Eat Travel By: Yanie Baharom December 24, 2018 @ 5:00pm

Usahawan Ini Kongsi Apa Perkara Yang Best Ada Di Guangzhou, Shenzen & Yiwu!

Eropah, seringkali menjadi destinasi pilihan pelancong dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia dan ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Keghairahan pelancong meneroka bumi Eropah, disebabkan banyak faktor misalnya keunikan ditonjolkan termasuk dari segi keindahan alam, kepadatan budaya, politik dan sosial, ekonomi, kesihatan, perumahan serta pendidikan.

Namun begitu, wanita cantik ini punya citarasa yang agak berbeza. Dengan status Rosianiza Rosly, 35, sebagai usahawan berjaya bukanlah halangan untuknya ke Eropah pada bila-bila masa yang disukai.

Bagaimanapun, dia yang mesra disapa sebagai Che Rose lebih gemar memilih China sebagai destinasi percutiannya terutamanya di Guangzhou, Shenzen dan Yiwu.

Foto: Rosianiza Rosly

Apa yang hebat dan seronok sangat bercuti di ketiga-tiga lokasi itu?

“Saya memang kaki travel sebelum saya ‘mengenali’ China lagi. Antara tempat yang saya pergi antaranya seperti Kashmir, Jaipur (India). Saya ke Jepun tetapi Tokyo gagal menawan hati saya sebaliknya lebih gemarkan Nara.

“Saya ke Korea namun bukan Seoul, akan tetapi lebih tertarik dengan Busan, Gwangju dan Jeju. Entahlah, sememangnya dari awal saya pelik dari orang lain. Sememangnya Eropah tidak menarik minat saya. Kalau ada peluang saya lebih memasang angan-angan ingin ke Afrika.

“Saya ke China, khususnya ke Guangzhou, Shenzen dan Yiwu kerana tertarik dengan budaya, cara hidup dan ingin melihat bagaimana masyarakat di sana yang jauh dari pusat Bandar China iaitu Beijing, namun mampu menakluk pasaran pengguna dunia dengan pelbagai barangannya.

“Di samping ingin melihat tempat menarik di sekitarnya. Namun akhirnya mereka ‘memerangkap’ saya dalam dunia memborong sehingga saya sendiri menjadikan ia salah satu cabang perniagaan saya. Namun saya memilih untuk mengekalkan ia dalam skala sederhana supaya ia terus kekal seronok,” katanya.

Foto: Rosianiza Rosly

Menyifatkan ketiga-tiga lokasi berkenaan sebagai sebuah bandar yang sibuk, namun tidak seperti sibuknya Kuala Lumpur jauh sekali kota Metropolitan seperti Eropah atau Amerika, ia sibuk dengan cara tersendiri.

“Penuh dengan peniaga kecil, yang menjadi agen kepada kilang-kilang, rancak dengan aktiviti peniagaan hiliran seperti perkhidmatan pos, penghantar barang dan seumpamanya.

“Pertama kali menjejakkan kaki ke Jalan Zanzilu contohnya, saya sampai dalam jam 7.30 malam. Kebanyakan kedai sudah tidak melayan walk in customer. Masing-masing sibuk membungkus barang dan pelbagai jenis bungkusan dari kotak, guni, plastik untuk tujuan pos ke seluruh dunia.

“Bunyi ‘strapppp’plaster bergema menjadi irama…Hahaha! Selalunya jiwa saya tenang mendengar bunyi air, burung, ombak dan angin…tetapi di China ketenangan saya apabila mendengar bunyi ‘strappppp….,” katanya.

Selain lubuk membeli-belah sudah tentu kawasan tumpuan pelancongan juga menjadi tempat menarik untuk dikunjungi seperti Yiwu Xiuhu Park di Yiwu, Canton Tower dan Night River Cruise di Guangzhou termasuk Window Of The World dan China Folk Culture Village.

Foto: Rosianiza Rosly

Foto: Rosianiza Rosly

Namun begitu, walau sudah berpuluh kali melakukan trip ke China, Che Rose masih belum berkesempatan melunaskan hasrat untuk ke kawasan pergunungan di kawasan pinggir  yang dikatakan sangat cantik dan punya kuil lama dengan senibina menakjubkan.

“Setakat ini belum berkesempatan kerana bila ke sana, saya akan terperangkap lemas menyelam di pusat memborong,” katanya.

Menyambung perbualannya, Che Rose berkata, pusat tumpuan ini terpulang pada minat masing masing. Sekiranya mahu mencari barangan borong, di sana terdapat segala macam benda.

Contohnya kalau ingin mencari permainan atau barangan koleksi hobi maka Jalan Yide (Yide Lu), Plaza One Link adalah tempatnya. Sekiranya kain, manik dan aksesori baju yang dicari anda maka Zhong Da, merupakan lokasi ideal dan semua ini boleh didapati di Guang Zhou.

Bagi pelancong yang mahu membeli barangan elektronik seperti telefon bimbit dan komputer pada harga lebih murah, boleh ke Shenzen dengan memulakan perjalanan anda di Hua Qiang Bei. Namun Yiwu lebih popular bagi dagangan besar, jika nak beli jumlah besar terus saja ke Yiwu pasti akan dapat lebih murah.

“Di sana kawasan memborong dipisahkan mengikut jenis barang. Contohnya jika mencari barangan kereta maka ada satu ‘pekan’ luasnya jual barangan kereta maka menyelamlah seharian di situ pasti tidak bosan kerana anda boleh menjumpai banyak benda yang unik,” kata Che Rose.

Foto: Rosianiza Rosly

Foto: Rosianiza Rosly

Foto: Rosianiza Rosly

Ditanya adakah ia sebuah daerah mesra Muslim, Che Rose berkata, ramai tidak tahu populasi muslim di China jauh lebih ramai dari jumlah rakyat negara ini.

Di GuangZhou pula bersemadinya pejuang, pendakwah agung Saad Abi Waqqas yang merupakan bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W merupakan orang pertama yang menyebarkan agama Islam di China dan rantau sekitarnya, Masjid Saad Abi Waqqas antara belasan Masjid dalam kawasan Guangzhou.

“Di sini restoran halal mudah didapati. Bukan sahaja warga China Islam namun kehadiran warga Pakistan, India, Nepal dan Afrika yang beragama Islam juga kelihatan mula ramai di sana. Keadaannya juga sama di Shenzen.

“Masyarakat sini sudah biasa dengan kehadiran pelbagai ragam dari seluruh dunia. Mereka agak memahami kita orang Islam,” katanya.

Tambahnya lagi, melancong ke China khususnya ke Ghuangzhou Shenzen dan Yiwu pasti menjanjikan pengalaman berbeza.

Cuma perlu berhati-hati kerana potensi besar anda akan terperangkap menjadi peniaga borong China itu sangat tinggi. Tapi apa salahnya sambil bekerja, berniaga, anda boleh berjalan bergembira.

Foto: Rosianiza Rosly

Sepanjang penerokaan Che Rose di wilayah Republic of China itu, dia tidak pernah menggunakan travel agent atau menyusun jadual secara terperinci kerana baginya melancong dengan cara berkenaan membazir dan membosankan.

Dia akan menetapkan terlebih dulu tujuan ke sana dan mengumpul serbae sedikit informasi mengenai lokasi yang bakal dikunjunginya bagi memperoleh barangan untuk diniagakan di Malaysia.

Jurang komunikasi adalah masalah terbesar di China tetapi jadikan ia kepada satu pengalaman yang menyeronokkan.

“Masa mula-mula sampai dulu, selain berkomunikasi sambil bercakap menggunakan mulut, saya kena guna juga bahasa tubuh habis digerakkan kaki tangan, mimik muka nak memberi faham. Memang susah tapi seronok.

“Lebih menyukarkan di sana mereka menggunakan bahasa Kantonis, sedangkan Malaysia, bertutur dalam dialek Mandarin. Namun kini tak sesukar mana kerana ada aplikasi WeChat yang boleh terus alih bahasa. Majoriti orang China ada akaun WeChat. Sekarang juga saya ada aplikasi terjemahan bahasa merangkumi 36 bahasa dunia.

“Dekat China ni apa yang tak ada, segala macam mak nenek ada. Cuma kena bijak memilih dan mencari tempat selain berurusan dengan orang yang betul. Saya sendiri banyak mengalami peristiwa ‘ditipu’ dalam berurusan di China, namun bagi saya ia adalah yuran belajar saya. Saya lebih matang dan berhati-hati.

Foto: Rosianiza Rosly

“Ramai tanya kenapa saya tidak membuat pakej membawa peniaga Malaysia ke China? Bagi saya China ini luas saya sendiri belum habis menyelam di sana, sentiasa ada tempat, perkara, malah barangan baru setiap kali berkunjung ke sana.

“Kalau saya bawa orang dan kenakan caj tertentu, saya rasa tak patut. Saya masih sedang mengenali China, InsyaAllah tahun depan saya cadang ingin menakluki Shanghai pula. Dengar khabarnya barangan di sana jauh lebih advance dan variety!

“Setiap kali ke China, ada saja kawan baharu yang minat berniaga ikut serta. Saya percaya satu, dunia ini luas rezeki sudah tertulis maka saya infaqkan pengetahuan dan pengalaman saya selebihnya sama-samalah mengembara.

Maka benarlah pesan yang berbunyi belajarlah sampai ke negeri China,” katanya mengakhiri perbualan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 31 Jul 2018

Wow! Kini Ada Burger Kangkung Sambal Belacan. Memang Terangkat Habis!

Bagi anda yang ‘hantu pedas’ memang wajib cuba burger ini. Terangkat habis!

Eat Travel Thu, 17 Jan 2019
Eat Travel Sat, 8 Sep 2018
Eat Travel Sun, 13 May 2018

Kepak Ayam Madu Bukan Saja Lazat Bahkan Penyediaannya Semudah ABC

Kepak ayam madu, dengar nama menu ini saja sudah bisa buat kita terliur. Apalagi melihat cara ia dimasak.

Eat Travel Fri, 8 Mar 2019

Resipi Buttermilk Seafood Pasta, memang terangkat habis!

Pencinta makanan laut pasti menyukainya

Eat Travel Sun, 12 Aug 2018

15 Idea Kreatif Untuk Kek Berkonsepkan Hari Kebangsaan. Patriotik Sangat!

Raikan Hari Kemerdekaan dengan kek warna-warni ini!

Eat Travel Wed, 30 Oct 2019
Eat Travel Thu, 10 Jan 2019

Resipi tart telur ala Hong Kong

Makan satu saja memang takkan cukup!

Eat Travel Fri, 5 Oct 2018
Eat Travel Thu, 26 Apr 2018

Kalau Nak Suami Puji Lebih, Cuba Buat Cheesekut Ini

Sedapnya cheesekut ini kalau dimakan bersama orang-orang tersayang!