Perhatian kepada semua wanita. Tahukah anda gincu berwarna merah itu cocok untuk semua jenis kulit? Sama ada yang putih melepak, kuning langsat, tanned termasuklah sawo matang. Gincu merah juga boleh disesuaikan dengan pelbagai majlis sama ada untuk dandanan sehari-hari, menghadiri acara formal mahupun acara semi-formal.

Foto Kredit : maccosmetics.co.uk

2. Fuschia

Warna pilihan seterusnya untuk anda yang berkulit sawo matang adalah fuschia. Meskipun warna ini lebih cenderung kepada campuran warna ungu dan pink, tetapi fuschia merupakan warna lipstik yang sangat menawan jika digunakan oleh wanita berkulit sawo matang atau mereka yang berkulit tanned. Sekiranya anda sejenis yang yakin memang sangat meletop dan seksi okay pakai warna ni!

Foto: idealp.

 3. Purple

Misalannya kamu kebingungan warna gincu apakah yang sesuai digayakan pada waktu malam, jangan takut mencuba gincu purple kerana rona ini dapat menyerlahkan keseskian anda. Sekali-sekala apa salahnya untuk tampil berani, tiada salah bukan?

Foto Kredit : beautymnl.com

 4. Coklat Muda dan Gelap

Cadangan seterusnya  adalah dua warna coklat yang mana dapat memberikan impak berbeza bagi si pemakai berkulit sawo matang. Jika ingin kelihatan ringkas untuk dandan kasual  gincu rona coklat muda adalah pilihan yang tepat.

Namun, seandainya anda menginginkan hasil yang elegan, cubalah gincu dari himpunan coklat gelap. Pastinya look anda kelihatan sangat mahal dan eksklusif! 

Foto Kredit : bestproducts.com

5. Nude

Nude merupakan pilihan warna natural yang sangat sesuai untuk si pemilik kulit sawo matang. Selain memberikan efek natural pada wajah kamu, memilih warna nude membuatkan wajah anda kelihatan segar dan sederhana. Ianya sesuai bagi mereka yang tidak begitu biasa dengan gincu berwarna terang. Seangkatan dengan nude, kamu juga boleh mencuba warna natural lain  seperti peachpink dan salmon, asalkan paduan make up matanya bold ya, ladies!

Foto Kredit : pinterest.com