Oh Lawa By: Ad Ops September 20, 2018 @ 9:00am

Ariana Grande Bakal Lancarkan Minyak Wangi Yang Berinspirasikan Awan

Selepas memberi hint Jun lalu kepada para peminat, Ariana Grande akhirnya melancarkan produk wangian terbarunya yang dipanggil Cloud.

Minyak wangi ini dikatakan mencerminkan cinta penyanyi tersebut terhadap awan-gemawan dan sentimen di sebaliknya yang menaikkan semangat. Menurut siaran media, ia “memberi inspirasi kepada ekspresi positivity dan kegembiraan”. Wah!

Bau Cloud menggabungkan haruman kelapa dengan haruman bunga lavender, buah pear, orkid vanila serta bergamot. Wah, anda boleh bayangkan macam mana?

Bagi yang berminat, ia akan mula dijual di kedai-kedai bermula 23 September tapi anda juga boleh membuat tempahan secara online di laman web ini. Ia datang dalam dua versi, 50ml dan 10ml.

Tengoklah packaging produk ini! Comel sangat! 

Foto: Ulta

Dengan kerjasama Luxe Brands, Cloud adalah perfume Ariana yang ke-4, selepas Moonlight, Sweet Like Candy dan Ari. 

Dan pada Disember tahun lepas, laporan keuntungan Ariana dalam industri wangian ini telah didedahkan: sebanyak $150 juta secara global!

Lepas ini, besar kemungkinan Ariana akan melancarkan satu lagi minyak wangi.

Menurut TMZ, Ariana baru-baru ini telah menyiapkan paperwork di bawah syarikatnya GrandAri Inc. untuk memohon tanda dagangan (trademark) bagi frasa “Be Grande”.

Ia dilaporkan akan digunakan untuk beberapa jenis produk termasuklah perfume, kolon, gel mandian, losyen badan dan scrub. Ia juga dikatakan akan menampilkan bau yang sesuai untuk kedua-dua jantina.

Wah, Cloud belum lagi mula dijual di pasaran tapi Ariana dah mula fikir tentang masa depan!

Sumber: DailyMail, PopSugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019
Oh Lawa Tue, 28 Aug 2018

Awas! Produk Kecantikan Yang Mengandungi Bahan Ini Akan Buat Wajah Anda Cepat Tua

Adakah kandungan produk kecantikan anda selamat 100% apabila dipakai?

Oh Lawa Tue, 4 Dec 2018

Boy De Chanel, Produk Solekan Untuk Jejaka Yang Obses Dengan Penampilan!

Ia sudahpun dilancarkan di Korea Selatan dan seterusnya di serata dunia November lalu secara atas talian.

Featured Sat, 21 Mar 2020

Cantiknya Fasha Sandha walau tanpa solekan, ini rahsianya

Kongsi 4 langkah kecantikan semula jadi

Oh Lawa Tue, 30 Oct 2018

7 Manfaat Concealer Stick Yang Bukan Sekadar Menghapuskan Mata Panda!

Penggunaan concealer stick ini pelbagai guna rupanya!

Featured Sun, 17 May 2020
Oh Lawa Mon, 15 Oct 2018
Oh Lawa Sat, 8 Dec 2018

Authentic Gaya Peranakan Melatari Rekaan Tahun Baru Cina Innai Red. Love Semuanya!

Setiap helaian yang dihasilkan membuatkan kamu mahu memiliki kesemuanya!

Featured Fri, 19 Oct 2018

Ini Cara Nak Atasi Kulit Yang Kemerahan Selepas Membuat Rawatan Facial

Kemerahan pada wajah berlaku disebabkan kulit yang mudah sensitif.

Oh Lawa Tue, 20 Mar 2018

Impikan Kulit Putih Berseri Bak Salji? Ikuti 7 Tips Putihkan Kulit Secara Semulajadi

Setiap wanita pasti inginkan kulit yang putih bak salji untuk kelihatan cantik dan menawan.