Featured By: Maya Basir November 24, 2022 @ 7:51pm

Tuduhan Berjaya Dibuktikan, Siti Bainun Menangis Perlu Bela Diri

Pengasas rumah bonda, Siti Bainun Ahd Razali dilihat menangis selepas Mahkamah Sesyen memutuskan untuk membela diri terhadap pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down, Bella.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan dibacakan Hakim Izralizam Sanusi selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan kes tersebut.

Menurut Izralizam, pihak pendakwaan berjaya memenuhi elemen yang membuktikan Bella mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Keputusan dibuat adalah berdasarkan testimoni sekumpulan pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur terhadap fizikal Bella.

“Parut di seluruh badan Bella, termasuk parut terbakar menunjukkan bahawa ia adalah daripada kesan lecur tahap kedua, bukan tidak sengaja atau diri sendiri yang menyebabkan kecederaan.

“Penjaganya (penjaga Bella) di Taman Sinar Rumah Kebajikan Harapan di Seremban juga memberi keterangan bahawa Bella trauma selepas tinggal bersama tertuduh.

“Bella dilihat takut dengan orang apabila kembali untuk tinggal dirumah kebajikan, dan dia menjerit dalam tidurnya,” katanya.

Susulan kes tersebut, Siti Bainun diberi tiga pilihan semasa prosiding membela diri.

“Pilihan pertama adalah dengan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi kemudian disoal balas oleh pendakwaan dan mahkamah akan menilai.

“Kedua, tertuduh boleh memberi keterangan tidak bersumpah dan tidak akan disoal balas oleh pendakwaan.

“Pilihan ketiga, kamu (tertuduh) boleh berdiam diri dengan tidak menjawab pertuduhan atau kedua memberikan kenyataan tidak bersumpah tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan,” ujarnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.

Manakala, peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.

Hadir sama, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.

Turut hadir memberi sokongan adalah aktivis, Mona Din, Setiausaha Persatuan Bunga Bunga Syurga Down Sindrom Malaysia, Hairun Nizah Abd Shukor dan penyanyi Fynn Jamal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

Mahu Ubah Selera, Wany Hasrita Selit Elemen Muzik Indonesia Dalam Single Terbaru

Vokal ala kadar? Buah tangan terbaru Wany ini bakal menjawab segala-galanya. Insya Allah…

Featured Sun, 6 Feb 2022
Featured Wed, 26 Sep 2018
Trending Wed, 14 Mar 2018

Mia Ahmad Mohon Maaf, Umumkan Dirinya Sedang Hamil. Wah, Tahniah!

Impian pelakon cantik manis Mia Ahmad untuk memiliki cahaya mata bakal tercapai apabila dia mengumumkan bahawa dirinya sedang hamil. Mia yang mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada awal tahun lalu telah mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya.