Featured By: Atiqah Johari August 16, 2022 @ 6:38pm

Tukar Nama Kepada ‘Azri Alexander’? Azri Iskandar Batal Hasrat Sebab…

Gara-gara nama sering terpalit dengan kontroversi bersama seorang wanita misteri yang dikenali sebagai Dr. Azra selepas bercerai dengan Ellie Suriaty, Azri Iskandar berhasrat untuk menukar nama.

Pelakon Azri Iskandar berhasrat untuk menukar namanya kepada Azri Alexander kerana nama yang digunakan sekarang sering dikecam oleh wargamaya.

Walaubagaimanapun, hasrat Azri terbatal apabila anak-anaknya tidak bersetuju untuk dirinya menukar nama.

Memetik laporan Getaran, Azri memaklumkan bahawa anak-anaknya marah dengan tindakannya itu dan dia mengambil keputusan untuk terus menggunakan nama sekarang.

“Anak-anak saya marah saya nak tukar nama. Jadi, saya tukar baliklah kepada nama Azri Iskandar dan tak jadi guna nama Azri Alexander. Saya minta maaf pada semua,” ujarnya kepada Getaran.

Azri Iskandar atau nama sebenarnya Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 54, turut memberitahu bahawa jika dia tidak mendapat persetujuan daripada anak-anaknya untuk menukar nama dia terpaksa batalkan hasrat tersebut.

“Saya kalau anak-anak tidak setuju, saya tidak boleh buat dan silap saya juga sebab tidak berbincang terlebih dahulu dengan anak-anak tentang hal ini.

“Yang marah saya sangat tukar nama ini anak saya, Azrell Omar Iskandar
(Ayel). Sedih betul saya.

“Dia cakap nama Azri Iskandar tu dah okey. Kalau pun nak gi international, tidak ada salahnya pakai nama tersebut.

“Lagipun dia kata, dia dah mula berkecimpung dalam filem perfileman, takkan dia nak letak Namanya sebagai Azrell atau Ayel Alexander.

“Saya cakap nama saya tetap Azri Iskandar. Cuma, Azri Alexander itu digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja. Tapi, dia tidak boleh terima. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk gunakan semula nama Azri Iskandar,” jelasnya kepada Getaran.

Jelasnya lagi, Azri Iskandar tidak tahu tentang penerimaan orang dalam industri hiburan tentang pengumuman yang dibuat beberapa hari lepas untuk menukar nama.

“Kalau orang industri, mungkin orang mereka tak kisah kot. Sebab, bukan menaikkan atau menurunkan pembayaran mereka pun,” ujarnya sambil berseloroh.

Sumber: Getaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 14 Nov 2018

The Billboard, Markas Baru Buat Penggemar Masakan Barat!

Sambil menikmati hidangan yang lazat, anda juga ditemani alunan muzik menggetar jiwa. Cool habis!

Trending Wed, 25 Jul 2018
Featured Tue, 28 May 2019

Rico Rinaldi Summeraya 2019, terilham daripada keindahan sang rama-rama

Sebuah koleksi yang cukup praktikal dan menawan!

Featured Wed, 26 Sep 2018
Trending Wed, 14 Jul 2021
Featured Wed, 29 Nov 2023

Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Beruntungnya BCL dapat ibu mentua macam ibu Ashraf❤️🌹

Featured Wed, 20 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Suami Beri RM50 Untuk Barang Kecantikan Isteri, RapidKL Dikecam Perbaiki Servis Sebelum Menegur & Niaga ‘Cedok Live’ Haram Sampai Peniaga TikTok Tukar Ke Cara Timbang

Bosan dengan isteri tak jaga penampilan diri, lelaki berniat nak kawin lagi? Rapid KL kena sembur! Trend niaga Timbang jadi ikutan? Fuhhh, tu dia segmen #WhazzupNetizen minggu ini!