Oh Lawa By: Ad Ops August 8, 2018 @ 2:00pm

5 Spa & Salun Kecantikan Yang Dibuka Khas Untuk Kaum Wanita, Jom Manjakan Diri!

Bila dah penat-penat bekerja, alangkah syoknya kalau dapat relax di mana-mana spa ataupun salun kecantikan.

Pilih saja rawatan atau servis yang anda ingini, seperti urutan badan, rawatan rambut dan kulit kepala, manicure and pedicure serta body scrub. Gerenti puas dan gerenti rasa penat lelah anda akan hilang.

Tapi untuk yang bertudung dan yang ingin menjaga aurat, macam susah pula nak cari kedai yang hanya menawarkan servisnya kepada kaum wanita.

Maksudnya, kaum lelaki tak dibenarkan masuk jadi para pelanggan Muslimah bolehlah menanggalkan hijab dengan selesa.

Sebenarnya ada beberapa salun dan spa di luar sana yang dibuka khas untuk wanita. Jadi, kalau anda ingin pamper diri sendiri, jom singgah mana-mana spa atau salun yang tersenarai di bawah.

1. Siti Salon Al- Zahrah

Rasanya salun ini adalah yang paling terkenal dalam kalangan orang Muslimah di Kuala Lumpur. Yang syoknya, ia merupakan gabungan salun dan spa! Lelaki tak boleh masuk, ya, ke dalam kedai yang nampak eksklusif ini.

Foto: Facebook  Siti Salon Al- Zahrah

Servis yang ditawarkan termasuklah potongan, cucian dan treatment rambut (untuk orang dewasa serta kanak-kanak), urutan badan serta facial biasa dan untuk resdung.

Foto:  Facebook  Siti Salon Al- Zahrah

Alamat:

  • Cawangan Bangi: Unit B-17-1, Bangi Gateway Complex, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor. Hubungi: +603-891 20387 atau +6019-5719053
  • Cawangan Shah Alam: No. 14B, Jalan Plumbum Q, 7/Q, Sekysen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Hubungi: +603-552 39211 atau +6019-5719053
  • Cawangan Perak: No. P9 Fasa 1C3, 32040, Seri Manjung, Perak. Hubungi: +605-688 7570 atau +6019-5719053

2. Hurun Ain Oasis

Salun ini pula adalah untuk yang berbajet rendah. Ia khas untuk wanita saja dan menggunakan produk yang halal!

Foto: Facebook Hurunain oasis Spa and salon

Ia juga menawarkan spa treatment seperti urutan badan, rawatan mata, body scrub, glamour manicure and pedicure serta ‘milk Jacuzzi’ dan ‘Royal Jelly facial glow’.

Wow! Bunyi macam relaxing sungguh! Tak sah kalau tak terlelap.

Foto: Facebook Hurunain oasis Spa and salon

Alamat: No 104 A&B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail. Hubungi: +603 7731 7411

3. Capello by Nina

Salun ini bukan saja menawarkan harga istimewa untuk pelajar tapi ia juga mempunyai tempat permainan khas untuk kanak-kanak. Jadi para ibu boleh enjoy rawatan mereka dengan tenang.

Foto: Instagram @ninaismailsabri

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di salun ini termasuklah rawatan kulit kepala dan rambut, rawatan moisturizing, penggayaan rambut, face waxing serta rawatan kuku. Ada juga surau jika anda ingin menunaikan solat.

Foto: Facebook Capello by Nina

Terdapat 4 cawangan bagi salun ini: Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor.

Alamat: 41, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43350 Bandar Baru Bangi. Hubungi: +603 8920 1216 (Bangi)

4. Jazeerat El- Rahah

Terletak di Bangi dan Shah Alam, salun ini terkenal dengan promosi servis rawatan rambutnya yang hanya berharga RM88.

Foto: Facebook Jazeerat El Rahah

Ia menawarkan khidmat potongan, cucian dan rawatan rambut termasuklah digital perming. Wah, dah digital, ya, sekarang?

Foto: Facebook Jazeerat El Rahah

Alamat: 8/35, Jalan Seri Bangi 1, Seksyen 8, 43000 Bandar Baru Bangi. Hubungi: +603-8926 1016

5. Medina Ladies Beauty Salon

Dua dalam satu, syarikat ini menawarkan servis rambut serta spa dan facial. Ada urutan batu panas, urutan kaki dan scrub, ear candling, serta facial ekspres.

Foto: Facebook Medina Ladies Beauty Salon

Rekaan dalaman tempat ini memang berikan keselesaan kepada pengunjung, jadi kalau penat-penat lepas kerja, bolehlah singgah.

Foto: Facebook Medina Ladies Beauty Salon

Salun ini juga menawarkan harga student! Selain itu, para ibu boleh tinggalkan anak kecil mereka di kawasan permainan khas di dalam salun ini.

Alamat: No. 45A, Jln Plumbum R7/R, Seksyen 7, Shah Alam. Hubungi: #603-5523 2920

Sumber: Have Halal Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 13 Dec 2018

Willow Smith, Si Anak Dara Will Smith Yang Pandai Bergaya!

Pengkritik fesyen di Hollywood menyifatkan stail Willow sebagai unexpected and fun!

Oh Lawa Wed, 27 Mar 2019
Oh Lawa Wed, 13 Jun 2018

Dulu Pelarian Syria, Kini Lancar Jenama Kasut Mewah Di Perancis

Essa mula belajar menjahit daripada neneknya, tetapi terpaksa meyakinkan ibu bapanya bahawa bidang fesyen bukan hanya untuk wanita saja.

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019
Featured Thu, 19 Mar 2020

Ekstrak tumbuhan padang pasir, zaitun bantu kulit kekal sihat

Bahan daripada alam selamanya bermanfaat untuk kulit

Featured Wed, 27 Jun 2018

Lepas Tengok Gambar Scary Ini, Anda Takkan Lagi “Terlupa” Untuk Tanggalkan Maskara Sebelum Tidur

Seorang wanita tak tanggalkan maskaranya dengan betul. Inilah akibatnya.

Oh Lawa Thu, 25 Oct 2018

5 Kesilapan Lazim Ketika Menggunakan Beauty Blender, No. 4 Paling Penting!

Jika anda selalu gunakan alat ini, jom check cara anda betul atau tak.

Acara Fri, 13 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Triumph mengujakan!

Lebih anggun dan bergaya dengan Triumph!

Oh Lawa Tue, 14 May 2019