Oh Lawa By: Ad Ops July 4, 2018 @ 3:00pm

8 Petua Hilangkan Jerawat Yang Biasa Anda Dengar Tapi Sebenarnya Langsung Tak Berkesan

Pernah tak anda dengar petua-petua untuk mengubati jerawat secara semulajadi? Letak daun aloe vera je. Kalau tak semulajadi pun, letak ubat gigi. Pernah kan?

Ramai orang lebih memilih ramuan semulajadi (yang anda boleh jumpa di dapur anda) kerana mereka takut dengan bahan kimia yang ada dalam pelbagai produk penjagaan kulit.

Lagipun, petua hilangkan jerawat jenis DIY ini lebih murah dan mudah dicari.

Pengarah perubatan untuk Wall Street Dermatology, Dr Julia Tzu, telah dirujuk tentang petua-petua sebegini yang biasa digunakan, sama ada mereka efektif atau tak. Spoiler: semuanya tak betul.

Doktor ini telah memberikan pendapatnya yang jujur ketika menjelaskan kenapa petua-petua ini tak berkesan dan kenapa ia boleh membahayakan lagi kulit pengguna.

Jom ketahui petua yang mana yang dimaksudkan. Jika anda pernah mencuba teknik-teknik ini, bolehlah cuba teknik lain.

1. Minyak tea tree

Bahan ini memang terkenal dengan ciri-cirinya dalam melawan acne. Kalau anda perasan, ia terkandung dalam banyak produk basmi jerawat.

Walau bagaimanapun, Dr Tzu berkata anda perlu cairkannya dengan minyak lain dahulu sebelum menggunakannya. Jika anda sapukan minyak tea tree ini terus ke kulit muka, anda berpotensi untuk mendapat ruam.

2. Uncang teh hijau

Apabila diletakkan di kulit muka, uncang ini boleh kurangkan inflamasi di sekeliling jerawat anda kerana ia dilaporkan boleh bantu membuang toksin dan bakteria.

Dr Tzu kata, “Ia elok untuk dark circles di bawah mata, tapi tak semestinya boleh bantu hilangkan jerawat.”

3. Lidah buaya

Foto: Dream79/Shutterstock

Ramai orang mempercayai yang aloe vera boleh digunakan sebagai produk pelembap untuk kulit berjerawat. Kononnya ia kurangkan kemerahan, ataupun bersihkan lebihan minyak dan kotoran pada kulit.

Dr Tzu berkata, “Ia menenangkan kulit secara umumnya; elok untuk sunburn tapi bukan untuk jerawat.

4. Supplemen minyak ikan

Fish oil pun orang kata berkesan untuk menghindari jerawat daripada timbul, terumatanya untuk kaum wanita.

Dr Tzu berkata, “Ia elok untuk kesihatan kardiovaskular, tapi tak semestinya berkesan untuk jerawat.”

5. Ubat gigi

Teknik ini paling common rasanya. Kononnya ubat gigi boleh hilangkan jerawat semalaman.

Dr Tzu menjelaskan bahawa ubat gigi yang berflorida boleh mencetuskan sesuatu condition yang dipanggil perioral dermatitis. Ia merupakan sejenis ruam yang melibatkan bengkak-bengkak kecil dan merah yang berisi nanah dan tertumpu di kawasan sekeliling mulut.

6. Jus lemon

Sesetengah orang merendam bebola kapas ke dalam jus ini dan menyapunya terus ke kulit. Ada sumber yang mempercayai bahawa buah lemon mengandung agen anti-bakteria.

Dr Tzu berkata, “Lemon, limau, dan jus buah sitrus, apabila terdedah kepada cahaya matahari, boleh menyebabkaan photodermatitis, sejenis ruam yang mengakibatkan perubahan warna kulit.”

7. Telur putih

Foto: Shutterstock

Ada sesetengah orang yang akan letakkan telur putih ke atas muka mereka macam benda itu mask. Mereka kata ia bantu ratakan permukaan serta warna kulit.

Dr Tzu berpendapat bahawa bahan ini boleh melembapkan kulit tapi takkan dapat bantu merawat acne.

8. Baking soda

Soda bikarbonat merupakan salah satu bahan murah yang sering muncul dalam artikel-artikel tentang penjagaan kulit. Kononnya ia mengandungi banyak healing properties yang boleh membantu exfoliate kulit anda.

Dr Tzu berkata, “Baking soda mempunyai tahap pH 9, jadi seelok-eloknya janganlah usik tahap pH semulajadi kulit anda iaitu 5.5. “Ada banyak lagi cara yang lebih baik untuk exfoliate. Guna saja face scrub yang lebih seimbang tahap pHnya.”

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 May 2020
Oh Lawa Thu, 1 Feb 2018

Tutorial Hijab by Nabila Razali

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Pematah Hati, Nabila Razali berkongsi tutorial pemakaian tudung bawal yang dievolusikan menjadi gaya shawl. 

Featured Wed, 24 Oct 2018

Bukan Saja Enak Dimakan, Buah Mangga Berupaya Upgrade Kecantikanmu!

Masker buah mangga berupaya mencerahkan kulit.

Featured Fri, 17 Apr 2020

7 rahsia kecantikan Cleopatra masih diamalkan pada zaman moden

Kajian sains turut akui keberkesanannya

Oh Lawa Thu, 31 Jan 2019
Oh Lawa Tue, 1 Jan 2019

Dulunya ‘Kanak Kanak Paling Cantik’, Kini Diangkat Pula Sebagai Wanita Tercantik Dunia!

Pemilihan Blondeau bukanlah satu kejutan kerana dia sememangnya cantik!

Oh Lawa Thu, 20 Dec 2018

11 Makeup Products That Every Beginner Must Have 

Long-time users also can learn a thing or two.

Featured Tue, 5 May 2020
Featured Mon, 22 Jul 2019

Panduan memakai tudung bawal bagi wanita bermuka bulat

Ilusi bentuk muka ilusi lebih tirus

Oh Lawa Thu, 1 Nov 2018

10 Bintang Ternama Hollywood Dengan Pakaian Terbaik Halloween!

Pesta Halloween disambut setiap 31 Oktober.

| Live TV