Oh Lawa By: Yanie Baharom January 22, 2019 @ 9:36pm

Batu permata berpotongan oval, antara trend cincin pertunangan bakal popular tahun ini

Wanita sememangnya mudah rambang mata, apatah pula kalau di depan mereka itu tas tangan, kasut dan barang kemas.

Kalaulah ada wang berjuta dan boleh dibeli semuanya, pasti penuh satu kontena!

Sebelum kamu melakukan sebarang pembaziran dengan membeli barangan yang tidak perlu, Hijab & Heels ada tip untuk kamu benar-benar memilih barangan yang berbaloi untuk wang anda! 

Penulis ingin memberi penekanan kepada pembelian cincin perkahwinan. 

Jika ada dalam kalangan pembaca yang merancang untuk bertunang atau berkahwin, apa kata pilih cincin pertunangam/perkahwinan berdasarkan trend kerana ia boleh menjadi kenangan abadi buat kamu dan sentiasa mengingati bahawa cincin yang tersemat di jari manis kamu itu dikeluarkan pada tahun 2019.

Nak tahu bentuk cincin seperti apa yang menjadi trend bagi tahun ini, Grant Mobley, pakar berlian dan gemologi mendedahkannya.

 

1. Cincin oval

Foto: ohsoperfectproposal

Grant berkata: “Tahun ini kita mungkin akan melihat banyak potongan memanjang seperti oval, markuis dan zamrud. Potongan ini sebenarnya kelihatan lebih besar berbanding saiz bulat atau berlian empat segi.”

“Potongan ini memberi ilusi jari panjang, membuatkannya pilihan terbaik untuk pelaburan jangka lama. Pertunangan Hailey Baldwin dan Justin Bieber adalah satu contoh populariti berlian oval,” katanya. 

 

2. Berlian besar 

Foto: Estate Diamond Jewelry

“Tahun ini akan membuktikan bahawa saiz itu penting dan berlian besar bukan hanya untuk selebriti. Purata saiz cincin pertunangan telah meningkat. Apabila bercakap mengenai berlian tulen, lebih besar saiz berlian itu, ia akan menjadi semakin unik dan mendapat permintaan tinggi.

“Tahun 2019 kita akan melihat berlian besar menjadi trending,” kata Grand.

 

3. Cincin pelbagai

Foto: Blue Nile

“Trend lain yang kita akan lihat tahun ini adalah pelbagai cincin perkahwinan dipasangkan bersama satu cincin tunang. 

“Nampaknya satu cincing perkahwinan sudah tidak cukup dan set berpadanan sudah lapuk.

“Melapiskan beberapa cincin perkahwinan dengan satu cincin tunang berlian adalah trend yang dijangka kekal digunakan pada tahun 2019. 

“Memandangkan tiada berlian yang serupa, banyak kombinasi boleh digunakan mengikut cita rasa masing-masing.” katanya.

 

4. Mixing metals

Foto: jewelrywise.com

Berita baik untuk kamu yang keliru untuk memilih antara perak, emas atau ros emas, memadankan kesemuanya akan memastikan kamu paling trendy tahun ini.

“Kami telah melihat mixing metals menjadi popular sebelum ini, tetapi tahun ini trend ini akan menjadi terkenal. 

“ Kita akan melihat banyak campuran platinum, kuning dan ros emas. Berlian asli membuatkan trend ini senang untuk dipakai kerana banyak pilihan bentuk, warna dan saiz.” kata Grand lagi.

 

Sumber: Cosmopolitan

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Sep 2019

Al-Ikhsan lancar tudung sukan mudah kering

Guna fabrik berasaskan Smartdry Technology

Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Tiada berus untuk meratakan bedak asas pada wajah? Guna jari pun boleh!

Penggunaan jari menjimatkan masa dan hasilnya lebih menawan.

Oh Lawa Wed, 14 Mar 2018

Lihat Transformasi Dilakukan Jurusolek Ini Kepada Pesakit Kanser & Wanita Wajah Berparut

Untuk makeover istimewa ini, dia mencari pesakit-pesakit kanser atau wanita yang mengalami masalah kulit.

Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018

Seni Mesir Purba Diangkat Sebagai Tema Dalam Siri Pertunjukan Fesyen Metiers d’Art By Chanel

Himpunan seleksi rona emas menjadi warna utama dalam koleksi terbaru Chanel ini.

Acara Fri, 13 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Triumph mengujakan!

Lebih anggun dan bergaya dengan Triumph!

Oh Lawa Mon, 12 Feb 2018

Nak Stailo Tapi Sibuk, Baca Tips Fesyen Nadia Annuar

Tugas sebagai pengacara memerlukan Nadia Shahrul Annuar sentiasa tampil menarik di khalayak umum.

Oh Lawa Wed, 12 Sep 2018

Ilustrator Ini Hasilkan Potret Rekaan Gaun Menggunakan Kelopak Bunga. Super Gorgeous!

Elemen kelopak bunga yang ditampilkan menerusi ilustrasi fesyen rekaannya memang kreatif!

Featured Sun, 4 Aug 2019

Nak wajah runcing, pelajari teknik mudah ini!

Tak perlu lakukan pembedahan

Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019

Getting married? Here’s some inspiration for your wedding jewelry

According to a stylist, don’t go overboard!

Featured Tue, 26 May 2020

Gaya sederhana, namun manis dan menawan hati

Baju yang boleh dipakai di luar musim