Featured By: Yanie Baharom April 21, 2020 @ 3:00pm

Topeng muka dan tudung buat barisan hadapan di UK, Dr Elies harumkan nama Malaysia

Namanya mungkin tidak sepopular Dr Nur Amalina Che Bakri atau lebih dikenali sebagai Dr Amalina, kerana tiada berita sensasi dihebahkan mengenai wanita cantik ini.

Namun begitu, menyingkap potfolio pemilik senyuman manis, Dr Eliesmaziah Elias, 46, yang berasal dari Melaka ini, beliau melakukan perkara hebat sebagai permastautin di United Kingdom (UK), sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

Saintis yang juga pengasas jenama Instant Hijab UK yang menetap di Manchester ini menggunakan kemahiran menjahit dan pengetahuannya mengenai biomaterial untuk menghasilkan topeng muka boleh dipakai berulang kali bagi kegunaan jururawat di wad pediatrik, Unit Panda, Salford Royal Hospital di Manchester.

Foto: Facebook Elies Elias

Difahamkan topeng yang dijahit untuk kira-kira 40 jururawat itu, dipakai oleh mereka ketika hendak ke tempat kerja.

Topeng warna-warni bermotifkan floral hasil buatan tangannya itu diperbuat daripada tiga lapisan kapas Inggeris dengan ruang untuk penapis.

Beliau berkata, kelebihan topeng itu boleh digunakan semula setelah dicuci dan direbus pada suhu 70 darjah Celsius selama 30 minit untuk mensterilkannya.

Foto: Facebook Elies Elias

 

“Bahagian lapisan dalam topeng diperbuat daripada kapas tenunan tertutup mirip lapisan dalam pada tirai.

“Barisan hadapan, seperti pekerja taska dan kakitangan klinik, akan menganggap ini berguna,” katanya yang menetap di UK hampir 30 tahun.

Elies yang juga Doktor Falsafah Kejuruteraan Perubatan dari Universiti Liverpool, menceburi bidang pembuatan tudung segera pada tahun 2018.

Diperhebatkan dengan latar belakang biomaterial, ibu kepada tiga cahayamata itu akui beliau selalu meneroka cara baharu untuk menggunakan bahan fabrik bagi tujuan praktikal.

Foto: MoreSlim

Wabak COVID-19 yang sudah menyebabkan 16,509 kematian di UK setakat pagi 21 April 2020, turut memberi kesan apabila negara itu berdepan dengan kekurangan bekalan topeng muka.

Beliau berkata, permintaan terhadap topeng muka itu agak tinggi, namun beliau berdepan dengan kesulitan untuk mendapatkan bahan memandangkan kedai ditutup demi mematuhi perintah larangan keluar.

“Saya memanfaatkan bahan-bahan yang terdapat di rumah saya,” katanya.

Tidak hanya pembuatan topeng muka, Elies juga menghasilkan pembersih tangannya sendiri, malah menerusi video yang dimuat naik ke laman Facebooknya, Elies berkongsi panduan bagaimana cara membuat cecair pembasmi kuman di rumah.

Beliau juga tidak lokek mengedarkan bahan cecair itu kepada rakan-rakan yang memerlukannya.

Sebagai penyelidik yang selalu bermain dengan peralatan pembedahan dan biomaterial, Elies sentiasa menggunakan deria mata hati, malah beliau tidak pernah gagal melihat peluang di pasaran.

Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana namanya meledak di UK. Segalanya bermula apabila tudung rekaannya dikenali sebagai MoreSlim telah dipilih sebagai aksesori seragam pasukan polis wanita Muslim negara itu.

Foto: Pinterest

Tidak lama kemudian, tudung rekaannya mendapat pula perhatian daripada pihak bomba wanita Islam UK diikuti polis wanita Muslim unit taktikal negara berkenaan.

Semuanya bermula apabila mengambil langkah kanan ketika berjumpa beberapa polis ketika menghadiri satu pameran di UK. Bertitik tolak daripada pertemuan itu juga didorong keberaniannya, MoreSlim menjadi pembekal rasmi tudung seragam polis wanita Muslim di UK, sejak dua tahun lalu.

Hijab istimewa itu dihasilkan menggunakan fabrik bersifat ringan, antibakteria dan antipeluh yang sesuai dipakai untuk tempoh masa panjang.

Pada masa sama, koleksi tudung yang hadir dalam empat rona hitam, biru, kelabu dan putih itu turut mendapat pengesahan daripada International Organization for Standardization, European Standard dan American Association of Textile Chemists and Colorists.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Mar 2018

Tahap Seksi Wanita Mengikut Zodiak! Libra Paling Power

Tidak dapat dinafikan zodiak atau bintang kelahiran, serba-sedikit related dengan karakter anda.

Ini kerana para ahli astronomi membuat kajian kepada puluhan ribu manusia yang bernaung di bawah bulan kelahiran yang sama dan akhirnya menghimpunkan kesamaan sifat menerusi  zodiak mereka.

Namun begitu bukanlah soal karakter yang ingin dikupas, sebaliknya pesona dan keseksian melalui zodiak masing-masing.

Featured Tue, 5 Sep 2023

Kekal Positif! Chef Wan Kini Berimej Botak Akibat Kesan Rawatan Kemoterapi

Alahaiiii… terus semangat Chef Wan! Kami doakan yang terbaik 💗

Oh Lawa Fri, 30 Nov 2018

Ini Cara Merawat Kulit Tangan Kering Yang Paling Efektif

Cuba gosok tangan anda sekarang, rasa kering atau tidak?

Oh Lawa Tue, 12 Feb 2019

30 foto ini menunjukkan evolusi gaya rambut pelakon jelita Jennifer Aniston sejak 1990

Satu daripadanya digelar “The Rachel” sempena wataknya dalam siri televisyen Friends.

Featured Sat, 23 Apr 2022

MV Lip Lap Raya Didakwa Sama Seperti MV Adele? Ini Respons Siti Nurhaliza

Best je lagu raya baru Tokti ni… bab MV tu tak salah kan kalau ambil inspirasi untuk berkarya

Featured Wed, 13 May 2020
Oh Lawa Thu, 1 Nov 2018

10 Bintang Ternama Hollywood Dengan Pakaian Terbaik Halloween!

Pesta Halloween disambut setiap 31 Oktober.