Hiburan By: SGMS Enal January 10, 2019 @ 10:08am

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Di Pawagam 21 Mac 2019

 Pada tahun 2009, Les’ Copaque Production telah mencipta satu fenomena apabila filem animasi 3D pertama Malaysia mencecah kutipan yang sangat membanggakan di pawagam. 

Kini setelah sedekad berlalu, syarikat animasi No. 1 negara ini akan memasarkan filem 3D animasi keduanya bertajuk “Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal”. Ia dijangka bakal menjadi satu fenomena luar biasa melihat kepada kemahsyuran kembar animasi kesayangan ramai ini. 

Kos penerbitan yang menelan belanja hampir RM 20 juta ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Oleh itu, ia diharapkan akan melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya antarabangsa.

Memilih tarikh 21 Mac selari dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga. Ini kerana siri “Upin & Ipin” sendiri diminati oleh kanak-kanak, ibu bapa, sehinggalah atok dan nenek. 

Filem “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang.

Penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu. Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.

Istimewanya lagi, filem ini mempunyai dua OST yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri dan Fakrul Razi. Nantikan pelancarannya di saluran YouTube Les’ Copaque Production tidak lama lagi.

“Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” adalah filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., ditaja oleh Citrex Gummy dari Millenium Pharmacon International (MPI), edaran GSC Movies, Astro sebagai rakan media, dan disokong oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). “Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal” akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 21 Mac 2019. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Doa Fazura Mahu Anak Tarik Perhatian Ramai

Tatkala Wani mengirimkan titipan doa saya yang ditulis kali ini hati saya terlebih sayu. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan saya bermohon jika sudi anda semua mengaminkan juga doa-doa saya ini sempena solat Maghrib dan Isyak ini…

Featured Tue, 16 May 2023
Hiburan Thu, 13 Sep 2018

画面曝光!周杰伦看蜡像竟「吓到惨摔」

周杰伦最近陪老婆昆凌到新加坡工作,也绕到当地的杜莎夫人蜡像馆;就在他两手空架在好友JJ林俊杰人像脸旁,笑称要「比比看谁的眼睛大」,下一秒蜡像却突然动了起来,把他吓到踉跄好几步,笑翻网友。

Featured Wed, 18 Jan 2023

Sanggup Korban Kerjaya, Puteri Sarah Dedah 6 Tahun Jadi Suri Rumah – “Masa Nak Kahwin, I Buang Semua”

Pelakon Puteri Sarah menjadi suri rumah selama enam tahun dan menghentikan segala perkembangan kariernya sewaktu ingin berkahwin, suatu ketika dahulu. Menerusi rakaman sesi siaran langsung bersama Neelofa yang dimuat naik oleh akaun @amyqashrina baru-baru ini, […]