Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Oh Lawa By: Bibi Ramli November 15, 2018 @ 3:00pm

Berus Makeup Ini Berharga RM105,000! Apa Yang Bagus Sangat? 

Ada sesetengah aksesori makeup seperti berus foundation yang lagi mahal daripada produk makeup itu sendiri. 

Kalau ia mahal sebab jenamanya milik seseorang selebriti, kualiti atau keberkesanannya tak semestinya bagus. 

Tapi kalau berus itu dihasilkan khas oleh sebuah pengeluar yang betul-betul fokus untuk aksesori makeup saja, jadi mungkin ia boleh dipercayai dan berbaloi.

Jika anda tanya peminat barangan kecantikan antarabangsa, mereka mesti kata berus-berus oleh jenama Artis adalah yang terbaik di dunia. 

Walaupun mereka sering diciplak, tiada berus lain yang dapat menandingi kehebatannya. Bulu-bulunya lembut apabila dipegang dan yang paling penting, ia boleh blend makeup dengan cekap sampai foundation setebal alam pun akan nampak macam kulit semula jadi. 

Dari bentuk pemegangnya ke bulu berus yang paling halus ke design cermin yang chic, mereka memang berbaloi.

Sebatang berus boleh mencecah harga $70 (RM294), Manakala satu set dengan 10 barang berus pula berharga $360 (RM1511)! Berus ajaib ke ni?

Foto: makeupandbeauty.com

Paling terbaru, Artis ingin mengeluarkan barangan yang lebih kepada rangkaian mewah iaitu dengan memperkenalkan Artis Bespoke, di mana anda boleh customize sendiri berus makeup yang anda nak beli.

Sebahagian daripada pelancarannya, Artis akan menghasilkan versi limited edition bagi produk berusnya yang paling laris, iaitu Artis Elite Mirror Oval 7.

Hanya ada 3 unit yang dihasilkan dan setiap satu berharga $25,000 (RM104,912.50)! Wuyo! Apa yang membuatkannya mahal sangat?

Foto: Artis

Ia diselaputi dengan emas putih dan melekat padanya adalah sama ada berlian putih, berlian hitam ataupun batu delima.

Bukan itu saja! Setiap berus datang dengan satu set servis seperti engraving (ukiran), bekas untuk menyimpan berus itu, kit penjagaan, nombor dan alamat e-mel khidmat pelanggan untuk mengetahui cara-cara maintain kualiti berus, serta insurans!

Ada lagi! Jika anda beli berus ini, anda akan berpeluang untuk belajar pakai makeup (secara one-on-one atau melalui FaceTime) dengan seorang pakar daripada syarikat Artis.

Oh, kalau macam itu, memang berbaloilah bayar mahal-mahal.

Kalau nak, anda boleh beli berus ini menerusi ArtisBrush.com. Kalau tak, tengok sajalah.

Sumber: Elle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Ketahui Tip-Tip Membeli Kasut Tumit Tinggi & Bila Masa Paling Sesuai Untuk Beli

Anda mesti praktikkannya supaya anda rasa selesa ketika memakai high heels anda.

Oh Lawa Thu, 11 Jul 2019
Featured Tue, 7 Apr 2020

Tetap glamor pada pagi Lebaran, meski terpaksa beraya cara PKP

Jenama tempatan atas talian tampil dengan rekaan wow!

Featured Thu, 26 Mar 2020

Dolce & Gabbana lancar himpunan abaya untuk Muslimah

Rekaan jenama antarabangsa dipuji!

Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Dijemput ke perkahwinan rakan? Guna batik untuk kelihatan elegan!

Cuba selongkar almari ibu untuk dapatkan kain batik klasik!

Oh Lawa Thu, 18 Jul 2019
Featured Wed, 25 Sep 2019
Oh Lawa Mon, 22 Oct 2018

STAILOZ, Inner Tudung Dengan Teknologi ‘Titan Tech’ Yang Memberi Kebaikan Pada Tubuh

Pereka terkenal Kem Salleh pilih inner tudung
dengan pembuatan berteknologi sebagai modul perniagaannya.

Oh Lawa Mon, 13 May 2019

Betulkah mencuci muka selama 60 saat akan jadikan kulit lebih sempurna? Ini jawapannya

Beberapa orang wanita telah mencuba! Jom ketahui hasilnya

Featured Tue, 28 May 2019

Rico Rinaldi Summeraya 2019, terilham daripada keindahan sang rama-rama

Sebuah koleksi yang cukup praktikal dan menawan!

| Live TV