Trending By: Aisyah Badrul March 9, 2020 @ 4:44pm

[VIRAL] “Adik Tak Marah ke?,”- Abang Syed Saddiq Rasmi Sertai UMNO

BEKAS Menteri Belia  Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima kejutan apabila abangnya iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman secara rasmi menyertai Umno. 

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Syed Abdullah menerusi laman Instagram peribadinya hari ini (Isnin). Keputusan ini ternyata mengejutkan orang ramai kerana kita semua sudah sedia tahu bahawa Syed Saddiq merupakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Menurut Syed Abdullah menerusi entri Instagramnya, keputusan untuk menyertai UMNO tidak sepatutnya dipengaruhi keluarga ataupun pihak media. 

Kredit foto: Instagram Syed Abdullah

“Saya telah melakukan kajian dan membuat pilihan dan hari ini merupakan hari yang besejarah buat saya, keluarga dan rakan-rakan,”

“Hari ini saya telah membuat keputusan untuk menyertai parti UMNO kerana saya percaya generasi muda perlu untuk meneruskan legasi ini, “ tulisnya lagi. 

Jejaka yang pernah dikaitkan dengan pelakon jelita Emma Maembong ini telah menyerahkan borang keahlian UMNO cawangan Ampang menerusi Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun. Untuk pengetahuan, Syed Abdullah merupakan seorang graduan Ijazah Kejuruteraan Aeroangkasa University Embry Riddle Daytona, Florida Amerika Syarikat. 

Menurut Syed Abdullah lagi, dia mahu menyertai parti UMNO kerana ingin mengingatkan generasi muda supaya negara Malaysia boleh bersatu dan kuat menerusi parti ini. Beliau juga telah memuatnaik sekeping foto bendera UMNO sejurus mengumumkan keahliannya di dalam parti itu. 

 
 
 
View this post on Instagram

???

A post shared by Syed Abdullah (@syedabdullah1989) on

Ramai yang menzahirkan reaksi selepas mengetahui tentang berita ini di laman Instagram Syed Abdullah. Ada yang menyokong tindakan jejaka berusia 31 tahun itu dan ada juga yang mempersoalkan reaksi adiknya Syed Saddiq apabila mengetahui tentang berita ini. 

Chill lah, takkan lah perbezaan fahaman politik boleh memecahbelahkan keluarga kan? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Sep 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 3 May 2023
Trending Sat, 9 Nov 2019

‘Bukan Merajuk Tapi Kecewa’- NCIG Umum Henti Operasi Di Malaysia

Pada masa ini, regulasi yang diguna pakai adalah NCIG hanya boleh memperkenalkan produk cecair elektronik yang mengandungi sifar nikotin di Malaysia.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024

Pakai Tudung Kuning Terang, Elfira Loy Seloroh Diri Tetap Cantik Tak Nampak Seperti Bibik – “Tachood”

Manis je Elfira pakai tudung warna kuning kan, dari jauh dah mampak hehe

Featured Mon, 17 Oct 2022
Trending Thu, 18 Mar 2021

“Kalau Tak Boleh Tag Instagram Seseorang, Terus Orang…” – Aishah Jawab Dakwaan Tak Bertegur Dengan Siti Nurhaliza, Rupanya-Rupanya…

Penyanyi otai, Aishah menjawab gosip yang mendakwa dirinya dan penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak bertegur sapa. Aishah yang menggantikan Siti menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung […]