Oh Lawa By: Ad Ops February 8, 2018 @ 5:11pm

Bukan Sahaja Boleh Buat Kek, Ini 5 Petua Kecantikan Menggunakan ‘Baking Soda’!

Soda bikarbonat, atau baking soda, bukan saja boleh digunakan untuk membuat kek dan biskut.

Anda mungkin pernah dengar bagaimana ia juga boleh perbaiki sinki tersumbat bila dicampurkan dengan cuka, serta bersihkan tandas.

Banyak lagi sebenarnya kegunaannya baking soda ni, termasuklah untuk kecantikan. Ini dia lima cara bagaimana ia boleh membantu:

1. Elakkan kulit kaki kering

img.thrfun.com

Campurkan dua ke tiga sudu besar baking soda dengan air suam, dan rendamkan kaki ke dalam campuran ini selama 15 ke 20 minit. Kemudian, campurkan baking soda dengan sedikit air supaya ia menjadi pes. Skrub kaki anda sampai sel-sel kulit mati tercabut.

2. Dapatkan gigi putih

s.doctoroz.com

Campurkan sekali enam sudu kecil baking soda, satu pertiga sudu kecil garam dan empat sudu kecil glycerin dengan 15 titik essential oil yang boleh menyegarkan nafas, seperti peppermint. Kemudian, gosok gigi anda dengan campuran tersebut. Gerenti anda akan dapat gigi yang lebih putih dan nafas yang lagi wangi, dan secara tak langsung anda akan lebih confident untuk senyum.

3. Rambut tidak berminyak

www.dslaboratories.com

Tiada masa untuk cuci rambut? Gunakan saja baking soda untuk hilangkan rupa rambut berminyak anda. Taburkan satu atau dua sudu besar ke akar rambut dan urut kulit kepala anda. Kemudian, gunakan berus rambut untuk gugurkan serbuk baking soda serta minyak di rambut. Cara ni ala-ala dry shampoo tapi murah.

4. Face mask

healthawarenesscommunity.com

Kenapa beli face mask yang mahal-mahal bila anda boleh buat sendiri? Campurkan baking soda kepada oatmeal dengan nisbah 1:2. Kemudian, campurkan beberapa titik madu dan air yang secukupnya dan kacau hingga menjadi pes. Letakkannya ke atas muka dan kemudian bilas untuk mendapatkan kulit muka yang lebih bersih dan licin.

5. Bersihkan makeup

stylesamba.com

Selepas seharian memakai makeup, anda mesti bersihkan kulit anda sebelum tidur. Kalau tak ada makeup remover, pakai baking soda je. Campurkannya dengan air dan skrub muka anda secukupnya sebelum bilas. Jaga-jaga! Jangan terkena mata pula. Pedih nanti.

Jom cuba!

Sumber: dailyentertainment.me

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 19 Mar 2018

Kerap Cuci Rambut Tapi Masih Banyak Minyak. Ini Jawapan Berapa Kali Sebenarnya Anda Perlu Mencuci Rambut

Kalau anda kerap sangat bersyampu, kulit kepala akan bertindak mengeluarkan lebih banyak minyak! Alamak!

Featured Sat, 11 Jan 2020

Dulunya gaya rempit, kini beg silang jadi kegilaan ramai!

Ikat pada pinggang and ready to go!

Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019

Kebaikan kulit kayu manis untuk kecantikan anda

Ketahui rahsia kulit kayu manis untuk kulit cantik dan sihat!

Featured Mon, 23 Jul 2018

Koleksi Kasut Paling Pelik Dari Serata Dunia. Ada Yang Sanggup Pakai?

Koleksi kasut paling pelik dari seluruh dunia.

Oh Lawa Tue, 22 Jan 2019

Pelajari teknik menggosok kain linen tanpa perlu menghantarnya ke dobi

Memelihara kulit di sebalik sifatnya yang mudah renyuk!

Featured Tue, 28 May 2019

Rico Rinaldi Summeraya 2019, terilham daripada keindahan sang rama-rama

Sebuah koleksi yang cukup praktikal dan menawan!

Featured Sun, 3 May 2020
Oh Lawa Thu, 1 Feb 2018

Tutorial Hijab by Nabila Razali

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Pematah Hati, Nabila Razali berkongsi tutorial pemakaian tudung bawal yang dievolusikan menjadi gaya shawl. 

Featured Tue, 2 Jul 2019

Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Anda pun boleh jadi sepertinya!

Featured Mon, 6 Apr 2020