Oh Lawa By: Ad Ops October 17, 2019 @ 3:29pm

8 panduan penggunaan primer supaya solekan kekal sempurna sepanjang hari

Bersolek boleh dikatakan rutin wajib bagi setiap wanita sebelum keluar bekerja atau melakukan sesuatu urusan di luar rumah. Jika tidak bersolak lengkap sekali pun, mungkin cukup sekadar melayangkan bedak dan mengoles gincu nipis pada wajah. 

Ini kerana bukan semua wanita mempunyai masa untuk melakukan rutin solekan yang merangkumi sehingga 11 langkah. Lainlah jika anda seorang selebriti atau influencer yang perlu tampak cantik sempurna di mata orang lain.

Produk solekan yang dianggap penting termasuklah bedak asas, pembayang atau penggaris mata, pemerah pipi dan gincu. Sementara itu, produk primer pula tidak dilihat sebagai sesuatu yang perlu.

Hakikatnya, menurut jurusolek profesional, primer memang perlu dipakai jika anda inginkan solekan yang tahan sepanjang hari. Produk ini boleh mencerahkan dan meratakan kulit, mengekalkan solekan sepanjang hari dan melindungi kulit daripada masalah seperti jerawat dan kedutan. Lihatlah, banyak kegunaannya!

Teruskan baca untuk mengetahui panduan mengenai pemakaian primer, mengikut nasihat jurusolek yang pernah bekerja dengan ramai artis antarabangsa seperti Bella Hadid dan Jennifer Lopez.

Salah satunya ialah jika dipakai pada bulu mata, primer mampu memberi ilusi bulu mata palsu!

Guna primer dengan formula berwarna

Bagi anda yang memiliki kulit kusam, produk primer yang berwarna merah jambu cerah dapat menaikkan seri kulit. Tona lilac mampu mencerahkan kulit pucat manakala formula hijau boleh meratakan kemerahan.

Gunakan sedikit sahaja

Anda tidak perlu sapu seluruh kulit dengan produk ini. Jika anda terlebih memakainya, ia akan menjadi berketul-ketul dan meninggalkan kesan berbelak-belak pada wajah.

Sebaliknya anda hanya memerlukan setitik sahaja formula berkenaan, cukup sebesar sebiji kismis. Gosok perlahan-lahan pada kulit dengan jari. Jika anda menggunakan berus solekan, formula itu tidak akan meresap dengan sempurna ke dalam kulit.

Sapu pada mata

Pakai primer di mata untuk solekan tahan lama. Sumber: Bukalapak

Primer bertindak sebagai produk tiga dalam satu jika dipakai di sekeliling mata dan di atas bibir. Ia menghindari solekan daripada comot dengan menyerap minyak, melembutkan garisan halus dan melawan kemerahan.

Pedap primer di bawah mata sebelum memakai concealer untuk mencerahkan lingkaran hitam. Menurut jurusolek penyanyi Adele, Michael Ashton, primer juga boleh menghalang concealer daripada merekah.

Tebalkan bulu mata

Produk primer bukan untuk kulit muka sahaja. Di pasaran, terdapat produk primer khas yang boleh memberikan ilusi bulu mata tebal dan panjang apabila dipakai di bawah lapisan maskara.

Formula ini mengandungi vitamin E atau gliserin yang bertindak sebagai perapi bagi bulu mata anda.

Jangan sapu pada jerawat

Jika primer anda mengandungi ramuan yang melawan jerawat, anda tidak perlu lagi memakai ubat jerawat. Memakai terlalu banyak produk jerawat pada satu masa boleh meradangkan kulit dan menyebabkan inflamasi.

Pertimbangkan tekstur kulit anda

Kulit boleh tampak rata dengan penggunaan primer. Sumber: Sheknows

Bergantung kepada masalah kulit yang anda alami, anda boleh gunakan produk primer lain. Contohnya, sapukan primer pembayang mata pada bahagian kulit berkedut supaya ia tampak sekata dan licin.

Kulit muka anda tidak rata? Sapukan bedak asas berkrim di atas lapisan primer muka. Kombinasi ini sepatutnya cukup tebal untuk meratakan bahagian yang berbonggol.

Guna primer khas untuk bibir

Supaya gincu anda tidak comot, pedapkan primer pada bibir. Jika anda tiada produk ini, primer pembayang mata pun berkesan dan hasilnya tahan lebih lama.

Menurut jurusolek yang pernah bekerja dengan Ariana Grande, Daniel Chinchilla, primer mata selalunya mampu menampung formula solekan dengan lebih baik daripada primer bibir.

Lengkapkan solekan dengan bedak

Untuk solekan kulit muka yang tahan lama sepanjang hari, ikuti urutan ini: primer, bedak asas cecair atau krim pelembap berwarna diikuti bedak polos.

Tanpa bedak ini, cecair dalam solekan dan silikon dalam primer anda akan menolak satu sama lain. Jika anda menyentuh muka anda, kedua-duanya akan tertanggal.

Anda sudah ketahui betapa bergunanya produk primer untuk solekan anda? Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 12 Mar 2018

Tuah Kulit Hitam Legam, Dulu Dihina Tapi Kini Dibayar Jutaan Ringgit!

Lolita, 16 tahun yang mencipta populariti mendadak sejak berita tentang dirinya diperkatakan di laman sosial kerana dikatakan mirip wajah patung Barbie versi kulit hitam.

Featured Wed, 21 Feb 2018

Apa silapnya? Umur Baru 20-an, Tapi Nampak Macam 40-an

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia sebenar?

Featured Fri, 10 Aug 2018

Kanak-Kanak Ini Berkaki Kudung Tapi Tetap Dipilih Menjadi Model Cilik, Inspiring Sungguh!

Dia tak biarkan kecacatannya menghalangnya daripada mencapai cita-cita.

Oh Lawa Wed, 15 Aug 2018

Jom Belajar Cara Lilitan Turban Yang Kemas Dan Berstail Ini

Gaya turban akan jadikan wajah anda bentuk ‘diamond’. Barulah style!

Featured Mon, 18 Nov 2019

Aksesori unik bertemakan filem klasik pukau perhatian

Idea rekaan wanita ini di luar kotak

Oh Lawa Sat, 16 Jun 2018

Penggayaan Turban Buat Si Manis Berhijab Tampil Elegan

Seiring dengan perkembangan fesyen, penggayaan tudung juga tidak terlepas daripada mengelami pelbagai revolusi.

Oh Lawa Mon, 16 Jul 2018
Oh Lawa Wed, 30 Jan 2019
Oh Lawa Thu, 5 Mar 2020