Hiburan By: Syamir Shafie October 18, 2023 @ 9:43pm

Wanna Ali Berduet Lagu Cinta Dengan Bapa Tiri, Netizen Persoal Batas… – “Kami Profesional”

Penyanyi dan pelakon, Wanna Ali menyangkal dakwaan netizen yang memberikan tanggapan buruk terhadap kolaborasinya bersama bapa tiri, Aiman Ismail menerusi single Bukan Sekadar Lafaz.

Memetik laporan Berita Harian, Aiman yang juga merupakan seorang penyanyi berharap gandingan mereka tidak disensasikan.

“Sudah lapan tahun saya hayati lirik ini sejak berkahwin dengan Ayu. Bahkan, Wanna tahu betapa bermaknanya lagu ini buat saya,” katanya.

Sewaktu sesi rakaman, Aiman mengaku sedikit kekok menjiwai lagu yang menjadi runut bunyi Bukan Sekadar Lafaz gara-gara berdepan dengan Wanna.

“Nak tak nak, saya dan Wanna perlu profesional. Kami tetapkan niat lagu duet ini dirakam untuk runut bunyi drama. Tiada niat lain.

“Bagi menghilangkan rasa canggung, saya tatap wajah isteri yang sentiasa berada di sisi kami ketika proses menyiapkan lagu ini,” jelas Aiman lagi.

Dalam pada itu, Wanna turut bertegas bahawa kolaborasi itu dibuat atas dasar profesional selain memenuhi permintaan ibu, Datuk Ayu Puteh yang mencipta karya tersebut.

“Lirik lagu ini tentang hidup ibu saya dan suaminya, Aiman. Dia mahu ahli keluarga terdekat yang menyanyikannya sebab ibu bukan penyanyi,” jelas Wanna.

Disebabkan itu, pelantun lagu Lepaskanlah itu dilihat sesuai menjadi pasangan duet Aiman untuk menyanyikan lagu tersebut.

Lebih-lebih lagi, dalam keluarga, hanya Aiman dan Wanna yang sudah lama menyanyi.

Justeru, mereka bersetuju untuk bekerjasama merakam lagu tersebut.

Single Bukan Sekadar Lafaz menjadi lagu tema drama bersiri dengan judul sama yang bersiaran di slot Akasia TV3.

Menampilkan gandingan Wanna bersama Alif Satar, jangan lupa saksikan Bukan Sekadar Lafaz setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3 dan platform penstriman iQIYI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Dec 2022
Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Takziah, Cucu Prof Dr. Muhaya Telah Kembali Ke Rahmatullah

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Featured Thu, 27 Oct 2022

“Jangan Kata Handsome Tau, Kata Cantik!”- Aksi Gelek Cik B Dengan Rambut Pendek Raih Perhatian

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV), Cik B atau nama sebenarnya  Nur Edlynn Zamillen Muhammad Amin menjadi tumpuan netizen di media sosial. Baru-baru ini, Cik B telah menjadi bualan hangat warganet apabila memutuskan […]

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Wed, 26 Apr 2023
Hiburan Sat, 23 Mar 2019

Ejen Ali The Movie Sasar Kutipan RM20 Juta

Cabaran yang dibawa oleh Ejen Ali kali ini lebih ‘genting’ dan dramatik. Teaser filem ini bakal berada di laman Youtube Ejen Ali bermula 30 Mac ini!