Oh Lawa By: Fadzlena Jafar September 26, 2019 @ 8:21pm

Butik pop-up Fred Perry dibuka di RexKL

Jenama mewah, Fred Perry mengambil pendekatan berbeza dengan membuka butik pop-up di bangunan RexKL, yang terletak di pusat bandar raya Kuala Lumpur bersesuaian dengan lokasinya di kawasan tumpuan pelancong asing.

Butik kelima Fred Perry di Malaysia itu berkonsepkan pop-up yang bersifat sementara dan hanya dibuka selama tujuh bulan bermula September ini dengan menampilkan elemen santai khusus disasarkan untuk pelanggan muda.

Brian memberi penerangan mengenai himpunan kapsul Raf Simons pada majlis pelancaran butik pop-up Fred Perry di RexKL. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Eksekutif Pemasaran dan perhubungan Awam Fred Perry Malaysia, Farez Khan, berkata pihaknya memilih untuk membuka butik jenama itu di RexKL berikutan kesesuaian lokasi dan golongan sasaran.

“RexKL adalah panggung wayang pertama di Kuala Lumpur yang tidak lagi berfungsi, tetapi kini dibuka kembali untuk dijadikan pusat tumpuan usahawan produk kreatif tempatan.

“Oleh itu, pihak kami bersetuju untuk membuka butik pop-up ini dengan menampilkan himpunan yang bersesuaian dengan golongan muda, apa tah pula lokasinya di Petaling Street, antara destinasi ikonik di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan butik itu yang ringkas dan santai.

Yang turut hadir ialah Eksekutif Pemasaran Fred Perry Singapura, Brian Low.

Antara himpunan premium dan kapsul Fred Perry yang dipamerkan di butik pop-up Fred Paerry RexKL. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Jenama yang diasaskan pada tahun 1952 oleh Fred Perry, pemain Britain yang terkenal apabila menjadi juara Wimbledon tiga kali itu menampilkan rekaan kasual elegan dengan sentuhan ranggi menerusi motif kreatif yang amat menarik.

Butik berkeluasan 560 kaki persegi itu menampilkan himpunan premium dan kapsul termasuk Raf Simons, Akane Utsonomiya, Nicholas Daley dan Made in Japan.

Selain himpunan klasik asli Fred Perry yang berharga RM529, Fred Perry juga menyasarkan penggemar fesyen muda menerusi beberapa rekaan yang lebih versatil seperti kemeja-T bergaya yang didatangkan dalam warna hitam dan putih.

Himpunan eksklusif Amy Winehouse di atas meja yang berlatarbelakangkan himpunan klasik asli Fred perry di atas rak. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Bagi peminat Amy Winehouse, dapatkan himpunan yang diilhamkan daripada keunikan aura penyanyi itu dengan motif sulaman berbentuk dua hati sebagai tarikan. Himpunan istimewa itu berharga antara RM500 dengan RM600.

Raf Simons pula mengenengahkan rekaan yang menggunakan warna terang dan tampak ranggi sesuai untuk jejaka yang metroseksual.

Bagi rekaan Made in Japan, potongan yang bersesuaian dengan jejaka Asia menjadi kriteria utama selain penggunaan warna asas hitam yang menyerlahkan sisi maskulin si pemakai.

Beg barrel dan aneka rekaan kasut Fred Perry juga boleh didapati di butik jenama itu di RexKL.  NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN.

Pelanggan juga boleh memilih beberapa aksesori seperti dompet, tali pinggang, stoking dan kasut yang elegan pada harga antara RM300 hingga RM600.

Butik pop-up Fred Perry di RexKL dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam dari Selasa hingga Ahad dan ditutup pada setiap hari Isnin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 18 Apr 2018

Fenomena Siri Buppaesannivas, Bangkit Keghairahan Penduduk Thailand Berpakaian Tradisi

Fenomena siri televisyen bertema fantasi sejarah, Buppaesannivas (Love Destiny) di Thailand ketika ini, nampaknya berjaya mengembalikan minat penduduk negara itu untuk mengagungkan pakaian nasional mereka.

Oh Lawa Tue, 1 Jan 2019

Dulunya ‘Kanak Kanak Paling Cantik’, Kini Diangkat Pula Sebagai Wanita Tercantik Dunia!

Pemilihan Blondeau bukanlah satu kejutan kerana dia sememangnya cantik!

Featured Thu, 27 Dec 2018

Serlahkan Keayuan Dengan Pilihan Warna Hijab Sesuai Tona Kulit

Salah pilih warna boleh buat wajah anda kelihatan kusam dan tak bermaya.

Oh Lawa Mon, 4 Jun 2018

Ini Antara 5 Trend Hijab Raya 2018 Yang Pasti Memukau

Masih pening nak pilih hijab untuk bergaya di pagi Syawal? Jom tengok trend hijab r\Raya 2018 ini.

Oh Lawa Thu, 14 Mar 2019

Amalan kecantikan aneh dari seluruh dunia. Nombor 6 paling menyeksakan!

Setiap budaya mempunyai amalan kecantikan yang berbeza.

Featured Thu, 16 Apr 2020
Featured Fri, 27 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 8 May 2018

Hilangkan Mata Panda Hanya Gunakan Serbuk Kopi Dan Minyak Kelapa Dara. Berkesan!

Hilangkan mata panda dengan cara yang cukup mudah! Jom try!

Oh Lawa Mon, 22 Apr 2019

Jom belajar cara mendandan berinspirasikan rambut ‘Khaleesi’ Daenerys Targaryen

‘Mahkota’ watak utama siri Game Of Thrones ini sentiasa mempersonakan!

Featured Fri, 28 Sep 2018