Oh Lawa By: tex_admin March 13, 2019 @ 10:04am

Berhenti guna produk kosmetik untuk tutup jerawat!

Oleh Syarifah Fatin Anisa Tuan Said Shakh

Oh tidak! Jerawat muncul lagi! Jika kuantitinya sedikit, anda masih boleh menarik nafas lega tetapi jika ia memenuhi setiap pelusuk wajah, ada sesuatu yang harus anda lakukan dan mengenakan solekan tebal bagi menutupnya bukanlah penyelesaiannya!

Jerawat sebenarnya berpunca daripada minyak semula jadi yang dihasilkan oleh wajah, hormon dan pembentukan bakteria.

Menggunakan krim penutup cela (concealer) memang mudah kerana hanya beberapa titis diperlukan untuk menutup bahagian bermasalah.

Namun begitu, pernahkah anda terfikir risiko yang bakal berlaku jika anda menggunakannya secara berterusan?

Foto: m.dailyhunt.in

Ramai pakar dermatologi yang akan menyuruh anda menghentikan penggunaan produk kosmetik ketika anda mengalami “breakout” atau mengalami keadaan apabila wajah dipenuhi jerawat.

Pakar Dermatologi, Mona Gohara dari Kolej Perubatan Yale, berkata penggunaan produk kosmetik bagi menutup masalah kulit yang dihadapi boleh memburukkan lagi keadaan.

”Menggunakan bahan solekan seperti krim penutup cela memang mempunyai kelebihan untuk menutup jerawat tetapi ia juga akan membuatkan wajah anda menjadi lebih teruk,” katanya.

Tambah Gohara, keadaan ini dikenali sebagai ‘acne cosmetica’, iaitu apabila bahan solekan adalah punca utama wajah anda ditumbuhi jerawat.

Bagi Pakar Dermatologi daripada Union Square Laser Dermotology di New York, Hereene Idriss, sesetengah kandungan dalam produk kosmetik akan membuatkan pori-pori pada wajah tersumbat.

Apabila ini berlaku, kulit wajah akan menjadi kemerah-merahan dan yang lebih teruk, keadaan itu akan bertahan dalam jangka waktu yang lama.

Foto: YouTube

“Apabila wajah dipenuhi jerawat, cara yang paling baik adalah dengan tidak mengenakan solekan langsung pada wajah anda. Ini kerana kulit anda pada waktu ini akan menjadi sensitif,” katanya.

Namun begitu, ia tidak bermakna anda tidak boleh memakai mekap langsung. Ada cara untuk anda merias wajah supaya kelihatan segar dan cantik!

1. Gunakan bedak asas (foundation) bebas minyak

Memandangkan jerawat terjadi kerana penghasilan minyak pada kulit wajah, maka anda disarankan untuk memilih bedak asas yang berasaskan cecair (water-based foundation).

Foto: Bare Minerals

2. Elak menutup jerawat pada wajah dengan bahan solekan

Biarkan jerawat anda bernafas! Walaupun kedengaran agak pelik, tetapi bagi memastikan wajah pulih seperti sedia kala, anda disarankan untuk tidak menggunakan secabarang bahan solekan pada bahagian terbabit.

3. Cuci wajah sebelum bersolek

Dengan mencuci wajah, anda dapat memastikan wajah kelihatan lebih lembut. Menggunakan produk penjagaan kulit yang lembut akan membersihkan wajah anda daripada kotoran yang akan mengganggu proses tatarias wajah.

Foto: Shutterstock

4. Guna pelembap wajah

Pelembap yang berasaskan cecair amatlah disarankan! Hal ini kerana jerawat terhasil daripada penghasilan minyak yang berlebihan oleh kulit wajah,justeru dengan menggunakan pelembap yang berasaskan cecair, kulit anda akan dapat ‘bernafas’ dengan baik.
Tidak salah jika anda ingin mengenakan solekan pada wajah, tetapi pastikan kulit mendapat penjagaan yang secukupnya. Tidur yang cukup, pengambilan pemakanan yang seimbang dan bersenam adalah satu daripada cara untuk memastikan hormon badan anda stabil. Apabila hormon stabil, jerawat hendak muncul pun susah!

Cubalah!

Sumber: SELF

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 4 Sep 2018

Pelik Tapi Memukau, Ini Idea Fotografi Fesyen Yang Unik Dan Gempak!

Penyatuan fesyen dan seni sememangnya mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Oh Lawa Mon, 11 Feb 2019

Lady Gaga begemerlapan dengan aksesori berlian lebih 100 karat di Grammy Awards

Sesuailah dengan tahap popularitinya sebagai seorang selebriti.

Oh Lawa Thu, 28 Jun 2018

Potongan Rambut Scha Alyahya Yang Dikatakan Macam Sayur Kubis Sebenarnya Popular Dikalangan Selebriti Antarabangsa

Selain Scha Alyahya, ramai selebriti luar negara mengenakan potongan rambut sayur kubis iaitu istilah baru dikalangan netizen.

Oh Lawa Fri, 12 Jul 2019

Thiamidol pelenyap bintik hitam pada wajah

Cela pada wajah lenyap dalam empat minggu, ajaib!

Featured Sat, 9 Nov 2019

Dapatkan Kotak Bertuah Botaneco Garden, hanya pada 11 November sahaja!

Produk penjagaan diri yang sangat mengujakan menunggu anda!

Oh Lawa Sun, 26 Aug 2018

10 Selebriti Dikatakan Memiliki Sepasang Mata Cantik, Jom Kita Lihat Siapakah Mereka

Sepasang mata yang mempesona memang bisa membuatkan sesiapapun jatuh cinta kerana itu wujud istilah ‘dari mata jatuh ke hati’.

Oh Lawa Wed, 11 Dec 2019
Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018