Trending By: SGMS Enal December 20, 2018 @ 10:31am

Gara-Gara Vape… Remaja Hilang Semua Gigi?

Seorang remaja dari New Orleans, Amerika Syarikat, Christopher Krein 21 tahun terpaksa berhadapan detik mengerikan apabila giginya berkecaidan rahangnya pecah di tiga bahagian.

Hanya disebabkan ‘pen vapingnya’ meletup!

Mailan Krein, ibu kepada Christopher berkata dia selalu menegur tabiat anak lelakinya itu yang kuat merokok, dan mencuba vape untuk mengurangkan tabiatnya itu 

Ketika Krein sedang bekerja, dia menerima panggilan daripada suaminya yang memaklumkan bahawa anak mereka kini berada di wad kecemasan.

“You have to get to ER Oschner. Christopher’s face blew up,”

Krein berkata, pada ketika itu dia berasa cukup terkejut selepas suaminya memaklumkan mulut anak lelakinya itu hancur gara-gara pen vapingnya meletup.

Menurut fox8live, Christopher dikejarkan ke hospital dimana rahangnya didapati pecah di tiga bahagian, beberapa serpihan logam melekat di mulut dan giginya hancur.

“Dia juga memerlukan darah tambahan kerana terdapat pendarahan teruk, tetapi saya paling bimbangkan dia akan kehilangan lidahnya, syukur ianya masih OK.” kata Mailan Krein

Waktu kejadian sebenarnya Christopher sedang bersiap untuk ke tempat kerja, sebelum tiba-tiba berlaku letupan kuat, malah Christoper memaklumkan dia seolah-olah berasa seperti ada tembakan di dalam mulutnya..

Disebabkan kejadian tersebut, Christopher menyalahkan jenama pen vapingnya kerana sebelum ini katanya laman web jenama tersebut ada memuat naik amaran mengenai bateri pen vaping tersebut boleh gagal dan meletup.

Note : Kegagalan biasanya berlaku apabila pengguna menggunakan bateri dengan cara yang salah.

Difahamkan bahawa keluarga Christopher telah melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan perundangan dan berhadapan dengan bill perubatan setinggi RM1.25 juta..perghh! mahal tu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 2 Oct 2022

Genap 5 Bulan, Mira Filzah Kongsi Gambar Anak 

MasyaAllah, comelnya Amir 🥰🥰 Copy paste Mira Filzah sangat nii 🤩🤩 Semoga membesar dengan sihat sayang ❤️

Trending Wed, 7 Aug 2019
Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Fri, 2 Feb 2024
Trending Tue, 27 Nov 2018

Kerana Langgar Kontrak RM4 Billion, Genting Keluarkan Saman Buat Walt Disney

Fox mengeluarkan notis tindakan bertujuan dapat menamatkan kontrak terbabit  demi kepentingan dan faedah sendiri. Like seriously?

Featured Fri, 22 Dec 2023