Cinderella telah membuka mata peminat di Malaysia.

Raja Atiq

Foto: NSTP/Rohanis Shukri

Atiq Azman, pelakon drama Nur yang berasal dari Kelantan ini telah menempah nama di dalam industri dan juga dengan suaranya yang merdu mengalukan ayat al- Quran. Dia juga telah membintangi beberapa drama dan telemovie seperti Isteriku Cikgu, Petua Nenek dan Sumpah Ibu.

Ryan Deedat

Foto: NSTP/Nurul Shafina Jemenon

Lagu Ryan Deedat bertajuk ‘Salimah’ berjaya melonjakkan namanya di persada seni tempatan malah telah menarik perhatian syarikat label Sony Music kerana lagunya yang mempunyai alunan Latin. Ryan pernah enam tahun mencuba nasib dalam industri muzik tempatan bersama sebuah kumpulan rock alternatif. Namun, rezeki masih belum menyebelahi membuatkan dia beralih kepada kerjaya solo.

Aina Abdul

Tidak lupa juga calon-calon bagi Top 5 Artis Baharu Wanita Popular iaitu Aina Abdul. Aina merupakan peserta pertandingan nyanyian realiti televisyen Mentor Legend 2014, tetapi dirinya tidak bergitu menyerlah. Kini dia telah bangkit  dengan single terbarunya ‘Sumpah’ dan mendapat sambutan ramai.

Foto: NSTP/Rohanis Shukri

Amelia Henderson

Seorang wanita yang berdarah kacukan India dan Scotland, Amelia Henderson merupakan pelakon, hos televisyen dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006. Amelia telah memenangi Anugerah Star Model 2019 bagi kategori Malaysia.

Foto: NSTP/Rosela Ismail

Haneesya Hanee

Haneesya Hanee, gadis yang berkulit hitam manis merupakan pemenang Dewi Remaja 2018 namun ditarik balik kemenangannya akibat videonya di kelab malam tular di laman sosial. Kini Haneesya telah meningkat naik selepas membintangi drama bersiri ‘Cik Reen Encik Ngok Ngek’. 

Foto: twitter Haneesya Hanee

Masya Masyitah

Dikenali selepas memenangi pertandingan nyanyian Ceria Popstar 2 pada tahun 2014, Masya Masyitah mempunyai single sendiri iaitu Teman Bintang dan Halimunan. 

Foto: NSTP/Nurul Shafina Jemenon

Sarah Suhairi

Sarah Suhairi mula mengenengahkan bakatnya menerusi nyanyian lagu ‘cover song’ tempatan dan luar negara. Sarah kemudian menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian dan bergelar juara. Mendapat tawaran sebagai artis rakaman, Sarah kini dikenali ramai menerusi singlenya berjudul Pedih.

Foto:  NSTP/Aswadi Alias

Agak-agak siapa yang bakal dinobatkan kategori Artis Baharu lelaki dan Wanita Popular ABPBH 32? 

Undian bermula dari 15 Julai hingga 15 September. Jangan lupa undi selebriti pilihan anda di laman sesawang www.abpbh.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] Nabila Huda Usik Keisha Pertama Kali Sertai Sekolah Kerajaan, Ramai Titip Kata Semangat! – “Baru Awak Tahu, Seronokkan Berapa Tahun Private”

Big girl dah Keisha 😢 All the best si cantikk! ❤️ Sekejap je tu lama lama dapat sesuaikan diri ok! 💪🏻

Featured Tue, 22 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Tya Ariffin & Anak Buat Trend TikTok Curi Tumpuan Netizen

Umum mengetahui, anak-anak kepada selebriti Tya Ariffin sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelan mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Tya di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran itu, […]

Featured Thu, 16 Sep 2021

Ini Senarai 5 Lagu Patriotik Yang Membangkitkan Semangat Hari Malaysia!

Bila dengar balik lagu-lagu ni, goosebump lah min!

Featured Tue, 2 Jul 2019
Featured Thu, 23 Jan 2020
Gaya Hidup Tue, 29 May 2018

Ikuti 5 Cara Ini Agar Kulit Wajah Kekal Hidrat Sepanjang Bulan Ramadan

Kulit wajah juga harus dijaga sepajang bulan Ramadan ini.

Featured Tue, 20 Feb 2024

Kongsi Video GRWM… Puteri Balqis Dedah Pernah Dilabel Pengemis, Bertindak Sekat 300 Komen Hinaan Setiap Hari – “Don’t Be Scared To Blocked This Moron”

Mantap lah Puteri Balqis! Yang penting janagn semakkan kepala dengan pendapat orang tak berilmu❤️✌️

Featured Sat, 25 Mar 2023

“Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat, Tapi Dia…” – Patimah Ismail Mohon Henti Buat Spekulasi

Kasih sayang ibu mentua tiada penghujungnya ❤️ “Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti” – Patimah Ismail