Trending By: Padin October 22, 2021 @ 2:12am

Wifi Sebelah Rumah, Semanis Senyumanmu & Tahyul Hiasi Slot Akasia & Samarinda Bulan Oktober Ini

Berita baik kepada peminat drama Melayu yang sentiasa mahukan naskhah terbaik di slot Akasia dan Samarinda TV3, jangan ketinggalan untuk menyaksikan lakonan hebat daripada pelakon-pelakon pujaan anda di bulan Oktober ini!

Antaranya, Zul Ariffin, Ruhainies, Aiman Hakim Ridza, Daiyan Trisha, Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Fauziah Latiff, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

AKASIA: WIFI SEBELAH RUMAH, MULAI 7 OKTOBER 2021, ISNIN – JUMAAT, 7.00 MALAM – 7.30 MALAM

Drama bersiri 16 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production, diarahkan oleh (Shuhaimi Zulkifli) dengan nukilan skrip oleh (Shahazril Hamzah) menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Zul Ariffin, Ruhainies, Fadlan Hazim, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim dan ramai lagi.

Ghaz (Zul Ariffin) sentiasa mengunjungi sebuah kafe untuk mendapatkan akses internet disebabkan masalah wifi di rumahnya sendiri. Di situ Ghaz bertemu dengan jirannya Mira (Ruhainies) yang membantu dengan memberi kata laluan Wifi kediamannya. Sejak itu, Ghaz menyimpan perasaan dan berusaha untuk memikat hati Mira tetapi Ghaz perlu berani menghadap ayah Mira, Uncle Sam (Ridzuan Hashim) yang tegas. Kebetulan pula Mira mendapat kerja di tempat yang sama dengan Ghaz. Ghaz risau Fizi (Keith Foo) yang juga ketuanya akan berusaha memikat Mira.

Fizi seorang playboy, rupa-rupanya sememangnya rapat dengan Mira. Fizi cuba untuk memikat kembali dan akhirnya membuat keputusan untuk bertunang dengannya. Ini membuatkan Ghaz kecewa. Ghaz tidak mahu mengganggu hubungan Mira dan Fizi walaupun tahu perangai Fizi. Memandangkan Fizi sering sibuk, Mira meminta Ghaz temannya untuk membeli barangan persiapan pertunangannya dan meminta Zizi (Nurin Atiqah) berlakon menjadi tunang Ghaz. Lama-kelamaan Zizi mula jatuh hati pada Ghaz. Mira tidak tahu kenapa dia berasa cemburu apabila Zizi mula rapat dengan Ghaz. Apakah kesudahan hubungan Ghaz, Mira, Fizi dan Zizi? Adakah Mira tahu tentang perangai sebenar Fizi? Bagaimana pula Ghaz memberitahu Mira bahawa hubungan dia dan Zizi adalah lakonan semata-mata?

AKASIA: SEMANIS SENYUMANMU, MULAI 7 OKTOBER 2021, ISNIN – JUMAAT, 7.30 MALAM – 8.00 MALAM

Drama bersiri 16 episod ini diterbitkan oleh Parallax Pictures, diarahkan oleh Faizul Jais dengan nukilan skrip oleh Nur Syamsul Bahariah, menampilkan Aiman Hakim Ridza dan Daiyan Trisha sebagai tunggak utama.

Azim lakonan Aiman Hakim Ridza, merupakan seorang cef yang bekerja di restoran. Dia bertemu dengan Azra (Daiyan Trisha) seorang cef pastri. Azra mempunyai pandangan tersendiri terhadap kuih-kuih tradisional yang dibuat oleh Azim. Komen Azra membuatkan Azim tercabar kerana menganggap dia lebih handal dari Azra. Azim pergi ke kedai Azra dan sengaja memberi komen negatif tentang roti Azra, walhal Azim tak pernah menjamah pastri Azra.

Tanpa disangka, satu hari Azim meminta Azra untuk mengajarnya membuat kuih muih tradisional! Azra berbesar hati mengajar resipi turun-temurun keluarganya. Semasa di cafe, tiba-tiba Joe (Abbas Mahmod) bekas kekasih Azra muncul dan menimbulkan perasaan cemburu Azim. Azim mula menyedari dia telah menaruh hati terhadap Azra tetapi cuba menafikannya. Bagaimanakah perjalanan hubungan antara Azim dan Azra? Adakah Azra akan kembali kepada bekas kekasihnya Joe?

SAMARINDA: TAHYUL, MULAI 12 OKTOBER 2021, ISNIN – KHAMIS, 10.00 MALAM – 11.00 MALAM

Drama bergenre seram 15 episod ini merupakan terbitan Zeel Production, diarahkan oleh Junaimeramfizal Rahmat (Che Mi), nukilan skrip oleh Syed Muhammad Taufik Syed Abd Jalil dengan menampilkan Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Adly Sofwan, Shah Khan, Aidit Noh, Tania Hudson, Fauziah Latiff, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Kisah bermula apabila sekumpulan content creator dari laman sosial “Tales Of Tahyul” telah merancang untuk merakam aktiviti paranormal di sebuah hutan di mana rangka manusia dipercayai milik kanak-kanak telah ditemui. Namun, rancangan mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih tontonan netizen. Hakikatnya, lokasi yang dipilih itu memang dihuni oleh makhluk halus. Lakonan dan penipuan mereka bertukar menjadi tragedi setelah mereka menerima gangguan makhluk halus.

Kumpulan tersebut dianggotai oleh Afiq (Aniq Suhair) dan rakan-rakannya, Fathia (Wani Kayrie), Illy (Cik B), Boy (Adly Sofwan) dan Hakim (Shah Khan). Afiq, Fathia dan Hakim rapat sejak tinggal bersama di rumah anak-anak yatim bernama Rumah Qaseh Syuhada yang dimiliki Puan Qaseh (Fauziah Latiff). Untuk menjayakan rakaman tersebut, walaupun lakonan, mereka sering berpegang kepada Makcik Hawa yang bekerja di sana mengatakan bahawa hantu adalah khayalan yang direka oleh fikiran kita untuk menakutkan kita.

Pada masa sama Ghazry (Aidit Noh), Mina (Tania Hudson) dan anak mereka Sofiya (adik Nur Dania Miazara) berusia 6 tahun telah berpindah ke banglo lama peninggalan keluarga angkat Ghazry. Kedua mereka mempunya minat sama iaitu mengambil gambar dan video. Kejadian pelik berlaku apabila setiap kali Mina mengambil gambar Sofiya, pasti ternampak bayangan dalam gambar tersebut. Paling menyeramkan apabila Sofiya sering bercakap seorang dan memberitahu ibunya dia ada rakan bermana Iris Adelia. Apakah misteri disebalik gambar itu? Dan apa hubungan kumpulan “Tales of Tahyul”, keluarga Ghazry dan Puan Qaseh?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri hebat ini di TV3! Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Mar 2019

重温经典美国影集《六人行》 LEGO提案完美还原中央公园咖啡店场景!

经典美国影集六人行虽然下档许久,但至今仍有各种方式无限回味,就像是法国设计师用了乐高积木。

Featured Wed, 11 Jan 2023

Solekan Natural Ratu Farah Buat Ramai Terpegun – “Wow! Seriuslah Boleh Berubah Lawa Macam Ni!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh usahawan, Anas Zahrin di platform TikTok yang memaparkan pempengaruh, Ratu Farah Diva dijemput untuk menghadiri sesi penggambaran promosi produk. Menerusi hantaran tersebut, Ratu kelihatan cantik serta […]

Trending Mon, 17 Aug 2020
Featured Fri, 3 Feb 2023

Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka? – “Maintenance Eh?”

Wowwww 🤯 Duit Opai ni memang unlimited ke macam mana? Fuhhhhh bagusnya muliakan isteri.. 🥰 Untung Fatin 😌

Featured Wed, 12 Jan 2022
Hiburan Sat, 16 Dec 2023
Featured Tue, 22 Aug 2023

A.Galak Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ini Teguran ‘Pedas’ Yusof Haslam

Haa, kan dah kena sound dengan Datuk tu👍👍👍