Oh Lawa By: Ad Ops May 29, 2018 @ 11:00am

6 Bahan Yang Boleh Merawat Bibir Kering Selain ‘Lip Balm’

Bila kita kekurangan air di bulan puasa ini, biasalah, bibir kita mesti kekeringan sampai menggelupas.

Perkara yang anda automatik akan buat ialah menjilat bibir. Jangan, jangan, jangan!

Kononnya tindakan ini akan memberi kelembapan. Memang ya, tapi tahukah anda? Pada masa yang sama air liur anda akan memedihkan lagi bibir anda dan mengeruhkan lagi keadaan.

Tindakan menjilat bibir yang kerap juga akan menghilangkan minyak semulajadi yang melindungi bibir anda dan memerangkap kelembapannya. Jadi ingat, ya!

Bila bibir anda dah menggelupas, jangan pula anda mengupilnya. Sakit! Lembutkan dulu dengan minyak kelapa atau badam dan biarkan ia jatuh dengan sendiri.

Dan kalau boleh, jangan bernafas melalui mulut. Nanti lagi kering pula bibir anda apabila udara kerap dihembus ke arahnya.

Satu lagi perkara anda mesti elak ialah memakan makanan yang berasid, pedas atau masin. Ia akan menyakitkan lagi condition bibir anda.

Cara terbaik untuk merawat bibir kering ialah dengan menggunakan lip balm. Tapi jika anda tak ada alat itu, jangan risau. Ada banyak alat lain yang anda boleh guna.

1. Jeli petroleum dan beeswax

Ini adalah alternatif terdekat kepada lip balm. Bahan-bahan ini akan memberi kelembapan dan merawat kulit bibir anda yang luka.

2. Timun

Foto: Creative Commons

Letakkan atau gosokkan sekeping timun ke atas bibir anda selama 5 minit. Kandungan vitamin B5 di dalam timun akan membantu mengurangkan inflamasi serta melembutkan kulit.

3. Minyak badam atau kelapa

Kedua-duanya membuatkan kulit bibir anda kekal lembap. Ia juga mempunyai ciri-ciri yang dapat mengurangkan pedih serta melindungi kulit anda daripada terkena jangkitan. Minyak lain yang boleh juga digunakan adalah minyak zaitun, jojoba, canola serta mustard.

4. Cocoa atau shea butter

Bahan ini akan memerangkap kelembapan dan melindungi bibir anda. Ia juga mengandungi antioksida yang mengelakkan kerosakan daripada berlaku ke atas bibir anda.

5. Susu

Foto: Creative Commons

Letakkan beberapa titik susu krim ke atas bibir anda. Kandungan lemaknya sangat melembapkan tapi ia taklah mempunyai ciri-ciri merawat seperti minyak dan butter. Kalau anda tak ada bahan-bahan itu, susu pun jadilah. Biarkannya selama 10 minit dan cuci dengan air putih.

6. Aloe vera

Tak kisahlah anda beli di kedai ke, ataupun ambil daun dari pokok. Asalkan anda dapatkan gel asli tumbuhan ini. Aloe vera boleh merawat kulit luka, tapi sesetengah doktor berpendapat ia boleh menyakitkan lagi bibir yang terlalu kering. Jadi hati-hati ya.

Itu dia senarai bahan-bahan yang anda boleh guna untuk merawat bibir kering, selain lip balm. Cara-cara mengelakkannya pula ialah dengan mengekalkan kelembapan di tempat anda berada (gunakan humidifier), serta meminum banyak air.

Sumber: Wikihow

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Sun, 29 Jul 2018

Harga Durian Runtuh Lipstik Sempena Sambutan Hari Gincu Antarabangsa 2018

Hari Gincu Antarabangsa yang diperkenalkan pada tahun lalu adalah cetusan idea dari jenama M.A.C

Featured Mon, 15 Jul 2019
Featured Sun, 9 Sep 2018

5 Gaya Potongan Rambut Yang Nampak Menawan Pada Wanita Bermuka Bulat

Ia boleh membantu membuatkan muka anda nampak lebih panjang.

Featured Thu, 18 Jun 2020
Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

Betis Besar : Pakai Skirt Atau Jeans?

Saiz betis yang besar buat anda keliru apabila berpakaian? Tak tahu antara jeans atau skirt? Mungkin anda tak boleh ubah bahagian badan itu, tapi sudah tentu anda boleh mengubah stail berpakaian. Tips asas untuk mereka […]

Featured Tue, 12 Feb 2019

#GucciShowtime rentasi era kegemilangan muzikal Hollywood

Saksikan video promo #GucciShowtime memang meletop!

Gaya Hidup Wed, 30 May 2018

Enggan Diperdaya? Fahami 8 Tips Berguna Membeli-belah Secara Online Yang Selamat

Pengalaman membeli-belah atas talian yang menyeronokkan adalah apabila anda peka dan memastikan laman web yang anda beli mempunyai reputasi yang baik dan maklumat peribadi anda adalah selamat.

Oh Lawa Thu, 13 Sep 2018

Bimbang Skrub Anda Ada Bahan Pengawet? Buat Skrub Anda Sendiri Dengan Menggunakan Bahan Dapur

Ia boleh menanggalkan sel kulit mati, menjana semula sel kulit baru dan menghaluskan kulit.

Featured Wed, 19 Feb 2020

‘Gugur’ perkataan hijab demi tembusi pasaran global!

Go Far by Naelofar, merupakan rekaan yang segar dan moden