Selebriti By: Atiqah Johari June 28, 2023 @ 6:23pm

Video Seksi ‘Viral’, Sophia AlBarakbah Kecewa Ada Individu Khianat & Cuba Buka Aib – “Itu Video 2 Tahun Lalu”

Baru-baru ini, tular di media sosial video lama pelakon Sophia AlBarakbah berpakaian seksi ketika di pantai.

Susulan itu, memetik laporan mStar, Sophia meluahkan rasa kecewa apabila ada individu memuat naik semula video tersebut dengan sengaja.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Sophia menyatakan bahawa video tersebut telah dimuat naik olehnya pada dua tahun lalu namun dia telah menghapuskannya daripada akaun media sosialnya.

“Sebenarnya video tu sudah lama, saya sudah buang daripada media sosial saya dua tahun lalu tapi tak tahu macam mana boleh timbul balik,” jelasnya.

Tambah, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu merasakan ada individu yang dengki dan khianat dengannya sehingga bertindak begitu.

“Saya rasa ada orang yang dengki dan khianat dengan saya sebab sengaja membuka aib saya sedangkan perkara itu sudah lama berlalu,” katanya kepada wartawan mStar.

Walaubagaimanapun, Sophia memaklumkan bahawa dia ada meminta individu yang berkaitan untuk membuang video tersebut dan memohon maaf kepadanya.

“Saya ada mesej dan minta untuk turunkan video itu… ada yang sudah mohon maaf kepada saya tapi ada juga yang buat tak tahu, bagi saya perkara ini tidak bagus sebab menjatuhkan maruah seseorang,” luahnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Apr 2023

P. Radhi Bawa Aura P. Ramlee Dalam Naskhah Salam Hari Raya

Wah betul betul sebiji lah macam P. Ramlee

Featured Sun, 30 Jan 2022

Moratorium Wajar Dilanjutkan Untuk Tempoh 6 Bulan Lagi – Pakar

Agak-agak moratorium dilanjutkan atau tidak?

Featured Thu, 24 Nov 2022

Tuduhan Berjaya Dibuktikan, Siti Bainun Menangis Perlu Bela Diri

Semoga keadilan berpihak pada yang benar!

Hiburan Tue, 15 May 2018

Bukan Demand, Cuma Jarang Diberikan Publisiti – Syarifah Amani

Amani juga berharap lebih ramai lagi pelapis muda tampil berkarya dan diberikan lebih banyak peluang untuk menghasilkan karya dan idea yang matang  secara terbuka

Featured Fri, 2 Dec 2022

Terima Panggilan Daripada Ungku Ismail, Norreen Iman Menangis Nad Zainal Sudah…

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ di media sosial terkejut apabila menerima panggilan Ungku Ismail berkaitan keadaan Nad Zainal yang sedang sakit. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Norreen memberitahu Ungku Ismail […]