Hiburan By: Salma Syahbuddin October 3, 2018 @ 5:00pm

Ucapan Ayda Jebat Dianggap Sebagai Kurang Cerdik

Menang besar dalam Anugerah berprestij yang berlangsung baru-baru ini, Ayda Jebat sekali lagi dikecam bukan kerana kemenangannya tetapi kerana ucapan beliau pada malam anugerah tersebut.

Ucapan yang seakan-akan menyindir industri muzik tanah air seakan-akan tidak boleh menerima sebarang pembaharuan, Aida Jebat sekali lagi mengundang kecaman netizen akibat lagu Mata nyanyiannya itu tidak mendapat sambutan.

Sumber : Instagram @aydajebat

Namun, walaupun dikecam teruk Ayda memberitahu beliau tidak sedikit pun mahu menyinggung hati mana-mana pihak dan menurutnya, ucapannya pada malam anugerah tersebut adalah satu bentuk luahan hati beliau semata-mata.

Sumber : Instagram @aydajebat

” Ucapan saya sekadar luahan hati sebab lagu Mata jarang dimainkan di stesen radio tempatan. Barangkali ia diputarkan ketika promosi sahaja. Saya kira mungkin elemen lagu ini belum menepati kehendak stesen radio atau pendengar, namun dengan saya berharap kemenangan saya boleh membuka mata orang yang sebenarnya negara luar menyukai konsep lagu yang sebegini. Saya tiada niat untuk tujukan ucapan itu untuk sesiapa. Bagi saya, rezeki Allah itu luas, jika tidak dinegara sendiri, mungkin di tempat lain.” Katanya

Apapun, ucapan itu tetap akan menjadi salah-satu kontroversi, kerana ia sedikit sebanyak berkait rapat dengan isu lagu Mata beliau gagal melayakkan diri ke pentas AJL 32 pada tahun lepas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Selepas Bekerja Keras, Mira Filzah…

Tidak dapat dinafikan tahun 2018-2019 adalah tahun-tahun yang sibuk untuk pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH ke-32, Mira Filzah.  Namanya disebut-sebut kerana lakonan yang berkesan bagi drama-drama seperti Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan […]

Featured Tue, 15 Nov 2022

Peragakan Kasut Tumit Tinggi, Otam Blurr Undang Tawa Netizen – “Tak Tahu Macam Mana Perempuan Boleh Hadap…”

Pempengaruh Otam Blurrr yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ dalam melakukan video parodi kelakar sekali lagi tular di laman TikTok. @otamblurrrrrNasib baik aku jantan pakai kasut biase2 je ahhahaaha♬ NO COMMENT 50 RINGGIT SADJA – It’s […]

Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Kenapa Penyanyi Lagu Amalina Ini Terkilan Dengan Aliff Syukri ?

Jangan main-main dengan warna kulit tau, sensitif!

Trending Hari Ini Fri, 26 Jun 2020
Events Mon, 9 Jul 2018

Gara-Gara Suka Ejek Lionel Messi, Suami Nekad Ceraikan Isteri…

Sejak awal Piala Dunia, beliau tidak berhenti mencemuh Messi dan berkata Messi tidak mampu menyempurnakan tendangan penalti dalam perlawanan menentang Iceland. Pelik tapi benar…kejadian ini betul-betul terjadi di Russia!