Hiburan By: Khairil Khusyairi September 25, 2023 @ 7:20pm

Wany Hasrita Akan Kongsi Wajah Aishah Al Iman Selepas 3 Bulan, Ada Lagu Istimewa Buat Puteri Sulung

Bermula daripada seorang isteri dan kini bergelar seorang ibu. Siapa sangka kehidupan seorang wanita berubah apabila kaki telah melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya.

Itulah nikmat yang dikurniakan Yang Maha Esa kepada penyanyi popular Wany Hasrita yang mengakui dia benar-benar bersyukur dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Aishah Al Iman, 2 bulan.

Lahir pada 9 Julai lalu, kehadiran Aishah nyata membuatkan pelantun lagu Menahan Rindu ini memberi sepenuh perhatian pada puterinya itu sekali gus menonjolkan lagi sisi keibuan buat wanita berusia 30 tahun ini.

“Alhamdulillah, perasaan itu penuh dengan rasa bersyukur.

“Sudah tentu saya lalui cabaran tersendiri, dengan kehadiran Aishah, suasana kehidupan saya sangat lain…berbeza. Dari segi pembawakan diri saya sendiri dan proses sesuaikan diri dengan rutin baru sangat mencabar.

“Sebelum ini siapkan diri sendiri dan suami sahaja, sekarang ada anak kecil. Antara cabaran yang saya lalui adalah peel bayi ini sentiasa berubah-ubah, orang cakap berubah bulan, jadi kena belajar perangai baru dia sentiasa berubah,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Berkongsi lanjut, kata Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, agak sukar bagi dirinya untuk menjelaskan cabaran yang dilalui namun bersyukur merasai tempoh berpantang dengan baik sekali.

“Alhamdulillah, proses berpantang saya sangat ‘smooth’. Lebih bagus, ada ‘confinement lady’ yang menjaga ketika tempoh tersebut. Malah, saya juga ada ambil kelas sebagai rujukan, saya ambil sesi ‘one to one’ kelas penyusuan badan,” kongsinya lagi.

Wany Hasrita

Aishah Al Iman kini berusia 2 bulan

Usai tempoh berpantang, penyanyi genit ini kembali ke dunia kerjaya selepas sekian lama merehatkan diri.

Biarpun kembali bekerja selepas semakin pulih dan bertenaga, Wany akui jadual kerjanya berkecamuk pada mulanya namun mampu menguruskan masa dengan lebih baik.

“Habis sahaja pantang saya terus bekerja!

“Mulanya agak berterabur sedikit jadual saya, lagi-lagi selepas dah habis berpantang, bila ‘confinement lady’ dah pulang, jadi kitalah yang uruskan semua,” ujarnya.

Bagaimanapun, kelebihan dengan hadirnya insan bernama Aishah ini, kata Wany, dia mampu menguruskan masa dengan lebih baik.

“Dengan kehadiran Aishah, saya juga belajar curi waktu untuk selesaikan semua perkara dengan baik. Mujur juga ada ibu saya yang tolong jaga Aishah sama.

“Kalau soal kerja, saya tidaklah terlalu memilih tapi sedikit sebanyak mungkin agak mempengaruhi,” katanya ketika disoal adakah akan selektif dengan sebarang tawaran show selepas ini.

Wany Hasrita

Wany dan Adib bersama puteri sulung mereka

Sementara itu, jika menjengah ke profil Wany, dia turut membuka akaun Instagram (IG) kepada puteri kecilnya itu. Ia sekali gus membuatkan peminat tidak sabar untuk menatap wajah comel Aishah kelak.

Malah, ramai yang turut bertanyakan bilakah penyanyi ini akan mendedahkan wajah Aishah. Ini jawapan Wany.

“Mungkin lepas tiga bulan,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan kariernya yang terkini, Wany teruja apabila bakal mengeluarkan single istimewa buat cahaya matanya itu.

“Insya-Allah, lagu solo baru akan menyusul, berjudul Cinta Hatiku. Lagu ini khas buat Aishah,” kongsinya teruja.

Wany Hasrita sah menjadi milik lelaki pilihannya, Mohd Al-Adib yang berasal dari Kuching, Sarawak pada 22 Julai 2022 selepas menjalin cinta sejak 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Mon, 4 May 2020
Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Trending Tue, 17 Nov 2020
Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Featured Wed, 26 Jul 2023
Featured Fri, 15 Apr 2022

Akhirnya Hak Jagaan Anak Vanessa Angel Selesai, Gala Sky Diserah Kepada Bapa Mertua

Akhirnya hak penjagaan anak kepada pasangan Allahyarham Vanesza Adzania atau lebih dikenali sebagai Vanessa Angel dan Bibi Adriansyah akhirnya selesai apabila hampir lima bulan perkara ini menjadi kes mahkamah. Memetik laporan Tribunnews, hak penjagaan anak […]