Oh Lawa By: tex_admin March 14, 2019 @ 2:03pm

Amalan kecantikan aneh dari seluruh dunia. Nombor 6 paling menyeksakan!

Setiap budaya mempunyai amalan yang berbeza dalam mencapai standard kecantikan.
Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan mereka digolongkan dalam kategori ‘cantik’ termasuklah dengan melakukan perkara merbahaya seperti membakar dan melukakan kulit sendiri menggunakan senjata tajam.

Namun begitu, kadangkala amalan nenek moyang yang diamalkan ini adalah bagi melindungi kaum wanita dalam suku mereka sejak dahulu lagi.

Mari lihat amalan aneh yang masih diamalkan oleh masyarakat di seluruh dunia!

1. Tatu pada gusi

Mencucuh tatu pada badan bukanlah pengalaman yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi jika ia dilakukan pada bahagian badan yang paling lembut dan terdedah kepada kesakitan.
Bagi masyarakat di Senegal, Afrika Barat, mewarnakan gusi dengan rona hitam adalah dianggap sebagai simbol kecantikan.
Ia merupakan amalan yang diperturunkan oleh nenek moyang mereka dan masih dilakukan sehingga kini untuk menarik perhatian lelaki.
Hipotesis mereka adalah semakin hitam gusi, semakin putih gigi. Maka, semakin ramai lelaki yang akan tertarik dengan mereka.

Foto: NoiseBreak

2. Menajamkan gigi

Suku di Indonesia ini melakukan amalan mengukir gigi mereka sebelum berkahwin. Gigi ditajamkan menggunakan peralatan tradisional tanpa ubat bius sama sekali!
Mereka percaya bahawa dengan mengukir gigi supaya kelihatan tajam akan menarik perhatian masyarakat dalam suku mereka.
Untuk melegakan kesakitan, mereka menggigit pisang yang belum ranum.

Foto: Emaze

3. Memanjangkan leher

Suku Kayen di Thailand ini memakai gelung besi di sekeliling leher untuk tujuan memanjangkan leher. Leher yang jinjang menjadi idaman masyarakat dalam suku Kayen ini.
Pemakaian gelung ini dilakukan sejak kecil. Oleh itu, semakin tua wanita tersebut, semakin banyak gelung besi yang dipakai.

Namun begitu, apabila gelung ini dipakai, ia sebenarnya hanya menolak bahu ke bawah dan memberikan ilusi leher semakin panjang.  

Foto: Medical Bag

4. Menggemukkan badan

Kanak-kanak perempuan dihantar ke kem yang digelar sebagai ‘Ladang Gemuk’ di Mauritania untuk ‘digemukkan.’

Proses penambahan berat badan ini dianggap sebagai perkara yang normal kerana mereka percaya bahawa semakin gemuk wanita yang sudah berkahwin, semakin tinggi status sosial si suami. Ini kerana, ia melambangkan kekayaan si suami dalam memberikan keperluan yang cukup kepada isteri.

Kanak-kanak diberikan sebanyak 16,000 kalori di kem tersebut semata-mata untuk kelihatan gemuk!

5. Menyaluti badan dengan tanah liat

Suku Himba dari Namibia Utara ini menyapu tanah liat ke seluruh badan dan wajah. Ia melambangkan ‘darah’ yang merupakan intipati kehidupan.
Selain digunakan untuk menarik perhatian kaum lelaki, ia juga digunakan sebagai pelindung dari cahaya matahari.
Hasilnya, kulit mereka kelihatan licin dan bersinar-sinar! Anda ingin cuba?

Foto: Pinterest

6. Melukakan diri sendiri

Suku Karo dari Ethiopia ini melukakan diri sendiri sehingga menjadi parut menggunakan objek tajam seperti pisau dan kaca.
Setelah itu, luka tersebut akan disapu dengan serbuk arang untuk meninggalkan parut kekal pada tubuh mereka.
Mereka akan mencacah pisau dan membuat ukiran berdasarkan corak yang mereka mahukan.

Foto: Pinterest

7. Memakai palam hidung

Pemakaian subang di hidung adalah perkara biasa dan ia juga adalah perhiasan ringkas dalam budaya kaum India di seluruh dunia. Namun begitu, suku Apatani di India, menggunakan subang seperti kayu dinamakan palam di hidung mereka dan wajah kelihatan buruk dengan adanya palam berkenaan!
Mereka memakainya di bahagian permukaan hidung. Sebenarnya, ada kisah tragis di sebalik pemakaian palam pada hidung mereka.

Ia mula dipakai apabila ketua suku mereka berpendapat bahawa mereka harus kelihatan buruk bagi mengelakkan wanita suku Apatani diculik. Ini kerana, suku yang tinggal berdekatan dengan mereka gemar menyerang kampung mereka dan menculik wanita dari suku Apatani. Oleh itu, dengan menjadikan wanita dari suku mereka kelihatan buruk dan tidak menarik, jenayah ini tidak akan berlaku dan mereka akan selamat.

Amalan ini tidak lagi dilakukan tetapi ia masih boleh dilihat pada warga emas suku Apatani yang masih mengekalkannya.

Foto: The Vintage News

Bagaimana? Adakah anda sanggup untuk mencuba amalan ini?

Bagi kami, menyaluti badan dengan tanah liat boleh disamakan seperti pemakaian krim pelindung matahari. Itupun jika anda sanggup dilihat seperti udang yang baru dibakar.

Amalan mereka mungkin berbeza dengan budaya yang diamalkan di negara ini tetapi ia sebenarnya mempunyai maksud dan sebab mereka tersendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Apr 2020

Pashmina Bunga Citra Lestari serlahkan keayuan si pemakai

Cantik digayakan untuk pelbagai majlis

Oh Lawa Thu, 12 Mar 2020
Featured Thu, 5 Sep 2019
Featured Fri, 4 Jan 2019

Tanda-Tanda Penggunaan Skrub Muka Berlebihan Yang Perlu Anda Ketahui

Menggunakan skrub merupakan rutin penjagaan muka yang berkesan untuk memastikan liang roma bersih daripada sel-sel kulit mati dan membantu kulit anda diganti dengan sel sihat. Bergantung kepada jenis kulit, anda mungkin boleh menggunakan skrub muka […]

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Tip Memilih Cincin Perkahwinan Yang Everlasting!

Terlalu sibuk memikirkan hal yang lain, kadang kala bakal pengantin terlepas pandang soal pemilihan cincin perkahwinan.

Featured Tue, 17 Mar 2020
Oh Lawa Thu, 29 Nov 2018
Oh Lawa Wed, 21 Nov 2018

Jurusolek Saintis, Ciri Istimewa Nuex Rosli Berbanding MUA Malaysia Yang Lain

Nuex Rosli Mempunyai Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Genetik. Gempak!

Featured Fri, 22 Mar 2019

Ingin membeli barang kemas pada harga mampu milik? Nazrin Jewellery ada jawapannya

Dapatkan pelbagai rekaan aksesori emas pada harga murah

| Live TV