Oh Lawa By: Ad Ops March 16, 2018 @ 1:26pm

6 Model Cilik Yang Berpotensi Untuk Menakluki Dunia Fesyen. Kecil-Kecil Dah Stailo!

Bukan semua orang boleh jadi model, tak kiralah secantik mana pun mereka tu.

Itulah sebabnya ramai ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang kecomelannya tahap luar biasa, akan mengambil peluang untuk mendaftarkan mereka ke agensi modelling secepat mungkin.

Dan kalau mereka dilatih betul-betul, mereka berpotensi untuk menjadi model yang ternama satu hari kelak.

Ada ramai model kanak-kanak yang dah pun berjaya melakar nama di persada dunia. Dan mereka ni memang tak dinafikan berbakat! Fuhh, pose mereka seperti model-model yang 10 tahun lagi tua daripada mereka.

Model-model muda ini juga telah menarik minat ramai di Instagram. Jom tengok siapa mereka ni.

Kristina Pimenova

Foto: Instagram Kristina Pimenova

Cantiknya! Nampak dewasa pula tu, padahal baru umur 12 tahun. Model Russia ini dah pernah peraga untuk jenama Burberry, Armani, Roberto Cavalli, dan pernah muncul dalam majalah Vogue. Kanak-kanak ini, yang mempunyai 2.1 juta followers di Instagram, juga pernah menang pingat emas untuk bakat gimnastiknya!

Anastasia Knyazeva

Foto: Instagram Anastasia Knyazeva

Kecil je budak dari Russia ini! Umur pun baru 6 tahun, tapi dia dah 1.1 juta followers di Instagram. Kau ada? Dia mulakan kerjaya modelling ini pada umur 4 tahun dan kini sudah bekerja dengan banyak jenama kanak-kanak yang top di negaranya.

Gavin Duh

Foto: Instagram Gavin Duh

Dia mungkin baru berumur 8 tahun, tapi model muda ini dah pernah pose untuk jenama ternama seperti Dr. Martens. Dia juga rupa-rupanya minat bidang fesyen, berdasarkan gambar-gambar di akaun media sosialnya. Stailo!

Stella and Blaise

 

Foto: Instagram Stella And Blaise

Umur baru setahun jagung tapi dah nampak cool! Dua beradik ni, Stella, 7 dan Blaise, 5, dah pernah model untuk jenama antarabangsa seperti Gap Kids, Kohls, Converse dan Tommy Hilfiger.

Txunamy

Foto: Instagram Txunami

Wow! Uniknya nama! Budak berumur 8 tahun ni popular di media sosial. Dia mempunyai 1.5 juta followers di Instagram dan akaun YouTube keluarganya pun sering mendapat jumlah views yang tinggi. Ibunya berkata, Txunami mula popular setelah gambarnya memakai baju oleh @Kardashiankids telah dimuatnaik di akaun Instagram jenama itu. Pada hari yang sama, mereka telah membuka akaun Instagram dan berjaya mendapat lebih daripada 10,000 followers pada minggu pertama. Pantas!

Adrian Mead

Budak ini baru berumur 12 tahun dan badannya berisi sikit tapi dia dah dianggap sebagai salah seorang “top model” di United Kingdom. Fuyo! Ibu Adrian menggalakkannya untuk menjadi model semata-mata untuk meningkatkan tahap keyakinan dirinya – dan ia memang efektif! Adrian kini kerap model untuk agensi periklanan serta berjalan di runway. Dia juga berharap untuk menyebarkan mesej positif melalui pengaruhnya sebagai model plus-size kanak-kanak.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 30 Jul 2018

7 Faktor Kenapa Terjadinya Kedutan Di Bahagian Mata. Jangan Stres!

Kedutan di bahagian mata boleh menjejaskan penampilan wajah seseorang.

Featured Thu, 26 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 23 Oct 2018

Jika Mahu Jadi Model Kerana Mengejar Populariti, Lupakan Saja – Supermodel Tinie

Tinie masih lagi menyengat di pentas peragaan walaupun di usia 40-an!

Featured Wed, 25 Sep 2019
Acara Fri, 23 Feb 2018

Pamer 14 Koleksi Busana Di LMFW Fatimah Mohsin Bikin Tetamu Terpukau!

Pereka fesyen kelahiran Singapura, Fatimah Mohsin, khabarnya telah berjaya membuatkan penonton di Minggu Fesyen  Sopan London (LMFW) berasa ‘wow’ semasa mempamerkan 14 koleksi rekaan terbarunya pada pertunjukan acara itu baru-baru ini.

Featured Thu, 14 Jun 2018

5 Cara Ini Mampu Buatkan Kulit Wajah Anda Putih Berseri! Tak Percaya, Cubalah!

Setiap wanita pasti inginkan kulit yang putih bak salji untuk kelihatan cantik dan menawan.

Oh Lawa Tue, 30 Apr 2019
Featured Mon, 19 Aug 2019

Himpunan Merdeka Habib 2019 tampil motif antik

Sambutan istimewa bersempena nostalgia 61 tahun

Featured Wed, 18 Sep 2019

Al-Ikhsan lancar tudung sukan mudah kering

Guna fabrik berasaskan Smartdry Technology