Oh Lawa By: Ad Ops February 28, 2019 @ 9:00am

3 situasi apabila anda betul-betul tidak patut abaikan penggunaan krim penutup cela

Trend kecantikan pada zaman sekarang tidak lagi tertumpu kepada solekan mata yang tebal dan galak, sebaliknya kini golongan hawa lebih menggemari penampilan muka yang cerah, licin dan bersinar.

Bagi mendapatkan rupa paras yang tampak semula jadi, anda memang perlu menggunakan produk krim penutup cela (concealer), terutama dalam beberapa situasi tertentu.

Tidak kira apa punca masalah kulit itu sama ada berjaga malam atau jatuh sakit, anda tidak boleh menyorokkannya tanpa menggunakan produk ini. Pasti ada ‘bukti’ yang dapat dilihat di muka.

Krim penutup cela boleh disapu di bawah mata, di atas tompok merah ataupun di seluruh permukaan muka, jika terdesak.

Di bawah ini ialah empat situasi yang mana krim penutup cela mampu menyelamatkan keadaan (serta bagaimana ia boleh menghindari lingkaran hitam pada mata).

Foto: The Independent

1. Apabila anda terlambat dan tidak cukup masa untuk menggunakan semua produk di dalam beg solekan anda

Jika terlewat bangun, tetapi masih ingin memakai alat solek, anda memerlukan krim penutup cela yang juga boleh bertindak sebagai bedak asas. Jimatlah masa!

2. Apabila anda mempunyai lingkaran mata kerana tidak cukup tidur

Krim penutup cela ialah produk terbaik untuk ‘memadam’ bahagian hitam di bawah mata anda. Cari produk yang mempunyai kadar pigmen tinggi kerana ia boleh melindungi lingkaran hitam dengan serta-merta. Haloxyl pula ialah ramuan yang memutihkan.

3. Apabila anda rasa tidak sihat

Biasalah, penampilan anda memang akan terjejas ketika anda rasa tidak sedap badan. Kulit muka anda tampak pucat, atau hidung kemerahan.

Gunakan span solekan dan tepek krim penutup cela pada bahagian yang memerlukannya agar warnanya tampak lebih semula jadi.

4. Apabila baru habis bersenam dan beg anda tidak dapat memuatkan kesemua produk solekan

Besar kemungkinan apabila ke gimnasium, anda tidak akan membawa beg solekan penuh bersama-sama

Jika jadual senaman anda tidak tentu, pastikan anda sentiasa membawa satu krim penutup cela yang mampu menyerikan lagi rupa tanpa memerlukan penggunaan produk lain seperti primer dan highlighter.

Jangan cakap kami tidak bagi amaran, ya!

Sumber: Elle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 18 Nov 2018
Featured Sat, 21 Mar 2020

Cantiknya Fasha Sandha walau tanpa solekan, ini rahsianya

Kongsi 4 langkah kecantikan semula jadi

Featured Tue, 24 Mar 2020

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Tampil eksklusif dan menawan pada Aidilfitri

Featured Fri, 5 Oct 2018
Oh Lawa Sun, 29 Jul 2018

Harga Durian Runtuh Lipstik Sempena Sambutan Hari Gincu Antarabangsa 2018

Hari Gincu Antarabangsa yang diperkenalkan pada tahun lalu adalah cetusan idea dari jenama M.A.C

Featured Thu, 6 Sep 2018

Lady Gaga Nampak Macam Gula-Gula Kapas Gergasi Apabila Menghadiri Venice Film Festival

Tekstur busananya yang nampak lembut itu buat kita rasa nak curi makan.

Featured Mon, 18 May 2020

Atuk segak, cucu comel bergaya

Kedua-duanya untung ada pereka dalaman

Featured Thu, 22 Aug 2019

Manfaat teh hijau untuk kulit

Senangnya nak cantik!

Oh Lawa Mon, 29 Apr 2019

Penampilan Neelofa semasa di Milan Fashion Show ini berharga RM14,109.07! Anda sanggup?

Dia memang berani dalam memperagakan sesebuah gaya yang berbeza.