Oh Lawa By: Ad Ops October 30, 2018 @ 2:00pm

8 Jenis Item Pakaian & Aksesori Klasik Yang Takkan Go Out Of Style

Pada zaman sekarang, ramai peminat fesyen akan mengikuti trend apabila mereka ingin menggayakan sesuatu jenis pakaian itu. Tak on lah kalau tak trendy.

Malangnya, setelah musim sesuatu trend tersebut berlalu, pakaian tadi takkan dikira “in” lagi dah. Jika peminat fesyen ini pentingkan pendapat orang lain terhadap penampilannya, dia tak boleh lagi pakai outfit yang sudah “ketinggalan zaman” ini.

Walau bagaimanapun, ada beberapa jenis item pakaian yang takkan lapuk dek zaman. Inilah jenis-jenis pakaian yang anda patut simpan selagi mereka tak rosak kerana ia akan sentiasa “in”.

Bukan pakaian saja, ya. Sesetengah aksesori pun masih boleh disimpan dan dipakai untuk bertahun-tahun lamanya. Gerenti mereka takkan keluar stail.

Di bawah ini adalah 8 jenis item pakaian dan aksesori penting yang anda patut ada dan simpan.

1. Blazer yang dijahit rapi

Foto: Instagram @Fionazanetti

Sebuah blazer bercorak kosong ataupun bercorak petak-petak akan sentiasa menjadi sebuah item pakaian versatil dalam almari anda. Anda boleh padankannya dengan dress ataupun dengan seluar dan T-shirt.

Foto: Wallis

2. Barang kemas bermonogram

Foto: Instagram @@rachelzeilic

Monogram adalah dua atau lebih huruf yang dicantum untuk menjadi satu corak. Selalunya ia digunakan sebagai hiasan pada cincin. Jenis cincin yang lebar dengan design monogram merupakan versi stail cincin signet yang cool.

Foto: Tacori

3. Kasut loafer

Foto: Instagram @Maria_Bernad

Kasut kulit dengan stail loafer telah direka cipta semula dengan penambahan sulaman atau lining bulu sejak beberapa tahun lepas. Jika anda tak suka, pakai saja kasut stail ini yang original.

Foto: Gucci

4. Jam tangan

Foto: Instagram @melodiemonrose

Pembelian jam adalah sebuah pelaburan yang menarik. Gaya timeless daripada jenama Cartier seperti di dalam gambar di bawah telah terbukti akan lama-lama menjadi lebih berharga.

Foto: Cartier

5. Slip skirt

Foto: Instagram @pernilleteisbaek

Inilah pilihan wanita muda yang cool sekarang di mana-mana pun mereka berada. Simpanlah skirt yang versatil ini.

Foto: Anine Bing

6. Kot trench

Foto: Just Trendy Girls

Dengan cuaca Malaysia yang panas lembap, orang mesti akan pandang anda semacam jika anda pakai kot panjang ini. Tapi jika anda pakai ketika situasinya sesuai, anda gerenti akan nampak stailo dan smart. Ia boleh disesuaikan dengan apa saja pakaian lain.

Foto: Burberry

7. Beg tangan designer yang ikonik

Foto: Instagram @nicholscollection

Walaupun pereka beg tangan terkemuka sentiasa mengeluarkan produk baru, memang berbaloi jika anda kekal dengan salah satu rekaan klasik.

Foto: Chanel

8. Kasut boot kulit

Foto: Instagram @aylormhicks

Kasut ini orang putih akan pakai pada musim sejuk tapi bagi orang Malaysia, ia masih boleh digayakan di majlis atau acara glam.

Foto: Gabor

Ikuti tip-tip yang dikongsikan di atas, ya!

Sumber: WhoWhatWear

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 17 Dec 2018

Rating Victoria’s Secret Fashion Show Jatuh Merudum!

Hanya mencatatkan jumlah tontonan 3.3 juta berbanding 5 juta tahun lalu.

Featured Fri, 17 Apr 2020

7 rahsia kecantikan Cleopatra masih diamalkan pada zaman moden

Kajian sains turut akui keberkesanannya

Oh Lawa Thu, 12 Mar 2020
Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

4 Tanda Produk Kecantikan Yang Tidak Sesuai Dengan Kulit Anda

Tidak semua produk kecantikan yang anda ingin gunakan atau sudah digunakan itu bagus untuk kulit wajah anda.

Oh Lawa Wed, 28 Feb 2018

Walaupun Dikecam, Koleksi Tudung Neelofa Sold Out Dalam Masa 2 Minit!

Wah! Kuat juga kan pengaruh Neelofa ni? Semalam, kecoh di media sosial apabila dia dikecam Netizen kerana melancarkan koleksi tudungnya Be Lofa di sebuah kelab malam terkenal di ibu negara iaitu Zouk.

Featured Wed, 2 May 2018

Pilih Warna Blusher Yang Sesuai Tona Kulit Anda, Jangan Nampak Macam Badut Pula!

Anda kena pilih betul-betul, jangan main pakai saja!

Featured Fri, 31 Aug 2018
Oh Lawa Tue, 10 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 11 Dec 2018

Tip Memilih Moisturizer Yang Betul Untuk Wajah

Moisturizer yang tidak sesuai dengan jenis kulit boleh menyebabkan wajah breakout.

Oh Lawa Wed, 8 Aug 2018

Peniagawati Sediakan Platform Ke New York Fashion Week Untuk 18 Pereka Fesyen Malaysia

Ini merupakan kali kedua pereka fesyen Malaysia menyinari pentas fesyen di bandar itu.