Oh Lawa By: tex_admin November 20, 2018 @ 4:05pm

4 Jenis Barang Harian Ini Yang Boleh Buat Wajah Anda Berjerawat

Adakah anda sedang mengalami masalah jerawat? Pasti pelbagai cara yang anda lakukan untuk mengatasi masalah ini kan?

Termasuklah mencuba pelbagai jenis produk kecantikan, namun jerawat masih ‘segar’ di wajah anda.

Sebenarnya, walaupun anda melakukan rutin penjagaan kulit, mungkin ada sebab lain kenapa masalah jerawat ini tidak dapat diselesaikan. Antara salah satu sebabnya adalah barangan harian anda! 

Ya, mungkin kedengaran macam pelik kan? Tapi, barangan harian inilah boleh dikatakan punca jerawat anda terus berleluasa! Jom kita semak 4 barang harian yang boleh buat wajah anda berjerawat.

1. Berus solekan

Berus solekan antara barangan yang mampu membuatkan jerawat tumbuh di wajah. Berus solek yang kotor atau tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan bakteria terkumpul.

Bukan itu saja, berus tersebut boleh menyumbat pori wajah dengan kotoran. Pastikan anda membersihkan bukan sahaja berus solekan, malah alatan solekan yang lain!

2. Telefon pintar

Pastinya anda tidak boleh berenggang dengan telefon pintar anda kan? Apabila telefon pintar selalu dipegang, kotoran dari tangan akan melekat dan kotoran tersebut akan berpindah pada pipi dan rahang wajah anda.

Sebaiknya, sentiasa cuci tangan sebelum memegang telefon bimbit ataupun bersihkan skrin telefon anda dengan tisu anti-bakteria.

3. Cermin mata

Jangan lupa juga untuk sentiasa membersihkan cermin mata anda. Bingkai cermin mata selalu bersilang dengan kulit wajah. Jika bingkai cermin mata anda kotor dengan minyak, atau sisa solekan, mangsanya adalah kulit wajah anda sendiri!

4. Bantal

Bantal yang selalu anda gunakan untuk tidur merupakan tempat berkumpulnya bakteria. Jadi, jangan malas untuk selalu menukar sarung bantal anda dan cuci wajah anda selalu.

Semoga bermanfaat!

Sumbe: Aliffchannel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 11 Oct 2018

Selepas Kejayaan Kylie Cosmetics, Kylie Jenner Bakal Lancarkan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Pula

Kita semua tahu yang Kylie Jenner kini sedang dalam perjalanan untuk menjadi “the youngest self-made billionaire”, iaitu billionaire (lebih tinggi daripada jutawan) termuda di hasil atas usaha sendiri. Walaupun gelaran “self-made” itu dipertikaikan oleh banyak pihak, kita […]

Featured Wed, 1 Apr 2020
Featured Tue, 17 Mar 2020

Cetak atas cetak, anda berani memperagakannya?

Benarkah rekaan ini untuk orang cantik saja?

Oh Lawa Thu, 10 Oct 2019

Berapa kerap perlu anda potong rambut? Ini jawapan pakar

Jika tak potong langsung, rambut bercabang boleh jadi lebih teruk.

Oh Lawa Tue, 21 May 2019

Dua cara guna bedak asas untuk menaikkan seri wajah

Bedak kompak ‘penyelamat’ wanita

Oh Lawa Wed, 18 Apr 2018

Fikir Dulu Sebelum Beli Alat Makeup Tiruan, Memanglah Murah Tapi Jijik!

Memanglah harga barangan tiruan murah, tapi pernah tak anda terfikir kenapa?

Featured Wed, 2 May 2018

Pilih Warna Blusher Yang Sesuai Tona Kulit Anda, Jangan Nampak Macam Badut Pula!

Anda kena pilih betul-betul, jangan main pakai saja!

Oh Lawa Thu, 19 Apr 2018

Selepas Bulu Kening, Trend Seni Hidung Pula Viral Di Instagram, No. 4 Paling Unik

Macam dah tak ada tempat lain nak melukis. Muka pula dijadikan kanvas!

Oh Lawa Tue, 13 Nov 2018

15 Reka Bentuk Anting-Anting Leather Yang Tengah Trending Sekarang

Inilah trend terbaru bagi aksesori fesyen pada masa kini.