Oh Lawa By: Yanie Baharom May 25, 2018 @ 6:00pm

Aura Dewasa Dalam Rekaan Kurung Kanak Kanak Cetus Impak Glamorous Buat Si Pemakai Cilik

Bercakap mengenai koleksi baju Raya kanak-kanak terutamanya anak perempuan memang cukup mengujakan kerana tidak lagi tipikal dengan jenis rekaan baju kurung pesak menggunakan fabrik kapas. Sebaliknya mereka juga boleh tampil glamor sebagaimana orang dewasa.

Kurung peplum, kurung pesak gantung, kurung moden, kurung cape, kurung ropol, wrap dress, kimono dan kebaya pendek yang biasanya digayakan orang dewasa, kini koleksi yang disebutkan juga tersedia untuk golongan kanak-kanak.

Impak glamorous tentunya apabila perincian seperti manik, labuci dan tampalan termasuk penggunaan fabrik seperti broket, lace, neoprene, oganza dan satin digunakan dalam rekaan baju kanak-kanak.

Foto: Jakel

Jovian Mandagie, antara pereka fesyen tempatan terawal yang memperkenalkan koleksi Ready-To Wear (RTW) untuk pasangan ibu dan anak perempuan dengan rekaan yang cukup glamorous di pagi Lebaran.

Ia kemudiannya menjadi ikutan ramai baik di kalangan pereka fesyen tempatan mahupun peniaga atas talian termasuk gedung tekstil terkenal, Jakel.

Bercakap mengenai koleksi baju Raya kanak-kanak tahun ini, ia tidak ketinggalan daripada kehendak perkembangan fesyen sekarang ini baik daripada segi rekaan mahupun warna.

1. Kurung Peplum

Foto: my.carousell.com

2. Kurung Pesak

Foto: pokoks.com

3. Sodondon Ibu

Foto: jovian.com.my

4. Kebaya Pendek

Foto: Carousell

Keadaan yang sama juga dapat dilihat menerusi koleksi si abang cilik (kanak-kanak lelaki). Keselesaan dan stail ringkas Kurta bakal menjadi persalinan yang ‘IN’ di pagi Lebaran sekaligus memberi pemandangan berbeza dari Baju Melayu.

Pemakaian Kurta ini boleh disuai padan dengan celana slack, denim dan khakis. Kanak-kanak pastinya suka kerana gaya ini lebih bebas untuk mereka bergerak dan bermain.

5. Kurta Hakeem

Foto: carousell

Pilihan lain untuk anak lelaki anda adalah Jubah Darwish Rich Design yang menawarkan pelbagai rekaan dan warna menarik dengan nama-nama cukup comel iaitu Jubah Palestine, Rizki, Adam dan banyak lagi.

6. Jubah Palestine, Jubah Rizki & Jubah Adam

Foto: profhariz

Okay parents, dah dapat idea nak beli baju Raya apa untuk anak-anak anda? Diharapkan perkongsian ini serba sedikit dapat membantu anda mengenal pasti trend untuk 2018. Paling penting berbelanjalah dengan bijak dan jangan boros ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Aug 2018
Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018
Oh Lawa Fri, 23 Feb 2018

Jom Tengok 20 Trend Bulu Kening Pelik Yang Viral Di Instagram, No. 6 Macam Keris!

Kalau anda ingat makeup anda dah cukup vass, cuba tengok style-style makeup artist mat salleh di Instagram. Lagi advance!

Oh Lawa Wed, 13 Mar 2019

Berhenti guna produk kosmetik untuk tutup jerawat!

Beri peluang kepada kulit untuk bernafas.

Featured Thu, 16 Apr 2020
Oh Lawa Fri, 26 Oct 2018

10 Kasut Paling Pelik & Over-The-Top Yang Lady Gaga Pernah Pakai

Dahlah pelik, nak jalan pun susah, nampaknya.

Featured Mon, 18 Nov 2019

Aksesori unik bertemakan filem klasik pukau perhatian

Idea rekaan wanita ini di luar kotak

Oh Lawa Tue, 24 Apr 2018

Buat Si Gadis Manis Yang Stailo, 4 Gaya Moden Wanita Hijab Ini Pasti Kamu Suka

Berhijab bukan alasan untuk anda ketepikan penampilan yang kemas dan menarik.

Featured Mon, 22 Jul 2019

Panduan memakai tudung bawal bagi wanita bermuka bulat

Ilusi bentuk muka ilusi lebih tirus