Oh Lawa By: Yanie Baharom December 19, 2019 @ 9:17am

Bosan dengan pakaian dalam gerobok? Jom intai fesyen yang ‘in’ untuk 2020

Kebanyakan wanita kurang gemar menyarungkan pakaian yang sama berulang kali dan jika berkemampuan, setiap hari ingin mengenakan pakaian baru serta berbeza kala berpenampilan.

Apalagi pada zaman sekarang ini, segalanya mahu dipertontonkan di media sosial khususnya Instagram. Mungkin juga ada antara individu yang berasakan jika satu hari sahaja tidak memuat naik foto #OOTD (Outfit Of The Day), bagaikan tidak lengkap hari yang dijalani itu.

Alang-alang berangan mahu menjadi pempengaruh atau fesyenista, pastikan pakaian dalam gerobok juga berganti, ada koleksi baharu agar posting #OOTD  sentiasa kelihatan terkini.

Bagaimana hendak memilih gaya yang mengikut peredaran semasa, lampiran fesyen terkini yang dikongsikan Hijab & Heels ini mungkin bermanfaat kepada anda.

Untuk pengetahuan ramai, aliran fesyen yang dipaparkan ini menjadi pilihan kebanyakan jenama terulung sewaktu berlangsungnya minggu fesyen musim bunga dan panas, yang membabitkan empat kota utama iaitu New York, London, Milan dan Paris.

Justeru, mungkin inilah aliran yang bakal popular pada tahun 2020 yang akan muncul  beberapa hari sahaja lagi.

1. Marigold Mania

Kuning mustard juga bukan, rona emas pun bukan. Apa yang pasti rona marigold yang berada di antara kuning mustard dan emas adalah warna yang akan sering dipertontonkan pada tahun 2020 nanti.

2. Suit Up

Daripada Ralph Lauren hinggalah ke Louis Vuitton mahupun Le Smoking di Saint Laurent, helaian sut masih tetap menjadi perhatian dan berada dalam aliran utama daripada gaya maskulin hinggalah feminin, gaya sut ini menjadi lambang wanita yang perkasa.

3. Polka Dots

Dikatakan antara corak  yang paling banyak dilihat di pentas peragaan, daripada seluar panjang seperti pentas Marc Jacobs atau bergaya lebih ekstrem seperti di Balenciaga.

4. Bermuda

Bermuda adalah skirt baru buat wanita, dipadankan bersama sut ibarat memberi satu nafas baru untuk gaya yang lebih segar seperti di pentas Max Mara dan Givenchy.

5. Colour Clash

Warna-warna terang seperti hijau neon bukan lagi aliran terbaharu, tetapi nada daring ini akan terus mempelopori arena fesyen pada masa akan datang. Pier Paolo misalnya tahu bagaimana membuat ramuan istimewa agar wanita di Valentino berani bergaya dengan warna-warna girang.

Foto: AEWorld

6.  Denim Retro 

Aliran denim mungkin tidak akan pernah berakhir tetapi jeans retro ternyata akan hidup semula di tahun 2020 nanti. Louis Vuitton, Stella Mccartney, Gucci dan Versace antara pentas peragaan yang menyajikan retro jeans buat pelanggan wanitanya.

Foro: WWD

7. Aristokrat

Imej sarat wanita Aristokrat kini sudah mula dimodenkan, pereka semakin tahu bagaimana mengubah siluet yang avant garde buat wanita hari ini agar gaya mewah ini seiring peredaran zaman serta praktikal untuk dipakai seharian.

Ilham ini sebenarnya pernah dikeluarkan Rizalman dan Fizi Woo pada koleksi raya Zalora 2019, tetapi gaya ini boleh dilihat di pentas seperti Zimmermann, Etro mahupun Dries Van Noten.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 13 Sep 2018
Oh Lawa Tue, 16 Oct 2018

Sebelum Beli, Kenali Dahulu Nama Saintifik Bahan Produk Kecantikan. Barulah Mujarab!

Hyaluronic Acid antara salah satu bahan untuk melembabkan dan meremajakan kulit!

Oh Lawa Mon, 3 Dec 2018

8 Tip Paling Mudah Untuk Dapatkan Rambut Selembut Sutera

Memang senang tapi mungkin ramai yang tak tahu.

Oh Lawa Thu, 6 Sep 2018

Sama Ada On Frame Atau Off Frame, Si Cantik Jennie Kim Memang Gila Melaram!

Di sebalik raut wajahnya yang comel, personal style Jennie dan pilihan fesyennya menjurus kepada gaya BOLD.

Featured Tue, 13 Aug 2019
Oh Lawa Thu, 12 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 8 May 2018

28 Foto Gaya Fesyen Selebriti Barat Yang Pelik-Pelik Di Acara Met Gala 2018

Met Gala dianggap sebagai upacara fesyen terbesar di Amerika kerana tetamunya memperagakan fesyen yang luar biasa dan avant-garde.

Acara Sun, 12 Aug 2018

Daphne Lim Wen Sin Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2018

Acara kemuncak pertunjukan itu adalah koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong.

Featured Thu, 7 May 2020
error: Content is protected !!