Oh Lawa By: Ad Ops June 25, 2018 @ 1:00pm

17 Foto Permaisuri Jordan Ini Buktikan Dialah Ahli Kerabat Diraja Yang Paling Pandai Berfesyen

Anda mungkin ingat, dalam ramai-ramai kerabat diraja wanita di dunia, Kate Middleton dari Britain yang paling pandai bergaya, ataupun Meghan Markle.

Sebenarnya ada seorang lagi wanita royalty yang tidak kurang hebatnya: Permaisuri Rania dari Jordan. Malah, sesetengah orang berpendapat, dialah yang paling bergaya sampai Kate dan Meghan pun kalah.

Seorang bekas pekerja Apple di Amman, Rania telah bertemu dengan Raja Abdullah II Bin Al-Hussein (yang ketika itu masih seorang putera) pada 1993 dan berkahwin dengannya pada tahun yang sama.

Foto: Getty

Rania, kini 47 tahun, telah menjadi permaisuri ketika dia baru berumur 28 tahun. Dan sejak menerima gelaran tersebut, dia sudah memperagakan pelbagai jenis busana yang memang mengagumkan.

Gemarkan rekaan jenama fesyen termasyhur seperti Valentino dan Alexander McQueen, Rania tidak takut untuk mengenakan gaya yang nampaknya lebih daring dan warna atau design yang lebih bold.

Pada masa yang sama, dia seperti tidak lupakan darjatnya sebagai seorang permaisuri dan pastikan rupanya nampak sentiasa classy.

Jika anda check out akaun Instagramnya, anda akan dapat lihat sendiri citarasanya dalam fesyen. Jom lihat gambar-gambar wanita diraja ini dan gaya fesyen yang dia tampilkan.

Foto: Getty

Foto: Getty

Di dalam gambar di bawah, Rania memperagakan dress Givenchy Haute Couture ke majlis Cannes Film Festival ke-70.

Foto: Getty

Foto: Getty

Foto: Getty

Foto: Getty

Untuk acara Met Gala 2016 yang bertemakan “Manus x Machina: Fashion in an Age of Technology”, Rania hadir di dalam gaun bulu dan labuci oleh Valentino.

Foto: Getty

Ketika menyambut Hari Kemerdekaan Jordan yang ke-70 bersama keluarganya, Rania memperagakan outfit oleh label Jordanian-Palestinian, Hama Fashion.

Foto: Getty

Foto: Getty

Foto: Getty

Foto: Getty

Untuk ke masjlis 2015 Social Good Summit, Rania mengenakan dress Alexander McQueen and kasut Valentino seperti di dalam gambar di bawah.

Foto: Getty

Foto: Getty

Foto: Getty

Foto: Getty

Foto: Getty

Dan di dalam gambar terakhir, Rania memakai gaun oleh Elie Saab ke majlis Jordan River Children Program di Versailles, France.

Foto: Getty

Cantik, classy, chic.

Sumber: Marie Claire

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 6 Aug 2018
Featured Mon, 12 Nov 2018
Oh Lawa Tue, 13 Feb 2018

5 Jenis Makanan Ini Bantu Kurangkan Masalah Kulit Secara Semulajadi

Ramai wanita beranggapan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan putih berseri, mereka mestilah memakai skincare yang berjenama dan mahal.

Oh Lawa Thu, 11 Jul 2019
Oh Lawa Fri, 15 Jun 2018

Untuk Hasil OOTD Raya Yang Meletop! Memang Tak Sah Tanpa Bulu Mata Palsu

Melihat kanak-kanak comel atau teman yang berbulu mata lentik membuatkan hati terasa geram sehingga terdetik alangkah bestnya kalau kita juga dikurniakan kelebihan itu.

Yang selalu merasakan sebegini tentulah orang perempuan, kerana memiliki bulu mata tebal dan lentik menjadi impian setiap kaum hawa. Apatah lagi di zaman sekarang ini, ke pasar, ke pusat membeli-belah atau melepak dengan teman-teman pun wajib berbulu mata!

Oh Lawa Tue, 8 Oct 2019

Ceritakan kisah hidup anda menerusi ‘charm’ mini daripada koleksi Pandora Me

Serlahkan identiti mengikut pilihan micro-charm yang anda suka.

Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018

Tutorial Solekan Si Cantik Gadis Melayu Mira Filzah

Jom tampil ayu seperti Mira Filzah!

Oh Lawa Tue, 5 Mar 2019
Oh Lawa Thu, 8 Feb 2018

Idam Bulu Mata Lentik Dan Tebal Persis ‘Barbie Doll’? Anda Mesti Cuba 10 Tips Ini

Patung Barbie boleh dianggap sebagai ikonik bagi wanita yang mendambakan paras rupa jelita dan tubuh yang sempurna.

Featured Tue, 6 Nov 2018

Menurut Kajian, Makan Buah Pir Berkulit Merah Boleh Cantikkan Kulit

Lagi banyak makan, lagi cantik kulit anda!