Oh Lawa By: tex_admin September 21, 2018 @ 2:00pm

Fesyen Infiniti Tiada Batasan Meriahkan Karpet Merah ABPBH 31

Debaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kian terasa! Kembali buat edisi yang ke-31, anugerah berprestij ini meraikan lebih 3 dekad penganjuran acara anugerah pilihan peminat yang penuh dengan pengisian.

Bila sebut saja ABPBH, pasti anda nak tahu tema apa yang dipilih kan? Jika mengimbau kembali anugerah sebelum ini, tema-tema yang dipilih adalah berbeza dan setiap tema tersebut mempunyai makna dan sebabnya tersendiri kenapa ia dipilih.

Begitu juga dengan ABPBH 31 tahun ini, tema Infiniti dipilih yang merujuk kepada jumlah tidak terhingga atau tanpa had, diserapkan dalam semua medium terutama media sosial dan platform digital utama.

Menurut Pengarang Eksekutif BH merangkap Penaung ABPBH 31, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, pemilihan tema Infiniti adalah menepati rekod cemerlang dan sejarah BH sebagai pembekal kandungan utama pilihan pembaca sejak 61 tahun lalu.

“Infiniti merujuk kepada ruang tanpa sempadan bertepatan evolusi BH selaku akhbar yang sentiasa menambah baik dan menyediakan kandungan merentasi pelbagai platform sama ada bercetak mahupun digital termasuk menerusi laman web dan mobile serta media sosial.

“Diharap tema ini dapat diserap dalam semua aktiviti, promosi dan publisiti ABPBH 31 sekaligus membuka minda setiap daripada kita dalam mencari kecemerlangan tanpa batasan, baik dalam aspek berkarya, kerjaya atau komersial.

“Penggiat seni, artis mahupun karyawan juga boleh mempraktikkan takrifan istilah Infiniti dalam meningkatkan pencapaian, mutu produk dan perjuangan seni,” katanya kepada Berita Harian.

Jadi, sudah jelas kan konsep Infiniti secara asasnya kenapa ia dipilih oleh pihak penganjur? Tapi, anda juga perlu tahu konsep Infiniti dalan industri fesyen, barulah nanti ada idea nak dress up ikut tema ini pada 7 Oktober nanti!

Kalau anda nak tahu, ABPBH adalah salah satu acara yang ditunggu-tunggu oleh penggiat seni tanah air untuk ‘melaram’ dengan mengenakan busana mengikut tema yang dihasilkan oleh pereka-pereka fesyen terkenal tanah air.

Magis Alam, Futuristik, Respek, Cinta antara tema-tema yang diangkat pada ABPBH sebelum ini. Kalau lihat penampilan para selebriti memang cantik dan penuh bergaya!

Menurut Pereka Fesyen terkenal, Razman Razmi, tema Infiniti bukanlah sesuatu tema yang sukar untuk digayakan, kerana ia tiada batasan asalkan bersesuaian dengan citarasa dan kreativiti masing-masing.

“Tema Infiniti ini memang mudah bagi seseorang untuk memilih busana. Contohnya, anda boleh memilih dress yang mempunyai lapik pada dada, topi dan sebagainya asalkan cantik, kreatif dan lain daripada yang lain. Warna pula, anda boleh saja mengenakan warna yang menyerlah ataupun memilih warna-warna asas.

“Manakala untuk pemilihan jenis kain pula, anda boleh memilih jenis net, satin, bulu-bulu dan sebagainya mengikut citarasa anda. Lagi menarik, busana tersebut dipadankan dengan aksesori bagi menaikkan lagi seri si pemakai,” katanya dalam temu bual ekslusif bersama Hijab & Heels.

Razman Razmi juga telah merancang untuk menaja busana pengacara majlis pada ABPBH 31 kali ini kerana baginya pengacara majlis adalah individu yang menjadi penanda aras dan perhatian sepanjang acara berlangsung. Tak sabar rasanya nak tengok hasil rekaan Razman Razmi ini nanti!

Sebenarnya, bukan penggiat seni saja yang boleh ‘melaram’ dengan busana mengikut tema, anda sebagai peminat juga boleh bergaya sakan! Boleh #OOTD banyak-banyak ketika anugerah itu nanti, barulah happening kan?

Istimewanya, Hijab & Heels akan berkongsikan inspirasi lakaran busana yang diilhamkan oleh Razman Razmi untuk anda yang masih tak tahu nak mencari busana mengikut tema Infiniti. Memang cantik!

Dah nampak gambaran busana bertemakan Infiniti? Kalau anda masih kurang jelas, apa kata anda hadiri acara #FANtastik Santai Bersama Kelab Peminat Artis dan Pengumuman Malam Pra Kemuncak ABPBH 31 yang akan berlangsung esok, 22 September di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Ini kerana, Razman Razmi akan mempamerkan koleksi busana bertemakan Infiniti ini di acara tersebut. Selain itu, anda juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan Zumba, Flashmob dan sorak antara kelab peminat artis.

Paling seronok, terdapat 16 gerai FC yang akan dibuka untuk menawarkan pelbagai aktiviti jualan seperti jualan produk artis, barangan kesayangan milik artis dan juga acara ‘meet and greet’ bersama artis pujaan.

 Jangan lupa datang ya!

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018
Oh Lawa Thu, 12 Jul 2018
Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019
Oh Lawa Thu, 11 Oct 2018

Selepas Kejayaan Kylie Cosmetics, Kylie Jenner Bakal Lancarkan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Pula

Kita semua tahu yang Kylie Jenner kini sedang dalam perjalanan untuk menjadi “the youngest self-made billionaire”, iaitu billionaire (lebih tinggi daripada jutawan) termuda di hasil atas usaha sendiri. Walaupun gelaran “self-made” itu dipertikaikan oleh banyak pihak, kita […]

Oh Lawa Wed, 19 Dec 2018

Nak Cantik Macam Selebriti? Jom Ke FABUlash!

Penyambungan bulu mata menyerlah kecantikan wanita hanya dengan sentuhan yang minimal.

Oh Lawa Mon, 15 Apr 2019
Featured Fri, 28 Sep 2018
Oh Lawa Wed, 25 Jul 2018

Jom Belajar Teknik Solekan Mata ‘Smokey Eye’ Yang Tepat Dan Gerenti Perfect

Kalau tak dipakai dengan betul, nanti nampak macam panda!

Oh Lawa Tue, 30 Jan 2018

7 Cara Jaga Beg Tangan Dengan Betul

Aneka jenama beg tangan label tempatan sehingga antarabangsa, berharga puluhan ringgit sehingga puluhan ribu, wanita tidak dapat lari dari obsesi kepada aksesori terpenting ini.