Oh Lawa By: Ad Ops March 29, 2018 @ 5:25pm

24 Foto Evolusi Fesyen Britney Spears Dari 1997 Hingga Kini. Wow! 2007 Memang Daring

Ingat tak lagi bila Britney Spears mula-mula muncul sebagai penyanyi melalui lagunya Baby One More TimeInnocent je!

Tapi saban tahun, citarasa fesyen Britney mula berubah dari stail yang sweet dan comel (sesuai lah dengan gelarannya sebagai princess of pop), ke gaya yang lebih seksi dan daring.

Yang pastinya, Britney sedikit sebanyak telah meninggalkan impak yang besar dalam dunia fesyen. Jom tengok evolusi fesyennya dari dulu hingga kini.

1997

Foto: AP

Ketika menghadiri American Music Awards Ke-26, Britney tampil dengan warna rambut semulajadinya. Masa ini dia nampak sweet lagi.

1999

Foto: Terry Renna/AP Images

Sewaktu di konsert jelajah Baby One More Time, Britney mengenakan tube top berwarna hot pink dan sepasang kasut platform sneakers. Yang penting, perut dia flat.

Foto: Brenda Chase/Getty Images

Dia memilih stail elegan pula ketika menghadiri Billboard Music Awards pada tahun yang sama. Sesuailah dengan usianya yang baru 17 tahun pada masa itu.

2000

Foto: Brenda Chase/Getty Images

Untuk acara Grammy Awards pada bulan Februari 2000, Britney sekali lagi tampil elegant dalam gaun oleh Randolph Duke dan “bulu tipu” oleh Oscar de la Renta.

Foto: Chris Weeks/Getty Images

Britney memilih outfit rambu-ramba ini untuk penampilannya di Teen Choice Awards 2000. Mula dari ini, Britney dah mula menjinak-jinakkan diri dengan stail yang lebih mendedahkan kulit.

Foto: Getty / Kevin Mazur

Persembahannya di acara MTV Video Music Awards 2000 menjadi bualan orang ramai kerana bodysuit kristal yang dipakainya. Ia telah menjadi salah satu outfit Britney yang paling ikonik.

Foto: Chris Weeks/Getty Images

Kali ini dia tak berapa seksi, tapi sedikit pelik. Tak apa, dia menang juga beberapa anugerah di Billboard Music Awards pada tahun tu.

Foto: Mark J. Terrill/Getty Images

Outfit ini juga menjadi salah satu pakaian Britney yang ikonik, lebih-lebih lagi apabila teman lelakinya pada waktu itu, Justin Timberlake juga memakai outfit denim. Hmm, bila dilamun cinta, seseorang itu mungkin akan buat perkara yang tak masuk akal.

2001

Foto: Scott Gries/Getty Images

Siapa yang tak tengok performance I’m A Slave For You ini, memang rugi. Britney menyanyikan lagu ini sambil memegang seekor ular sawa bernama Banana. Walaupun outfit Britney seksi, rasanya semua orang akan terpaku melihat ular itu. Manalah tahu, bila-bila je dia boleh ngap!

2002

Foto: Reed Saxon/AP IMages

Britney kembali dengan rupa elegantnya di acara red carpet untuk Grammy Awards ke-44. Dia nampak lebih matang dengan rambutnya yang dikerintingkan. 

Foto: Mark Mainz/Getty Images

Wow, stail apa pula ni? Britney memakai outfit ini ketika menghadiri MTV Video Music Awards.

2003

Foto: Kevin Winter/Getty Images

Outfit ini dinamakan sebagai wedding dress yang telah dipendekkan. Britney memakainya untuk persembahannya di MTV Video Music Awards bersama Madonna, Christina Aguilera, and Missy Elliot. Kalau kaki dah pendek, patutkah Britney pakai boots sebegitu?

2005

Foto: Kevin Winter

Britney tampil dengan stail casual ketika dia sedang hamil dengan anak pertamanya. Ketika itu, dia sedang menghadiri acara karpet merah Charlie and the Chocolate Factory dengan bekas suaminya Kevin Federline.

2006

Foto: Kevin Winter/Getty Images

Pada tahun ini dia hamil dengan anaknya yang kedua. Dia menghadiri Teen Choice Awards dengan mini dress dan rambut hitam. Simple je.

2007

Foto: Kevin Winter/Getty Images

Britney memilih gaya ini untuk persembahan lagu Gimme More di MTV Video Music Awards 2007. Seksi! Malangnya persembahan ini tidak mendapat sambutan positif. Ramai yang mengatakan outfit tak sesuai dengan badannya, dan Britney tidak perform dengan bersungguh-sungguh. Kasihan.

2008

Foto: Frederick M. Brown/Getty Images

Jangan risau! Pada tahun seterusnya, Britney dikatakan telah membuat comeback. Di acara MTV Video Music Awards 2008 ini, dia nampak cantik apabila memakai dress oleh Atelier Versace.

2010

Foto: Christopher Polk/Getty Images

Adoi, tak tahulah stail apa ini. Britney menghadiri Grammy Awards yang ke-52 dengan memakai leotard hitam dengan lapisan jarang. At least rambut dia cantik.

2012

Foto: Michael Kovac/Getty Images

Ha, baru sedap mata memandang. Ketika menghadiri City Of Hope Gala, Britney memperagakan dress berlabuci oleh Halston ini. Nampak sophisticated!

2013

Foto: Frederick M. Brown/Getty Images

Ini dia satu lagi rupa elegant Britney. Dia memakai dress Michael Cinco Couture ini ketika menghadiri Elton John AIDS Foundation’s Oscar Viewing Party. 

2014

Foto: Jason Merritt/TERM/Getty Images

Hmm, boleh tahan. Simple dan sopan. Outfit oleh Mikael D Collection ini dipakai di People’s Choice Awards 2014.

2015

Foto: Frazer Harrison/Getty Images

Britney kembali daring dengan dress singkat dan ketat oleh Labourjoisie untuk persembahannya di MTV Video Music Awards 2015. 

2016

Foto: David Becker/Getty Images

Ini bukan saja singkat, tapi jarang! Britney memakai outfit ini ketika di Billboard Music Awards. Macam serupa dengan baju leotardnya yang sebelum ini. Kasut dia nampak menarik! Rasanya stretchable tak?

2017

Foto: Kevork Djansezian/Getty Images

Jarang lagi! Britney memakai dress oleh Uel Camilo yang dilitupi dengan kristal ini di acara Pre-Grammy Gala.

2018

Foto: tomandlorenzo.com

Ini ketika di Hollywood Beauty Award pada bulan lalu. Macam sama je dengan outfit yang sebelum ini! Secara kesimpulannya, Britney memang suka pakaian-pakaian yang jarang dan singkat. Bila tengok balik, macam outfit figure skater pun ada!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Oct 2018
Oh Lawa Fri, 2 Feb 2018

Bahaya Tester Alat Solek

Namun, tahukah anda tester atau sampel barangan kosmetik seperti gincu, maskara atau eyeliner yang terdapat di kaunter kecantikan boleh mengakibatkan risiko jangkitan Herpes jenis 1 (herpes oral).

Featured Sun, 18 Nov 2018
Oh Lawa Wed, 18 Apr 2018

Fenomena Siri Buppaesannivas, Bangkit Keghairahan Penduduk Thailand Berpakaian Tradisi

Fenomena siri televisyen bertema fantasi sejarah, Buppaesannivas (Love Destiny) di Thailand ketika ini, nampaknya berjaya mengembalikan minat penduduk negara itu untuk mengagungkan pakaian nasional mereka.

Oh Lawa Mon, 4 Nov 2019

Pameran jualan barangan Kumpulan Habib meriah dengan promosi!

Semua jenama Habib dijual di bawah satu bumbung.

Oh Lawa Mon, 25 Mar 2019

Tiada idea untuk gayakan corak baju berjalur dan kotak-kotak? Cuba 10 gaya ini!

Sekali sekala, cuba variasikan penggunaan corak pada baju anda.

Oh Lawa Mon, 17 Sep 2018

23 Gaya Fesyen Karpet Merah Paling Menarik Di Acara Emmy Awards Selama Ini

Kita boleh juga lihat evolusi gaya fesyen red carpet dari tahun ke tahun.

Oh Lawa Fri, 30 Aug 2019

Tiada cecair pencuci berus mekap? Bancuh sendiri dengan teknik DIY ini

Bahan-bahannya mudah didapati dan memang murah.

Featured Thu, 5 Sep 2019