Setiap manusia diciptakan Tuhan unik. Ada yang cantik kerana rupa paras menawan, susuk tubuh lampai, genit menggoda, ada yang berambut ikal mayang dan tidak kurang anggun berambut pendek.
Intinya adalah, setiap manusia diciptakan dengan kelebihannya masing-masing. Namun, sepasang mata yang mempesona memang bisa membuatkan sesiapapun jatuh cinta kerana itu wujud istilah ‘dari mata jatuh ke hati’.
Di dunia selebriti Hollywood, ada 10 selebriti dilahirkan dengan sepasang mata indah. Siapakah mereka, lihat 10 senarai di bawah ini.
1. Angelina Jolie
Adalah satu hal prejudis jika bercakap tentang mata yang cantik, namun tidak memperkatakan kecantikan sepasang mata biru milik Angelina Jolie. Wanita dengan profil lakonan hebat juga pemilik himpunan anugerah itu yang sentiasa mempamerkan dedikasinya dalam aktiviti kemanusiaan turut disebut sebagai selebriti Hollywood dengan ulas bibir mungil lagi seksi! sehingga dianggap wanita terseksi di dunia.

Foto Kredit : glamsquadmagazine.com
2. Aishwarya Rai Bachchan

Foto Kredit : dubaistandard.com
3. Amber Heard
Amber Heard mempunyai wajah yang paling indah di dunia dan gelaran itu tidak diberi orang ramai sebaliknya Sains memperakuinya. Ini kerana struktur wajah Heard dikatakan sempurna. Malah dia juga mempunyai sepasang mata yang cukup menawan. Kalau tak percaya, lihatlah matanya!

Foto Kredit : wallpapersite.com
4. Gigi Hadid
Halaman demi halaman muka surat untuk menceritakan tentang kecantikan gadis bermata biru-hijau yang memukau ini, siapa lagi kalau bukan Gigi Hadid. Matanya memang bisa membuat hati sesiapapun cair.

Foto Kredit : hdwallpaperslife.com
5. Mila Kunis
Pelakon yang memulakan karier seawal usia 15 tahun di dalam siri TV hit ‘It 70s Show ‘ itu, membesar sebagai seorang wanita cantik dan aktres yang serius. Menderita penyakit heteochromia, namun itu memberikannya keistimewaan di mana dia memiliki dua warna mata yang berbeza. Kiri beliau adalah hijau terang, sedangkan mata kanannya jauh lebih gelap, hampir coklat. Walau bagaimanapun, dunia tidak boleh berhenti menatap matanya yang besar, penuh tarikan dan keunikan.

Foto Kredit : lusco-fusco.com
6. Adriana Lima
Supermodel terkenal kebanggaan wanita Latin bersal dari Brazil ini mempunyai sepasang mata biru yang cukup seksi, misteri dan ibarat magnetik yang membuatkan kita sukar untuk melepaskan pandangan terhadapnya. Pada usia 36, Lima adalah salah seorang model yang paling lama memegang gelaran Angel, Victoria Secret.

Foto Kredit : Vanity Fair
7. Charlize Theron
Theron mungkin merupakan wajah pertama yang timbul dalam fikiran anda. Bermula sebagai model, keperibadiannya yang kuat, mata hijau cantik, dan persembahan dalam lokonan sehigga memenangi anugerah menjadikannya salah seorang pelakon paling diinginkan di Hollywood.

Foto Kredit : youtube.com
8. Megan Fox

Foto Kredit : followingthenerd.com
9. Margot Robbie
Satu lagi kecantikan bermata biru dalam senarai adalah, Margot Robbie yang memulakan kerjayanya di dalam industri perfileman Indie di Australia. Dia kemudian membintangi siri opera iaitu sebuah karya komedia gelap berjudul ‘The Wolf of the Wall Street’. Terdapat banyak tulisan tentang matanya yang ghairah sehingga disenaraikan salah satu mata paling seksi di dunia.

Foto Kredit : denofgeek.com
10. Emma Stone
Apa yang ingin anda katakan mengenai aktres dengan bayaran tertinggi ini yang pernah memenangi anugerah tertinggi lakonan Academy Awards, Bafta Awards dan Screen Actor Guilds? Tentu saja anugerah sepasang mata yang cantik selain wajahnya yang menawan. Berwarna hijau dengan coklat hazel, matanya berkilau seperti permata.

Foto Kredit : vogue.com
Sumber: Merdeka Com