Hiburan By: Maya Basir August 24, 2023 @ 12:34pm

Jalani Hidup Bermadu, Zarina Zainuddin Kongsi Pandangan Isu Poligami – “Isteri Kena Reda & Tahu Tempat Dia…”

Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi pendapat mengenai kehidupan berpoligami susulan isu Abang Tesla kahwin lain yang sedang hangat diperkatakan.

Menerusi perkongsian di TikTok @keluarga.my, dia memberitahu tidak ada masalah jika seorang suami itu mampu dan mahukan keluarga yang besar.

“Bagi saya, kalau orang berkemampuan apa salahnya dia nak menanggung keluarga lain, keluarga baru untuk dia membantu orang lain juga. Bagi saya, berkongsi rezeki juga.

“Dia membuat satu keluarga yang besar, lagi besar keturunan dia. Bagi yang mampu tak ada salahnya tapi biar dengan cara yang betul. Kalau kita nak kata suami kita tu 100 peratus adil, memang takkan ada,” ujarnya.

Sebagai individu yang menjalani kehidupan bermadu, isteri hendaklah reda dan tidak merumitkan keadaan seorang suami.

“Isteri kena reda, kena tahu tempat dia, kena tahu dia seorang isteri yang bermadu dan kena pandai isi masa dia untuk tidak fikir sangat tentang suami. Jangan memberatkan suami, perasaan suami, sakit kepada suami nak fikir pasal isteri-isteri.

“Bagi saya, tugas suami tanggung nafkah zahir dan batin, cukup lah kita dah ada suami yang jaga kita elok-elok. Yang penting kita ada suami untuk tempat mengadu,” jelasnya.

Sementara itu, Zarina berpendapat lebih baik memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain daripada dia melakukan perkara tidak baik di belakang seorang isteri.

@keluarga.my Lain orang, lain pandangan. Ada juga wanita yang menerima poligami. Ini pandangan dari pelakon Zarina Zainuddin. #keluarga #majalahkeluarga #zarinazainuddin #poligami #abangtesla #ndlala ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Untuk rekod, Zarina mendirikan dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Haseul Diagnosed With Repetitive Anxiety Symptoms; LOOΠΔ To Continue As 11 For “#” Comeback Promotion

It’s concerning that many idols are suffering with such tragic illness.

Selebriti Tue, 26 Mar 2024

Isu Artis Veteran Pukul Abang Ipar, Pengurus Sahkan Shidee Direman Polis… Kes Masih Dalam Siasatan

Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan – Pengurus

Featured Mon, 6 Mar 2023
Trending Thu, 29 Nov 2018

学生「粉笔画」创作惊人!老师狠心一擦心都碎了

Illusdreamer 是一个由几名香港高中学生组成的创作小组,他们采用彩色粉笔在黑板上创作巨幅的画作,尽管作品的生命有限,但令人难以置信的神奇画面,却让大家都惊叹不已!

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Sebab Filem Hide & Seek, Miller Khan Mula Percaya Kewujudan Hantu?

Filem yang ditayang pada 2017 di Indonesia bakal menemui peminat Malaysia bermula 28 Februari ini. Jom ke pawagam berhampiran!

Featured Wed, 22 Sep 2021
Hiburan Wed, 26 Apr 2023
Trending Tue, 1 Sep 2020

Bakal Bergelar Ibu, Zahirah MacWilson Umum Hamil 6 Bulan

Tak sabar nak tengok baby, mesti comel ????