Oh Lawa By: Yanie Baharom September 12, 2018 @ 6:00pm

Bukan Lagi Pakaian Rasmi, Batik Kini Lebih Sensasi Dan Ranggi!

Transformasi batik dengan suntikan yang lebih moden dan funky, menyaksikan versatiliti dalam penggayaan jenis fabrik ini yang tidak lagi dianggap persalinan acara formal atau majlis perkahwinan.

Batik dihadirkan dalam variasi rekaan antaranya dress, skirt, kemeja lelaki, palazzo, skaf, pakaian kanak-kanak bahkan tas tangan dan kasut.

Salah satu jenama antarabangsa yang mempopularkan pemakaian batik, adalah Uniqlo yang menukar corak pemikiran orang muda sejak pelancaran motif batik tradisional Indonesia dalam himpunan dipanggil Koleksi Motif Batik pada 2016.

Koleksi batik terus menerima sambutan menggalakkan sepanjang musim sama tahun berikutnya malah pada tahun ini, Uniqlo melancarkan himpunan Motif Batik musim bunga dan panas 2018.

Jenama lokal tidak kurang hebatnya di mana ramai pereka tempatan termasuk peniaga online menjadikan fabrik batik sebagai teras rekaan mereka. Salah satunya adalah Three Little Ahmads yang diusahakan Datuk Fazley Yaakob dan Isteri, Datin Azrene Ahmad.

Hijab & Heels, amat teruja sekali untuk berkongsi variasi koleksi batik untuk tatapan anda.

1. Kemeja dan blouse batik 

Foto: The Vocket

2. Palazzo batik

Foto: carousell

3. Sut batik 

Foto: Pinterest

4. Kemeja kanak-kanak

Foto: Instagram Three Little Ahmads

5. Gaun batik

Foto: Blog Alfacart

6. Kasut batik

Foto: kasutyou

7. Clutch batik

8. Bomber jacket

Foto: Qlapa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 10 Oct 2018

Tip Pemilihan Warna Busana Mengikut Tona Kulit Anda

Kalau salah pilih warna, boleh hambar penampilan anda!

Featured Wed, 16 May 2018

Jurusolek Kim Kardashian Kongsi Tip Untuk Hilangkan Rupa Kedutan Di Bahagian Mata

Tiada siapa boleh elakkan wrinkles daripada muncul, tapi anda masih boleh “selamatkan” rupa anda.

Oh Lawa Wed, 20 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 21 Jan 2019
Oh Lawa Mon, 18 Feb 2019
Oh Lawa Tue, 28 Aug 2018

Awas! Produk Kecantikan Yang Mengandungi Bahan Ini Akan Buat Wajah Anda Cepat Tua

Adakah kandungan produk kecantikan anda selamat 100% apabila dipakai?

Oh Lawa Mon, 17 Feb 2020
Oh Lawa Mon, 20 Aug 2018
Oh Lawa Thu, 24 May 2018

Wow! Koleksi Lebaran 2018 Oleh Selebriti-Selebriti Malaysia Ini Memang Memukau

Selebriti Malaysia tampil dengan koleksi raya yang memukau.

Oh Lawa Wed, 28 Aug 2019

4 bahan bahaya dalam kosmetik

Kalau nak kulit sempurna, berhati-hati beli produk kecantikan!