Oh Lawa By: tex_admin February 21, 2019 @ 10:37am

5 panduan merias wajah sendiri pada hari bahagia anda

Oleh: Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

 

Tampil dengan solekan memukau dan dandanan sempurna yang melengkapi persalinan indah pada hari bahagia, antara impian setiap wanita.

Tetapi, mahu menempah jurusolek bukanlah murah. Bagi mereka yang bergelar Makeup Artist atau terkenal dengan gelaran MUA, harganya mencecah ribuan ringgit hanya untuk sekali sentuhan.

Itu belum masuk harga katering, dewan, kad jemputan sehinggalah busana pengantin. Semuanya memerlukan wang yang banyak!

Solekan wajah yang menarik dipadankan dengan gaun pengantin yang memukau, pasti majlis perkahwinan anda akan diingati sampai bila-bila.

Trend dan jenis solekan perkahwinan sentiasa berubah-ubah, tetapi solekan jenis nude tidak pernah lekang dek zaman.

Foto: syazwanhausofpix.blogspot.com

Istilah nude atau solekan samar seakan tidak mengenakan mekap, bukan bermakna anda tidak perlu merias wajah dengan produk solekan langsung atau bersolek tipis, tetapi ia memberikan sentuhan segar kepada si pemakai kerana ia menampakkan kesan seolah-olah anda tidak menggunakan solekan tebal!

Bukankah itu yang paling diinginkan? Kelihatan seperti anda mempunyai kecantikan semula jadi?

Terdapat lima cara untuk kelihatan seperti selebriti Hollywood sebelum menjelang hari perkahwinan anda. Masih ada masa untuk belajar!

1. Gunakan bedas asas yang berkualiti tinggi

Bayangkan wajah anda seperti sebuah kanvas yang kosong. Jangan rasa rugi untuk melabur bagi mendapatkan hasil yang hebat. Tona penyamar (concealer) dan bedak asas cecair yang sesuai akan memberikan kesan skin-like-makeup atau solekan seperti kulit asal.

2. Pembayang mata rona tanah

Rona tanah seperti coklat muda dan kuning air (beige) sesuai untuk dipadankan dengan apa-apa warna gincu sekalipun.

Foto: chichostess.com

3. Utamakan primer

Sebelum memulakan penggunaan solekan seperti penyamar (concealer) dan bedak asas pada wajah, primer haruslah disapu dengan rata pada wajah untuk memastikan wajah anda nampak mulus. Primer bertindak sebagai pelapis yang menjadi pembatas antara kulit dan bedak.

4. Elakkan penggunaan bedak debu berwarna putih

Bersedialah untuk menjadi seperti badut jika anda menggunakan bedak debu yang berfungsi sebagai finishing powder berwarna putih. Ia meninggalkan kesan yang tidak sekata pada wajah anda lebih-lebih lagi apabila fungsi lampu pada kamera digunakan pada hari perkahwinan anda.

5. Maskara kalis air

Suasana yang syahdu pada hari perkahwinan pasti akan menyebabkan anda mudah mengalirkan air mata. Dengan maskara kalis air, anda tidak perlu risau lagi. Tambahan pula, pada cuaca yang panas ini, maskara jenis kalis air pasti akan memberikan banyak kegunaannya.

Foto: Pinterest

Selamat mencuba!

Sumber: Brides

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019

Kebaikan kulit kayu manis untuk kecantikan anda

Ketahui rahsia kulit kayu manis untuk kulit cantik dan sihat!

Oh Lawa Mon, 4 Jun 2018

Nak Meletop Seperti Idola Anda? Ikuti Stail Raya Selebriti Yang Bakal Menjadi Trend Tahun Ini

Minimalist berbanding tahun lalu, dominasi fesyen di kalangan selebriti tahun ini memperlihatkan penguasaan stail back to basic atau less is more.

Featured Sat, 9 May 2020

3 gaya ini mampu hasilkan ilusi kurus dan tinggi ketika bergambar

Barulah yakin nak letak dalam media sosial

Featured Fri, 19 Oct 2018

Ini Cara Nak Atasi Kulit Yang Kemerahan Selepas Membuat Rawatan Facial

Kemerahan pada wajah berlaku disebabkan kulit yang mudah sensitif.

Oh Lawa Tue, 11 Dec 2018

5 Fashion Trends That You Can Expect To See Shaping Up In 2019

It’s never too early to learn about what’s cool.

Featured Thu, 1 Nov 2018

Wanita Ini Buta Selama 2 Jam Setelah Memakai Bulu Mata Palsu

Eh, bukan ke prosedur kecantikan ini dah biasa orang buat?

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Rawat Mata Panda Anda Dengan Minyak Kelapa Dara & Serbuk Kopi. Mujarab!

Anda juga boleh jadikan ramuan ini untuk skrub muka dan badan.

Featured Thu, 3 May 2018

Tapak Kasut Anda Licin? Ikuti Tip Ini Untuk Perbetulkannya Serta 5 Masalah Pakaian Lain

Baju terkoyak, kasut licin sampai boleh terjatuh, butang baju tercabut… Ngerinya kalau terjadi.