Oh Lawa By: Ad Ops May 14, 2018 @ 6:00pm

14 Pakaian Luar Biasa Yang Pernah Diperagakan Oleh Lady Gaga, Pelik-Pelik Belaka!

Penyanyi dan pencipta lagu tersohor Amerika, Lady Gaga memang terkenal bukan saja dengan lagunya yang unik, tetapi juga kerana identiti fesyennya yang luar biasa.

Tiada siapa yang berani tampil dengan pakaian atau busana sepertinya. Kalau anda perasan, outfit yang pernah ditonjolkan oleh selebriti ini memang pelik-pelik belaka!

Sama ada dia ingin mempromosikan album terbarunya atau melontarkan pendapat tentang situasi politik dunia, Lady Gaga akan “bersuara” melalui apa yang dia pakai.

Walaupun citarasanya sering diperkatakan, Lady Gaga tetap dengan pendiriannya untuk stand out. Betul juga! Buat apa nak sama dengan orang lain?

Jom tengok pakaian atau busana luar biasa yang pernah Lady Gaga peragakan di pelbagai acara karpet merah, dari dulu hingga kini.

Foto: Dimitrios Kambouris/Getty Images for The Accessories Council

Lady Gaga memakai outfit ini ke acara 13th Annual ACE Awards pada tahun 2009. Ia berinspirasikan era Victorian dan lengkap dengan tudung kain renda yang melitupi mukanya serta rambut palsu besar. Yang lagi pelik, badannya ditempek dengan bedak bayi. Motif?

Foto: Ian Gavan/Getty Images

Busana Victorian era yang ini pula dipakai ke Brit Awards 2010. Ada 3 bahagian, dan nampaknya dia kena kepit tangannya sepanjang malam. Tak penat ke? Memang kena ada dedikasi.

Foto: Dimitrios Kambouris/Getty Images

Pada mulanya, mungkin Lady Gaga nampak tak pelik sangat. Tapi sekali dia senyum… fuhh. Tak pastilah apa kaitan gigi palsunya itu dengan pakaiannya.

Foto:

Outfit ini pula macam berinspirasikan pakaian biker (tengoklah topi dan jaket kulitnya). Tapi tiba-tiba ada pula biji mutiara yang memenuhi permukaan outfit ini. Bukan itu saja, Lady Gaga pun macam mengalami penyakit kulit. 

Foto: Jason Merritt/Getty Images

Okay, kalau sebelum ini, dia pakai baju pelik-pelik. Pada tahun 2011, Lady Gaga mengejutkan ramai orang di serata dunia apabila dia muncul di acara Grammy Awards di dalam sebiji telur gergasi. Memang melangkaui jangkaan!

Katanya selepas acara itu, telur itu adalah sebuah “kapsul” dan dia telah “menetas” ketika dia membuat persembahan untuk lagunya Born This Way.

Lady Gaga juga dilaporkan telah duduk di dalam telur (suhunya boleh dikawal) itu selama 3 hari sebelum persembahannya itu. Apalah agaknya rasanya?

Foto: Daniel Roland/AFP/Getty Images

Bahagian bawahnya dah boleh diterima, tapi bahagian kepalanya tu kenapa begitu? Sampai hampir tertutup bahagian matanya! Gaun rekaan Alexander McQueen ini merangkumi headpiece berupa helmet yang bersambung dengan bahagian bodice dan skirt ruffle.

Foto: Theo Wargo/Getty Images

Rasanya tak pernah lagi ada sesiapa yang memakai bulu-bulu palsu sebanyak ini. Nasib baik warna putih.

Foto: Dimitrios Kambouris/Getty Images for Glamour

Untuk outfit ini pula, Lady Gaga taklah nampak keterlaluan, tapi rambutnya tu… fuhh! Dan tengoklah kasutnya! Penuh dengan mutiara!

Foto: Frederick M. Brown/Getty Images

Lady Gaga juga telah menggemparkan dunia apabila dia muncul di acara keramaian dengan memakai outfit yang diperbuat daripada daging. Daging betul, ya, bukan tipu!

Pakaian penuh kontroversi ini sebenarnya adalah tanda protest terhadap polisi “Don’t ask, don’t tell” di kalangan askar Amerika.

“Ada banyak interpretasi, tapi bagi saya, ia mengatakan yang jika kita tak tetap dengan pendirian kita, jika kita tak melawan untuk hak kita, lama-lama kita akan hanya ada sebanyak mana hak yang daging pada badan kita ada,” kata Lady Gaga.

Foto: Fred DuFour/AFP/Getty Images

Rambut palsu pun boleh dijadikan pakaian! Berapa banyaklah yang dia gunakan?

Foto: Odd Andersen/AFP/Getty Images

Selalunya dia dilihat memakai high heels yang lain macam tingginya. Tapi pada tahun 2013, dia dilihat keluar daripada sebuah hotel di Berlin berkaki ayam. Selain itu, dia memakai rambut palsu panjang, babydoll dress dan makeup berinspirasikan snow queen.

Foto: Gareth Cattermole/Getty Images

Orang pakai jambangan bunga di atas kepala. Lady Gaga pula memilih untuk memakai topi bunga yang bentuknya melitupi mukanya! Lain macam betul gayanya.

Foto: Christopher Polk/Getty Images

Suka betul dia pakai topi atau sarung muka. Sampai tak nampak mukanya! Dia memakai outfit ini ketika memenangi sebuah anugerah di MTV Video Music Awards 2009.

Foto: Clevver Music via Youtube

Ada kenal tak karakter cerita Muppet bernama Kermit The Frog? Lady Gaga ada sebuah jaket yang penuh dengan kepalanya!

Haih, inilah dikatakan seni. Bila anda tengok semua pakaian yang disenaraikan, mesti ada terfikir “Kenapa?” kan?

Sumber: CheatSheet

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 5 Apr 2018

Oh, Patutlah Rambut Model Iklan Syampu Nampak Perfect! Guna Trik Ini Rupanya

Macam mana model iklan syampu boleh ada rambut selembut, sehalus, sesempurna itu? Macam tak logik langsung!

Oh Lawa Wed, 17 Oct 2018

7 Fakta Menarik Tentang Cukur Bulu Badan Yang Perlu Anda Tahu

Fungsi bulu badan adalah mengawal suhu badan.

Oh Lawa Thu, 6 Dec 2018
Oh Lawa Mon, 23 Jul 2018

26 Foto Evolusi Fesyen Karpet Merah Selena Gomez Dari Dulu Sampai Sekarang

Bila tengok perubahannya, memang dia layak digelar sebagai ikon fesyen.

Oh Lawa Wed, 13 Jun 2018

Ikon Stail Fyza Kadir Kongsi Tip Tampil Stailish Di Hari Raya

Kehebatan wanita jelita persis patung Barbie dalam bergaya memang tidak dapat disangkal. Dia adalah Fyza Kadir.

Featured Fri, 17 Aug 2018

6 Jenama Makeup Antarabangsa Yang Popular Dan Selalu Diciplak

Barangan makeup jenama luar negara dijual dengan harga yang sangat murah di pasar malam. Logik ke?

Oh Lawa Thu, 1 Nov 2018

10 Bintang Ternama Hollywood Dengan Pakaian Terbaik Halloween!

Pesta Halloween disambut setiap 31 Oktober.

Oh Lawa Wed, 20 Jun 2018

Anda Alami Masalah Pori Muka Yang Besar? Amalkan 5 Tip Mudah Ini

Jangan biarkan pori-pori muka anda terbuka, lakukan 5 tip ini!