Oh Lawa By: Ad Ops January 31, 2018 @ 4:00pm

Etika Fesyen Yang Perlu Anda Tahu

Pakaian mencerminkan diri seseorang. Secantik mana busana yang digayakan, namun jika tidak mengikut etika fesyen yang digariskan, ia pasti mencacatkan penampilan si pemakai. Justeru, adalah penting untuk seseorang itu mengikuti garis panduan etika fesyen yang betul.

Jom semak etika fesyen yang perlu anda tahu supaya anda tidak dipandang pelik oleh orang sekeliling.

Profesional

Sebut sahaja profesional, seseorang itu perlulah memakai pakaian formal seperti sut, kemeja dan kasut tertutup. Jika mahu ke pejabat, perkara pertama yang anda perlu mempertimbangkan ialah kod pakaian syarikat serta persekitarannya. Biarpun kebanyakan syarikat sekarang membenarkan pakaian kasual, namun anda perlu menjaga penampilan agar tetap tampak profesional.

Begitu juga sewaktu menghadiri temuduga. Etika pemakaian memang sangat penting, namun kewibawaan dan pembawaan diri menjadi kunci utama dalam mendefinasikan imej dan personaliti positif yang dimiliki oleh seseorang itu.

Mengikut acara dan tempat

Sentiasa pertimbangkan acara dan tempat sebelum memilih pakaian. Sebagai contoh, jika anda menghadiri majlis perkahwinan, anda mungkin boleh menggayakan busana yang sopan. Tidak salah mengenakan pakaian yang cantik tapi harus diingat jangan terlalu overdressed. Bukan apa takut menjadi bualan tetamu dan mengalahkan pesona pengantin. Begitu juga dengan acara pengebumian, anda tidak semestinya perlu memakai pakaian berwarna hitam, cukuplah berpakaian dalam sesuatu yang konservatif bagi menghormati majlis. Justeru, amatlah penting untuk anda membuat rujukan atau pertanyaan supaya anda tidak menjadi ‘pesalah’ kerana melanggar etika pakaian sesuatu majlis.

Kesesuaian umur

Perkembangan fesyen memang mempengaruhi cara wanita berpakaian dalam apa jua peringkat umur. Sememangnya tiada larangan untuk memakai item fesyen kesukaan anda, namun adalah penting untuk memilih pakaian yang bersesuaian dengan umur. Jika mahu mengekalkan jiwa muda, tidak semestinya anda perlu memakai baju yang bergambar Hello Kitty kerana masih ada gaya lain yang boleh menampakkan jiwa muda anda. Ingat, jangan menjadi mangsa fesyen hanya kerana anda tidak mematuhi kod etika fesyen yang betul.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 3 Dec 2019
Oh Lawa Thu, 11 Oct 2018

Label Norish Kareem Couture Bakal Membuka Rumah Fesyennya Di London November Ini

Norish Kareem tawar peluang kepada pereka fesyen tempatan untuk menempatkan koleksi mereka di London.

Oh Lawa Wed, 7 Mar 2018

Ketahui Teknik Lukisan Eyeliner Mana Yang Paling Sesuai Untuk Bentuk Mata Anda

Pemakaian eyeliner memang menjimatkan masa dan senang, tapi lagi cantik kalau dipakai dengan betul.

Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Thu, 16 Aug 2018

KL Fashion Week 2018 Bagai Acara Untuk Selebriti, Bukannya Industri Fesyen

Standard KL Fashion Week ini sama saja seperti 6 tahun lalu.

Oh Lawa Thu, 27 Dec 2018

These 5 Hairstyles Will Be Popular In 2019, According To This Celebrity Hairstylist

Here’s the inspiration for your next hair appointment!

Oh Lawa Sun, 1 Jul 2018

Penyanyi Kacak Harry Styles Dipilih Sebagai Wajah Kempen Gucci Pra-Luruh 2018

Nampaknya dia memang peminat setia jenama high end ini.

Featured Tue, 16 Jun 2020
Oh Lawa Tue, 9 Oct 2018