Hiburan By: SGMS Faida May 15, 2018 @ 4:54am

Zul Ariffin Dah Mula Rimas?

Selepas mendedahkan tubuh badannya yang sasa dalam filem Tombiruo: Penunggu Rimba, aktor kacak Zul Ariffin sekali lagi perlu menayangkan badannya menerusi filem Sangkar.

Menurut Zul, dia bukan sengaja mahu mendedahkan badan sebaliknya tuntutan watak sebagai peninju MMA memerlukannya untuk tampil dengan imej tersebut.

“Boleh kata dalam filem Sangkar ini, imej saya separuh bogel kerana perlu tampil sebagai peninju MMA. Untuk watak ini juga saya perlu menyimpan jambang.

“Kalau ikutkan saya suka clean shaved, rimas berjambang-jambang ini,” katanya.

Zul ditemui ketika majlis anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018) berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Menerusi DFKL 2018, Zul berjaya membawa pulang trofi Aktor Pilihan menerusi lakonan dalam Titian Cinta lakonannya bersama Farah Nabilah.

Semakin dikenali membawakan watak-watak bergenre aksi, Zul melihat ini satu peluang yang baik untuk pelakon sepertinya terus mempamerkan bakat kepada umum.

“Sekarang filem bergenre aksi sudah semakin mendapat permintaan sekali gus menyebabkan penerbit semakin berani mencuba genre ini. Alhamdulillah (dengan perkembangan ini) pelakon macam saya ada tempat di industri.

“Kalau ikutkan memang saya buat penjenamaan di mana untuk drama, watak saya lebih kepada cinta dan sebaliknya untuk filem, wajah saya sudah sinonim dengan watak-watak aksi dan lasak,” jelasnya.

Menurut pelakon kacukan Melayu-Belanda ini, setakat ini jadual seninya penuh sehingga ke hujung tahun dan untuk bulan puasa ini dia akan menyambung semula penggambaran filem Sangkar yang dijangka ditayangkan bulan Mei tahun hadapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

Tahniah diucapkan buat pasangan Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal Di Korea

Walaupun sibuk berkerja tetapi tidak pernah lupa untuk mengembirakan anak-anak dengan membawa mereka bercuti

Hiburan Fri, 16 Jun 2023

[VIDEO] Isu Hadir Ke Majlis Tunang & Shuib Didakwa Cepat Move On… Makder Tampil Jawab Soalan Cepumas – “Abah Arwah Siti Sarah Kata…”

‘Move on’ bukan bererti kita melupakan terus orang yang dah tiada.. Di hati rasa sayang tu mesti tetap utuh ❤️❤️

Events Sun, 23 Dec 2018

A Non-Diehard KPOP Fan’s Perspective Based on BtoB’s Latest Concert in Kuala Lumpur

Have you ever been to a KPOP concert? You might understand why fans love it so much

Hiburan Fri, 18 Oct 2019

Siti Sarah Terkilan Sebab…?

Peringatan buat kita semua…