Oh Lawa By: tex_admin August 28, 2019 @ 5:31pm

5 kesalahan ketika mencuci muka

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Mencuci muka adalah perkara wajib bagi kebanyakan wanita. Ia merupakan perkara asas untuk memastikan kulit berada dalam keadaan yang sihat, bersih dan berseri. Oleh sebab itu, mencuci muka adalah disiplin yang paling  penting dalam rutin kecantikan.

“Pembersihan muka yang betul menghalang pertumbuhan jerawat, boleh meningkatkan kesihatan kulit dan mungkin mengurangkan keradangan kulit,” jelas Joshua Zeichner MD, Pengarah Penyelidikan Kosmetik dan Klinikal Dermatologi di Mount Sinai Hospital, New York City.

Meskipun mencuci muka memang nampak mudah iaitu dengan membasahkan muka dengan air, menyapu pencuci muka dan bilas. Siap! Walaupun ia sudah menjadi rutin harian, mungkin ada kesilapan yang tidak disedari yang kita lakukan ketika mencuci muka.

1. Mencuci muka dengan tangan yang kotor

Foto: Bababeli.com

Ramai yang mengabaikan amalan ini kerana berpendapat tangan yang dibasahi  dengan air sudah cukup bersih. Tangan kotor yang terus bersentuhan dengan kulit wajah akan memindahkan kuman-kuman terus ke muka kita. Ini kerana tangan adalah anggota badan yang paling berpontensi terdedah dengan jangkitan kuman. 

2. Salah dalam pemilihan produk 

Sebelum kita membeli pencuci muka, kita perlu mengenal pasti jenis kulit kita terlebih dahulu. Kulit manusia mempunyai lima kategori jenis kulit iaitu kulit kering, kulit normal, kulit kombinasi, kulit berminyak dan kulit sensitif. Oleh sebab itu kita perlu memilih pencuci muka yang khusus mengikut jenis kulit. 

3. Menggunakan suhu air yang salah 

Foto: Shopback.co.id

Mitos mengatakan bahawa membasuh muka dengan air panas berupaya  membuka liang pori dan kemudian membilas muka dengan air sejuk. Tidak! Sebaliknya air panas akan menyebabkan salur darah dalam kulit berkembang serta menyebabkan tisu lembut pada kulit koyak lebih-lebih bagi kulit sensitif. 

Selain itu, ia akan membuang minyak semula jadi yang ada pada kulit wajah dan menyebabkan kulit gatal, kering dan rapuh. Seeloknya, gunakan air suam atau sejuk untuk mencuci muka. 

4. Terlalu kerap mencuci muka

Muka perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam sebelum tidur. Kebanyakan wanita mencuci muka mereka berkali-kali. Mereka beranggapan bahawa ia dapat membuat muka menjadi lebih bersih. Salah! Malah, ia membawa kepada kulit yang kering dan iritasi boleh terjadi.

Jangan terlalu kerap membasuh muka kerana minyak semula jadi yang ada pada muka yang membantu melembapkan kulit akan terhakis. 

5. Lap muka dengan tuala badan 

Foto: bukanaku.com

Berkongsi tuala badan dan muka adalah perkara yang perlu dielakkan. Walaupun kita beranggapan bahawa badan kita cukup bersih selepas mandi, sebenarnya tidak. Ada bakteria yang tinggal di kawasan yang berbeza pada tubuh kita dan boleh merebak ke muka. Seeloknya beli tuala yang berasingan untuk mengelap muka. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 16 Apr 2019
Featured Sun, 2 Sep 2018

Lofarbag Dengan Hanya RM259, Mesti Beli Ni!

Mencerminkan kejayaan Neelofa, Lofarbag dihadirkan dalam tiga karakter utama iaitu Cofidence, Graceful dan Fun.

Featured Thu, 27 Dec 2018

Serlahkan Keayuan Dengan Pilihan Warna Hijab Sesuai Tona Kulit

Salah pilih warna boleh buat wajah anda kelihatan kusam dan tak bermaya.

Featured Fri, 1 Nov 2019

Solekan sempurna dengan 4 produk Pley! Cosmetics

Penjenamaan semula raih perspektif baharu

Oh Lawa Mon, 10 Jun 2019

Cara memakai setiap produk penjagaan kulit untuk dapatkan hasil terbaik

Pedap atau gosok – teknik mana yang tidak merosakkan kulit?

Oh Lawa Mon, 25 Mar 2019
Featured Fri, 21 Sep 2018

7 Cara Kegunaan Minyak Kelapa Dalam Rutin Kecantikan Anda

Ia boleh memperbaiki tahap kesihatan dalaman serta kecantikan luaran anda.

Oh Lawa Tue, 27 Aug 2019

Lawanya extension bulu mata! Sebelum buat, ini panduannya

Pemasangan  bulu mata semakin diminati oleh kebanyakan wanita dan ia kini menjadi trend di Malaysia. Ia adalah teknik memasang bulu mata untuk menampakkan bulu mata anda lebih lebat, lentik dan panjang.  Kaedah dinamakan persambungan ini […]

Featured Fri, 28 Sep 2018